NPQEL Sebagai Prasyarat Pelantikan Pengetua/Guru Besar

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai 2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan oleh Institut Aminufin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi prasyarat pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.

Ketetapan ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL selain syarat-syarat lain. Sama ada para guru menyedarii atau tidak perkara ini, mereka tidak boleh protes jika tidak boleh dilantik dan tidak boleh menikmati kenaikan pangkat sebagai pengetua/guru besar hanya kerana tidak memiliki sijil atau diploma NPQEL.

Mengapa kerajaan menetapkan syarat ini? Kerajaan mahu memastikan semua sekolah di Malaysia dipimpin oleh pengetua/guru besar yang berkompetensi tinggi sahaja. Kajian menunjukkan bahawa sekolah yang didatangkan pengetua/guru besar yang baik akan meningkat pencapaian muridnya sebanyak 20% percentile.  Kajian juga menunjukkan pengetua/guru besat yang mengikuti kursus atau latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan, latihan kepengetuaan, pembangunan profesionalisma dan kursus-kursus lain yang berkaitan memberi impak yang tinggi kepada kepimpinannya.

Adakah bilangan pemegang NPQEL mencukupi untuk mengisi 4000 kekosongan pengetua/guru besar yang akan berlaku dalam tempoh 2013-2015 ini? Bagaimanakah operasi penggantian dan pengisian pengetua/guru besar dengan prasyarat baru ini?

Data menunjukkan satu perempat sahaja daripada 2,073 pemegang NPQEL atau NPQH sebelumnya telah dilantik menjadi pengetua/guru besar. Mulai tahun 2013 ini pengambilan peserta kursus NPQEL oleh IAB ditambah daripada 300 setahun kepada 1000. Dua ambilan setiap satu 500 orang peserta akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Julai. Sehingga tahun 2015 dijangka jumlah pemegang sijil NPQEL/NPQH ialah 5,316 satu jumlah yang melebihi keperluan.

IAB akan melakasanakan kursus NPQEL ambilan pertama 2013 ini mulai 12 Februari untuk seramai 500 orang. Kampus IAB Genting dan Utara diJitra masing-masing mengambil seramai 210 orang peserta manakala kampus Sarawak dan Sabah masing-masing 40 peserta.

Nama-nama peserta akam dimuktamatkan dan panggilan kursus akan dibuat pada 31 Januari ini. Peserta yang telah dipilih melalui permohonan dan temuduga akan diarahkan (bukan ditawarkan) menghadiri kursus selama lima bulan dalam mod bercampur (blended mode) iaitu bersemuka, e-pembelajaran, penandaarasan, sandaran dan pentaksiran atau ujian akhir kursus.

Pada masa yang sama IAB dan pihak-pihak lain akan terus menjalankan kajian keberkesanan dan kajian impak pelaksanaam NPQEL bagi menambah bilangan kajian sedia ada iaitu lapan kajian sehingga kini. Pelbagai pihak dialu-alukan memberi input dan pandangan mengenai perkara ini untuk menambahbaik program NPQEL.

About these ads

79 comments

  1. Tahniah.
    Berita baik untuk ‘graduan’ NPQH & NPQEL. Ramai ‘graduan’ ini sudah ketinggalan berbanding rakan-rakan lain.

  2. Mengapa tiga perempat lagi yang tidak dilantik sejak dari NPQH Kohort 1 dan NPQEL Kohort 1tidak disenarai pendek dan ditemuduga untuk diberi peluang mengisi kekosongan tersebut? Walhal golongan ini telah memiliki kelayakan sijil ini lebih awal dan saya pasti mereka telah mempunyai cukup pengalaman untuk menjadi gurubesar/pengetua yang berkaliber.

  3. di manakah silapnya… kami NPQH kohot 1 dan Ijazah Pengurusan Kohot 1 UPSI masih di tahap lama dan masih ketinggalan dalam perjawatan ini… Mereka yang tidak menyambung ijazah dapat jadi Guru Besar sedangkan yang ada ijazah … guru biasa…

  4. Setelah hampir 2 tahun berhempas pulas menuntut ilmu kepengetuaan (1 tahun di IAB dan satu tahun di UM – master Kepengetuaan) Jerit perit kami menuntut ilmu kepemimpinan di anggap sia-sia oleh pengarah negeri. Mereka langsung tidak rasa bersalah kepada rakyat pembayar cukai. Malah tiada peluang diberi kepada lulusan NPQEL temuduga pun tidak pernah di panggil untuk mengisi kekosongan jawatan di sekolah Malah lulusan NPQEL dinafikan hak-hak untuk menjawat sebarang jawatan di sekolah. Semoga KPM tidak terus menerus dipersalahkan oleh sebab kecuaiannya selama ini.

  5. Saya dah jadi GPK pentadbiran sekolah rendah sejak tahun 2007 dan memperolehi sjil NPQEL pada tahun 2011, borang dah isi banyak kali namun tak terima sebarang berita pun. Mereka yang tidak hadir kursus ini dah pun jadi guru besar. Jadi apakah gunanya bagi peserta yang telah menghadiri kursus ini?

    1. Saya mencadangkan agar dasar diubah supaya bekas graduan NPQH yang kini memegang ijazah berpeluang menjadi guru besar. Dasar sekarang gred 34 sahaja yang layak menjadi guru besar manakala gpk yang sudah mempunyai ijazah tidak akan berpeluang menjadi guru besar…..renung2kan..

  6. Salam 1IAB.

    NPQEL hanyalah salah satu syarat. Bakal pengetua / GB perlu memenuhi syarat2 lain. Maka dengan itu pada pandangan saya, Graduan NPQEL perlu juga melengkapkan diri mereka dgn syarat2 lain yang dikehendaki sekiranya mereka benar2 berminat utk menjadi Pengetua/GB.

      1. Walaupun ada graduan NPQEL yang telah layak dan mempunyai pengalaman yang mencukupii masih tidak ditawarkan jawatan terutamanya diWilayah Persekutuan. Syabas pada JP Selangor yang sentiasa mengikuti perkembangan graduan NPQEL dan segera menawarkanjawatan pada yang kelayakan kerana ramai pegawai mereka telahpun mengikuti program ini dan memahami aspirasi KPM.

    1. KITA PERLU INGAT SEMUA ORANG AKAN MENONJOLKAN KELEBIHAN MASING MASING.BAGI YANG ADA NPQEL SEPATUTNYA ANDA LEBIH DAPAT MENONJOLKAN DIRI UNTUK TERPILIH….JIKA MASIH GAGAL TENTU ADA KEKURANGAN LAIN
      YG KETARA.

    2. Memang benar saudara Mohd Sharif. Antara syarat tersebut ialah mesti mempunyai pengalaman sebagai GPK, Ketua bidang atau bekerja di JPN. Jika tiada pengalaman di atas maka semasa mengisi borang permohonan, anda sudah ditendang. Oleh itu, bagi graduan NPQEL, tak perlulah pasang angan-angan yang tinggi untuk menjadi pengetua jika tiada syarat di atas walaupun anda mendapat A+ dalam NPQEL. Anggap saja kursus 5 bulan itu untuk menimba ilmu.

  7. Masih ramai rakan-rakan saya di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) belum mengikuti program ini walaupun mereka telah layak menjadi Pengetua. Ada dalam kalangan mereka yang telah mempunyai Sarjana Pendidikan…..Bagaimana hendak menyakinkan mereka bahawa NPQEL ini wajib dalam PPPM….hakikatnya mereka telah baca dan tahu, mungkin paksaan dan arahan saja agaknya untuk mereka…..

  8. Saya adalah peserta NPQEL ambilan 1 tahun 2011(SR3). Niat KPM untuk melantik pemimpin sek yang berkopetensi tinggi adalah sangat baik. Tetapi hakikat nyata adakah pihak yang terlibat dalam pemilihan(JPN) sedar perkara ini. Yang menjadi bualan ialah mereka yang dilantik adalah yang tidak pernah berkursus dan masih muda….

  9. Saya adalah Guru Akademik T6 lantikan 2010 dan telah memiliki Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (2001). Adakah saya boleh memohon kursus NPQEL? Pada masa ini saya berminat untuk menjadi pengetua dan sebelum menerima tawaran GAT6 saya adalah PKP dan memangku/menjalankan tugas pengetua DG52 hampir setahun.

      1. Selamat petang Dr. Saya salah seorang calon yang bakal ditemuduga untuk program npqel. Walau pun sudah lama bergelar pendidik, tapi persediaan awal amatlah penting bagi kami yang bakal ditemuduga. Melalui peluang seperti ini, kita amat mengharapkan tip-tip persediaan awal serta isu-isu yang akan dibangkit semasa temuduga dijalankan kelak. Terima kasih Dr. di atas bantuan yang bakal diberi.

  10. Setelah tamat kursus NPQEL, adakah GAT6 ada peluang untuk menjadi Pengetua dalam masa terdekat sekiranya ada kekosongan? Buat pengetahuan Dr, saya dari Sarawak & mengajar di Sarawak.

  11. Saya 3 tahun dah jadi PKHem,adakah layak utk memohon GB,jika telah tamat kursus 5 bulan nanti,tambahan pula LNPT 3 tahun berturut-turut melebihi 88

  12. NPQH dan NPQEL saya kira mempunyai ciri membentuk seorang pemimpin pendidikan yang baik .. saya juga menyarankan dengan pencantuman semula KPT dan KPM harus lah dikaji kaedah “cross service”dapat dilaksanakan bagi meberi peluang semua yang layak menjawat jawatan pemimpin pendidikan di sekolah dapat berbuat demikian ..

  13. Saya sekarang memegang jawatan GPK DGA32 hakiki.Saya mempunyai kelulusan Ijazah sarjana muda dan belum lagi memohon untuk ke gred 41.Adakah saya layak untuk memohon kursus NPQEL ini.

  14. Salam sejahtera’
    Dr.Jamil Adimin,

    Saya,salah seorang GPK yang dilantik naik pangkat ke jawatan (GPK DGA32) pada 1 Mei 1998 juga sudah menghadiri temuduga ambilan 2/2013,yang lepas Bila agaknya keputusan temuduga akan diumumkan. Adakah saya berpeluang dinaikkan pangkat ke jawatan Guru Besar walaupun sekarang menyandang Gred DG44? Saya juga pernah menjadi Guru Besar sewaktu berada pada gred DGA32. Semua jawatan Penolong Kanan (PK1,PKHEM & PKKK) telah saya pegang sehingga sekarang memegang jawatan GPK di sekolah. Adakah kumpulan orang macam saya akan dipinggirkan oleh pihak jabatan/kementerian? Kenapa dasar kementerian hanya memberi laluan kepada mereka yang hanya setahun jagung naik pangkat ke DGA32 dan kemudian dinaikkan lagi ke DGA34 menjadi Guru Besar sedangkan GPK yang grednya lebih tinggi dan mempunyai pengalaman yang lebih luas dalam pentadbiran tidak dipertimbangkan? Ini tidak adil dan seharusnya dibetulkan. Sekian, terima kasih.

    1. Berilah peluang kepada mereka yang telah lama dan berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta mempunyai kelayakan.Janganlah JPN atau PPD melantik mereka yang baru menjadi GPK kemudian terus menjadi Guru Besar.Harapan saya agar dasar Kementerian terutama Bahagian Sumber Manusia perlu mengambl perhatian mengenai hal ini.Perubahan dasar perlu dilaksanakan dalam mencapai PPPM 2013-2025

  15. Salam Dr. Jamil.
    Saya adalah calon yang berstatus simpanan selepas keputusan dikeluarkan untuk kohot 2/2013. Saya ingin bertanya dengan dr tentang beberapa perkara berikut:
    a) adakah kami calon yang berstatus simpanan akan diberi keutamaan pada kohot 2014 nanti.
    b) adakah pengalaman dalam pentadbiran dan perbezaan gred antara DG44 dan DG48 yang menjadi keutamaan dalam pemilihan calon NPQEL.
    c) adakah mod NPQEL akan berubah selepas 2015.
    Terima kasih atas penjelasan Dr.

  16. Sudah jadi Ketua Panita , Ketua Bidang, PK HEM ada sijil 4.00 cgpa kepengetua dan Diploma Pengurusan Kempimpinan NPHQ Kohort 10 (2006) tinggal jawatan dan keluarga nun jauh pergi ke Jitra Kedah menimba ilmu . dan gred DG 48 tidak ada tindakan tatatertib..belum tersenarai untuk layak . Dah kerja pengalaman 22 tahun. Tak lama gi nak pencen. Jika tak terpilih, kena pakai orang dalam ke? J

  17. PK HEM jawatan mencabar dan tiada kesudahan urusan pelajar setiap hari. Adake pekeliling dari KPM mengatakan PK HEM kena jadi PK Pentadbiran sebelum jadi pengetua. Sebenarnya KPM lebih baik menetapkan syarat selain dari perlu ada sijil kepengtuaan itu, perlu jadi PK HEM sebelum menjadi pengetua baru tahun tinggi rendah langit. PK HEM tidak pula dibantu oleh 4 KB. Kesian. Kalau disurvery agaknya PK HEM nak pencen cepat.

    1. setuju…..beban kerja pk hem adalah yang paling rencam,berat dan tak berkesudahan….Ini ditambah kalau anda jadi pk hem sekolah rendah berasrama………..huh…mula2 menerima tugas berasap kepala…tapi…alah bisa tegal biasa….think positive ….buat yang terdaya…do it right at first…jiwai kerja anda…insyaallah anda akan dimudahkan urusan….

  18. Saya amat menyokong prasyarat untuk menjadi Pengetua tu. Tapi sejauhmanakah JPN di setiap negeri akur dengan peraturan ini.

  19. Assalamualaikum dan salam perpaduan….saya berharap agr pihak JPN atau PPD memanggil GB/Pengetua dan memaklumkan mereka mengenai kursus ini…Ini adalah kerana ada pihak GB yang tidak memahaminya. Mereka hendak melantik guru ganti sedangkan mereka yang kursus ini akan mendapat gaji penuh dan tidak perlu diganti….Harap maklum

  20. Assalamualikum Tuan. Saya telah dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (SMA MAIWPL) di bawah kendalian Jabatan/Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)/ (MAIWP). Bagaimana saya Ingin mengikuti kursus Pengetua NPQEL ini? Sekolah saya bakal diserapkan di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tidak lama lagi…yang jelas bila diserapkan di bawah KPM jawatan Pengetua saya masih di kekalkan! Mohon bantuan padangan dari Tuan.

  21. Eloklah beri laluan kepada semua pemegang Sijil NPQH dan NPQEL dari kohort pertama lagi yang belum memegang apa-apa jawatan dalam pengurusan di sekolah untuk disenaraipendekkan bagi menjawat jawatan yang dimaksudkan.Golongan ini berpengalaman dan kelayakkan memang telah disahkan melalui sijil yang telah diterima itu. Mengapa “perlu” dilambatkan pelantikan keatas golongan ini ? Sekarangpun masih ramai diantara golongan ini yang masih menjadi guru biasa sahaja di sekolah walaupun Kohort 1 NPQEL bermula 2008 !

    1. Saya rasa,sekiranya ada memegang sijil NPQH @NPQELpun,bukanlah sebagai satu syarat utama untuk diberi laluan…terutamanya kepada yang dah lama pegang sijil tu,banyak kriteria lain yang perlu ditengok..prestasi tahunan macam mana,sokongan GB atau Pengetua macam mana..bukan senang nak pilih yang betul2 layak…kita tunggu lah yer..Ada rezeki kita,kita akan dapat,insyaAllah..

  22. Assalamualaikum Tuan. saya seorang guru biasa yang telah berkhidmat selama 23 tahun dan sekarang berada di gred DG 34. Saya berminat untuk menjadi guru besar. Saya telah memohon untuk jawatan penolong kanan selama 4 tahun berturut-turut namun tiada jawapan. Adakah saya layak memohon untuk mengikuti kursus ini. Bagaimanakah caranya.

  23. Assalaimualaikum tuan, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan terutama KPM yang sentiasa menambahbaik dan melaksanakan tramfomasi ke atas sistem pendidikan Negara. Saya, sekarang sebagai guru akademik tingkatan 6, telah memperoleh sarjana kepengetuaan, (2007, UM), Diploma pengurusan dan kepimpinan sekolah (2005, IAB) dan Sijil NPQH (2006, IAB). pernah menjawat jawatan guru kanan(2003) dan penolong pegawai pelajaran daerah (pengurusan kurikulum) (2004), Apabila tamat Kursus tersebut saya di tempatkan semula ke sekolah, kerana tiada kekosongan jawatan yang sesuai pada masa itu. pengalaman mengajar tingkatan 6 sebelum ini membolehkan saya memohon menjadi guru akademik tingkatan 6 sehinggalah sekarang.( Gred: DG48) Persoalan saya sekarang ialah dengan adanya Perluasan dan penambahan jawatan baru di KPM seperti SIPARTNER+ dan syarat-syarat baru menjadi pengetua adakah saya berpeluang untuk memohon jawatan tersebut. Terima kasih. wasalam.

  24. Saya mencadangkan agar setiap PK.HEM sekolah rendah di bekalkan seorang kerani.Urus RMT,KWAPM,RM100.00(awal tahun) dan Kantin

  25. Dr…kini setiap orang menyebut NPQL sahaja sebagai syarat. Kenapa tidak disebut syarat untuk menjadi pengetua ialah perlu ada NPQH atau NPQL. Seolah-olah lepasan NPQH perlu bangkitkan soalan adakah Diploma/Sijil boleh dipakai untuk syarat tersebut? IAB perlu elak kekeliruan ini.

  26. Selamat Sejahtera Encik, saya ingin mendapat maklumat lebih tentang kriteria prlantikan sesoanr Guru Besar/Pengetua. Ini adalah berkaitan persoalan jika seorang warganegara asing dibenarkan menjadi pengetua sekolah berkurikulum nasional. Saya juga ingin mengetahui lebih jika perkara ini juga berkenaan dengan sekolah-sekolah swasta di negara kita. Minta maaf jika terdapat kesalahan dengan pengunaan bahasa saya.

    1. Pengetua Guru Besar di sekolah-sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta dilantik dengan kelayakan akademik, iktisas, profesional dan perkhidmatan yang mencukupi. Mereka adalah warga negara Malaysia. Sekolah antarabangsa dan expatriate ada yang dipimpin oleh bukan warganegara.

  27. Salam Dr.
    2014 adalah tahun yang membawa beribu persoalan tentang kenaikan pangkat guru besar dan pengetua. Dikhabarkan untuk tahun 2015 semua jawatan guru besar dan pengetua mesti mempunyai sijil NPQH / NPQEL. Syarat baru yang ditetapkan itu amat dialu-alukan. Tetapi adakah pihak yang melaksanakan dasar ini sedar bahawa kalau di sekolah rendah jawatan guru besar adalah DG 34.Sedangkan sudah ramai guru-guru yang berada di sekolah rendah yang berada di DG 44/48 dan telah mempunyai NPQH, tetapi masih menjadi guru biasa. Adakah mereka ini dipinggirkan setelah bergelar siswazah.Kenapa hak mereka untuk menjadi pemimpin sekolah diabaikan tidak sepertimana guru-guru yang berada di sekolah menengah.Mengapa dasar yang memerlukan perjawatan guru besar hanya untuk DG 34 / 38 masih dikekalkan.

    1. Perkara ini telah dan sedang dibincang di peringkat tertinggi kementerian. Saya cadangkan kita sebagai penjawat awam guru terutamanya beri tumpuan kepada bagaimana hendak membantu murid mencapai aspirasi yang diharapkan negara setanding negara maju lebih daripada memikirkan soal kenaikan pangkat. Untuk memimpin tidak perlu tunggu jadi ketua kalau kita faham pemimoin 360 darjah. Tanya apa sumbangan kita kepada negara bukan apa sumbangan negara kepada kita. Allhu’alam

      1. Cuba baca buku The Leader Who Had No Title oleh Robin Sharma. Amat menarik sebagai panduan kepada kita untuk rasa tidak terlalu kecewa walaupun tidak memegang apa-apa jawatan tetapi masih boleh menjadi pemimpin yang hebat dan berkesan.

  28. Salam Dr..
    Saya adalah peserta kursus NPQEL keluaran Julai 2010,pada mulanya saya mengikuti kursus ini bukan untuk memengang jawatan,tapi saya seorang yang suka kepada disiplin dan pengurusan kepimpinan,tak sangka pula sekarang sudah menjadi satu syarat untuk menjawat jawatan PENGETUA.Masa saya mengikuti kursus tersebut, saya telah pun DG 48 dan Master Pengurusan dan Pentadbiran Dalam Pendidikan,saya amat berbangga berada di IAB selama 1 tahun untuk menghabiskan sukatan……lebih kurang 49 tajuk berkenaan Pengurusan kepimpinan untuk satu-satu organisasi.Walaupun tidak sebagai PENGETUA……tapi kini saya sebagai KETUA JABATAN untuk satu organisasi pendidiikan.Saya amat menyokong penuh tindakan KPM untuk merealisasi lulusan NPQEL,IAB sebagai satu syarat untuk menjawat jawatan PENGETUA/GURU BESAR, Subjek NPQEL yang di pelajari di IAB sudah pasti amat berguna sekali apabila sesorang pegawai itu menjawat jawatan Pengetua/GB. Tahniah IAB……Syabas KPM…..tahniah juga kepada peserta yang akan meneruskan kursus NPQEL nanti…..TQ.

  29. Salam, saya memohon untuk bersara awal pada 1 Disember 2014. Soalan saya adakah benar seorang guru yang setahun lagi akan bersara tidak dibenarkan pergi mengikuti mana – mana kursus?

  30. Salam Dr.
    Saya berpendapat berilah peluang kepada guru-guru senior walaupun tidak mempunyai kelayakan NPQEL .Selepas dipilih boleh diberi peluang mengikuti kursus ini.Saya telah memohon 5 bulan masih tidak ditawarkan kursus ini.Walaupun tidak ada NPQEL ada kelayakan Sajana.Tak bolehkah kelayakan master diambil kira dalam hal ini.Ramai guru lama berkhidmat tidak ada peluang kenaikan pangkat kerana akan bersara dalam masa yang singkat.

  31. Salam, Dr. adakah dengan perkeliling bilangan 40/2013 dapat memberi peluang kepada guru-guru dg 41/44/48 di sekolah rendah yang mempunyai NPQH / NPQEL diberi peluang untuk memegang jawatan guru besar.

  32. Assalammualaikum dr. saya adalah guru dg41 yang menjalankan tugas di sekolah rendah (SKM-sekolah kurang murid) memegang jawatan sebagai GTT KO-kurikulum dari tahun 2008 hingga kini dan tidak lama lagi akan memohon untuk dg44. Sekiranya saya mengambil kursus ini adakah saya layak untuk memegang jawatan dibahagian pentadbiran sekolah secara hakiki sedangkan jawatan guru besar dan penolong kanan yang ada sekarang disekolah rendah adalah gred dg32 dan dg34 sahaja.. SEKIAN.. WASALAM..

  33. Assalam,
    Bukan pangkat yang dicari….tapi ilmu yang perlu digali. Komitmen yang tinggi dan keikhlasan yang sejati adalah senjata utama dalam mendidik modal insan menghadapi masa depan. Alhamdulillah…dengan ilmu yang diperolehi melalui NPQEL Ambilan 1/2012, saya dapat melakukan perubahan yang impaknya cukup ketara terutamanya dalam intruksi. Jangan fikirkan jawatan atau pangkat, nanti kecewa akhirnya. Bacalah Pemimpin 360 darjah. Saya masih bersemangat , walaupun memegang Diploma dan Sijil NPQEL tetapi masih Guru Penolong….

      1. YA…BETUL DR….SEBAGAIMANA TELAH SAYA RESPON DALAM FB DR…SAYA ADALAH PESERTA NPQEL KOHORT 2/JUN 2009-JULAI 2010.MASA SAYA DAFTAR DIRI, SAYA DAH DG 48…..SAYA TIDAK MENGHARAPKAN APA2…TAPI SAYA MINAT KEPADA ILMU PENGURUSAN KEPIMPINAN…DAN SAYA BERJAYA….TANPA DI SANGKA2 SAYA DI PANGGIL UNTUK TEMUDUGA PENGETUA PADA 6/2/14 NI..DOAKAN SEMOGA SAYA BERJAYA DR….TQ.

  34. TQ…DR..ATAS KATA SEMANGAT..WALAU SEBARIS AYAT.PERCAYA LAH..KESABARAN PALING PENTING.SEKARANG INI PELUANG KEPADA PEMENGANG DIPLOMA NPQEL SUDAH TERBENTANG JELAS..REBUTLAH PELUANG INI.SAYA DAPATI TEMUDUGA UNTUK CALON GB/PENGETUA YANG BERLANGSUNG DARI 6-16 FEB. 2014 INI, SEMUANYA YANG ADA SIJIL NPQEL….CUMA SEKARANG INI TINGGAL LAGI BAGAIMANA TUAN/PUAN MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI TEMUDUGA DAN DAPAT MENYAKINKAN PANEL UNTUK MEMILIH TUAN/PUAN…..SELAMAT BERJAYA .

    1. Pengalaman saya menghadiri temuduga sama ada sebagai calon yang ditemuduga atau panel penemuduga tip-tip berikut perlu dipatuhi:
      1. Apabila ditanya apakah tujuan anda memohon jawatan ini markah tertinggi diberi kepada jawapan untuk menyumbang atau berbakti kepada negara. Kemudian buktikan.
      2. Jika ditanya apakah sumbangan atau kelebihan anda yang melayakkan anda diberi jawatan itu jangan terlalu angkuh menjelaskan tentangnya sehingga seolah anda sahaja paling layak.
      3. Jangan cuba temberang jika anda tidak pasti. Mengaku tidak tahu atau kurang pasti lebih baik daripada berbohong. Penemuduga tahu. To be humble yet professional in an interview is a golden key for success.

      Banyak lagi sebenarnya tip2 lain tapi tiga di atas adalah asas. Temuduga yang singkat mustahil dapat mendedahkan semua kebaikan kita tetapi kelemahan kita amat mudah terbongkar.

      Jadi jika kita tidak dapat jawatan yang dipohon jangan kecewa kerana FAIL bererti first attempt in learning

      1. TQVM..DR..RASANYA, APA YANG DR DIBENTANGKAN ITU…LEBIH KURANG SAMA YANG TELAH SAYA LAKUKAN MASA TEMUDUGA TEMPOH HARI,KALAU MCM ITU,BERPANDUKAN KEPADA DR SEBAGAI PANEL…SAYA YAKIN KEJAYAAN TELAH MENYEBELAHI SAYA….SO SEKARANG, SAYA HANYA MAMPU BERDOA DAN MEMINTA PERTOLONGAN DARI ALLAH SAJA.

    2. Tahniah Saudara Ibrahim. Saya pun terlibat dengan temuduga tersebut. Moga ilmu yang dipelajari dapat digunakan sepenuhnya walaupun tanpa sebarang jawatan.

      1. Tahniah cik gu salimar…..saya kenal cik gu….masih ingatkah masa saya bentang kertas kerja untuk menyiapkan projek NPQEL kita, masa itu bapa saudara cik gu sebagai pengarah IAB, Tan Sri Abdul Ghaffar Mahmood(Mantan KPPM) yang mengantikan Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof….sekarang KPPM. Bapa saudara cik gu seorang pemimpin yang hebat…..tetapi rupa2nya anak saudaranya …… hebat juga….saya yakin cik gu akan berjaya dan akan jadi Guru Besar nanti.Contohi lah gaya kepimpinan yang hebat2 dari pemimpin yang lepas2. Kita jumpa nanti di IAB pada bulan JUN….andainya kita sama2 dipilih.

      2. Memang dalam ingatan. Mantan Penghulu NPOEL Kohort 2. Terlalu tinggi pujian tuan tu. Apa-apa pun kita cuba yang terbaik untuk anak bangsa kita.

  35. Assalam,
    Tahniah kepada semua lepasan NPQH / NPQEL ….anda bakal menjadi Pemimpin Instruksional masa depan yang cukup efektif. Apa yang Dr. war-warkan bukan omongan kosong malahan realiti yang dilaksanakan mulai tahun 2014. Tahniah semua yang dipanggil menghadiri temuduga. In sya allah BERJAYA…

    1. Saya juga mengambil kesempatan ini utk mengucapkan TAHNIAH kepada yang telah menghadiri temuduga….inilah masanya utk tuan/puan menunjukkan kemampuan untuk menjadi pemimpin.Implikasikan apa yang tuan/puan pelajari semasa di IAB sehingga mendapatkan Diploma/Sijil NPQEL.Tonjolkan penampilan yang menyakinkan pada panel beserta dgn hujah2 yang berilmu masa ditemuduga,Saya di fahamkan selepas pada bulan julai 2014 ini tiada lagi kenaikan pengetua dan guru besar secara seniority…..syarat utama adalah mesti/wajib ada sijil NPQEL.Begitu juga dengan anjakan ke 6 dalam PPPM….untuk pemimpin pelapis di JPN & PPD, yang mana sedang menjalani temuduga sekarang melalui ‘Profil Kepimpinan JPN & PPD’ juga mengambilkira Diploma/Sijil Kepimpinan NPQEL…… tuan/puan yang mempunyai NPQEL mesti rebut peluang ini……apa komen Dr. Jamil…..

  36. Assalamulaikum, saya mempunyai sarjana dalam pentadbiran pendidikan, dan berminat untuk memohon npqel tetapi tidak dipanggil untuk temuduga, mungkin terlalu ramai persaingan. saya berpengalaman sebagai guru kanan bidang kemanusiaan, gpk hem dan sekarang sebagai guru cemerlang dg48 di sekolah rendah.
    masih berminat untuk memegang jawatan pentadbiran

    1. Saya minta maaf tidak dapat menjawab atau memberi respon kepasa semua persoalan, pandangan dan cadangan tentang NPQEL kerana saya sudah tidak bertugad di IAB lagi. Semua persoalan dan pandangan tentang NPQEL sila kemukakan kepada pihak IAB. Terima kasih.

    2. Miswhb…..sebenarnya jawapan tu dah pun empunya nama menjawabnya….sekarang ini persaingan utk mengikuti kursus NPQEL terlalu hebat….biasanya IAB melatih bakal pemimpin ni dalam 250 ke 300 orang saja setahun…masa saya dulu …dlm tahun 2009..hanya 220 orang saja, tapi sekarang cecah 1000 orang…dan yang Q, masih ramai.Harap bersabar…

  37. Assalamulaikum, saya ingin bertanya berkenaan temuduga Pengetua. Apakah skop soalan /bahagian yg selalu ditanya. Lebih menjurus kepada kepimpinan atau lebih kepada akademik dan bidang tugas jawatan yg sedang disandang. Terima kasih atas makluman.

  38. Pada bulan Julai 2014 sepatutnya mula penempatan peserta hadir temuduga calon NPQH atau NPQL yang layak untuk jawatan Pengetua dan Guru Besar yang hadir Fasa 1 bulan Februari 2014. Namun tiada maklumat sehingga sekarang. Mohon pencerahan.

    1. Saya adalah lulusan NPQH tahun 2000…hampir 15 tahun menunggu tp tiada peluang untuk jawatan Guru Besar…2010 saya sambung dlm Pensiswazahan Guru Besar di UPSI tp sampai sekarang masih tiada sebarang peluang walaupun pelbagai borang telah diisi… banyak sangat karenah birokrasi..walaupun semua keperluan telah disempurnakan tp masih mengajar pelajar tahun 1 dan 2 sebagi guru biasa…. siapa yg nak perjuangkan nasib guru macam saya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s