Perjalanan ke HUSM Catatan 1

Pada 30 Ogos 2012 saya telah selamat menjalani pembedahan endoscopic decompression untuk menyelesaikan masalah slip disc yang saya alami sejak 2005 selepas secara tak diduga perbuatan mengangkat kereta saya yang bocor tayar dan tumbang apabila dijack telah menyebabkan disc tulang belakang saya tergelincir (slipped). 

Sejak 2005 itu beberapa kali saya mengalami sakit pinggang hingga menjejaskan pergerakan kerana bukan sahaja pinggang malahan kaki, peha, pinggul dan punggung turut sakit. Setiap kali saya kena sakit sedemikian saya pergi klinik ambil ubat penahan sakit atau berurut. Paling lama empat lima hari cuti sakit atau cuti rehat sembuh seperti biasa.

Akhirnya pada hari Rabu 4 Julai 2012 saya tumbang tak boleh jalan menderita kesakitan sehingga terpaksa bercuti hingga sekarang. Penderitaan saya kali ini telah membawa saya ke Hospital USM Kubang Krian di Kota Bharu untuk menjalani rawatan slip disc saya dengan pembedahan endoscopic decompression dengan pakar spine Dr Abdul Halim Yusof pada hari Khamis 30 Ogos 2012.

Selasa 28 Ogos 2012

Flight MH1396 jam 2.35 petang bersama isteri tercinta dihantar Syauqi anak yg baik hati.Sampai di kota baru 3.40 delay sikit disambut sahabat2 iab timur diketuai ismail karim. Dr junaidah dan ibu juga hadir sama. Naik kereta drv nik mat singgah makan tomyam sebelum ke rumah tamu husm bilik 004 (sewa rm75 sehari). Malam Dr Junaidah Mat Nawi adik angkat dari semasa belajar di UK yang sedang buat master di HUSM dan ibu datang bawa makan nasi mandi.

Rabu 29 Ogos

Jam 8.00 pagi Nik Mat pensyarah kanan IAB Timur ambil kami berdua dari rumah tamu HUSM breakfast dahulu sebelum register 8.30 di klinik Orthopedic ditunggu Dr Jun. Lupa Dr Wan Zawawi Ismail pensyarah kanan IAB Genting yang perkenal saya kepada Dr Halim dah registerkan pd 8 ogos untuk jumpa dr halim di klinik orthopedic.Dpt jumpa 11.30 giliran 3009. Dr halim melawat wad dahulu sehingga 10.00 pagi. Setelah consultation dan check MRI Dr Halim menawarkan operation esoknya khamis 30 ogos kerana seorang pesakit yang sepatutnya menjalani pembedahan pada waktu itu cancel. Tergamam tapi Jun dan isreri setuju kerana itulah juga doanya dari rumah dgn request boleh discharge cepat.

Sambung baca Perjalanan ke HUSM (Catatan 2)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s