Perjalanan ke HUSM Catatan 3

Khamis 30 Ogos 2012 hari pembedahan

Dari bilik xray diiringi isteri, Dr Jun dan staf IABT ke OT orthopedic di tingkat 2. Sekali lagi sign surat setuju bedah tanpa ragu sebelum masuk ot disambut 2 orang pakar bius Dr Tam dan seorang lagi yang nampaknya lebih pakar.

Di dalam OT Dr Tam seorang Cina Muslim malakukan prosedur bius. Setelah masuk ubat bius agak panas rasa di tangan dengan lemah lembut dia meminta saya mengucap, baca selawat dll sebelun serkup mulut. Sempat baca selawat syifa dan penghulu istighfar beberap kali badan rasa seperti dibuai sebelum nyawa terbang melayang.

Subhanallah saya diberi tahu Dr Jun  ubat bius GA yg digunakan samalah dgn ubat yg digunakan oleh Micheal Jackson untuk mati cuma bezanya saya diberi bantuan pernafasan dan kawalan rapi beberapa orang doktor pakar tp dia tidak. Walaupun mungkin Dr Jun bergurau dengan saya, rakan-rakan team Dr Halim terima kasih kerana menjaga nyawa saya.

Sebelum prosedur pembedahan yg diketuai Dr Halim setelah siap prosedur bius saya dialih ke meja bedah di sebelah stretcher saya dgn badan menelangkup. Dr Halim dan teamnya bersama student Dr Halim membaca teks doa yang agak panjang, fantastic!

Advertisements

3 thoughts on “Perjalanan ke HUSM Catatan 3

  1. Assalam yang dirahmati Allah, Dr Jamil. Syukur Alhamdulillah ke hadratNya kerana Dr telah selamat menjalani pembedahan yg begitu complicated dan membahayakan..antara hidup dengan mati… Utk perkongsian Dr dan semua pembaca Blog Dr, saya ingin berkongsi pengalaman juga. Ibu saya juga baru 2 bulan lepas (4 Julai 2012) menjalani pembedahan bypass jantung di IJN. Sama tarikhnya dgn hari Dr jatuh/tumbang akibat kesakitan yg Dr alami. Pd masa itu, saya langsung tidak tahu-menahu ttg kejadian yg telah menimpa Dr. Semua pengalaman perjalanan Dr dari saat dimasukkan ke wad, menjalani pemeriksaan awal sebelum pembedahan, diberikan taklimat awal tentang bius dan kesannya, ditanya ttg penagmbilan ubat-ubatan selama ini, dll – masih dapat saya rasakan debarannya. Saya diberikan Allah kesempatan untuk bersama-sama dengan ibu saya sepanjang proses dari saat dimasukkan ke wad sehingga keluar dari wad – kecuali di dalam OT – saya tidak dibenarkan berada di sisi beliau…. Allahuakbar..Allah Maha Besar. Betapa kita rasakan amat pedih dan amat berat untuk melalui saat-saat yg getir itu. Ibu tersayang diuji sebegitu hebat. Jika boleh ingin saja saya menggantikan tempat beliau…biar saya saja yg menanggung seagala penderitaan beliau di saat itu…namun, itu semua mustahil. Benarlah seperti yg dikatakan alim ulama selama ini..solat hajat, bacaan yassin, doa anak2 soleh dan rakan, saudara-mara, kenalan amat berkuasa – it is really very2 powerful… Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar..spt yg Dr alami. Pembedahan berjaya. Dijangka pembedahan berlangsung selama 3 jam, namun ibu saya siap dibedah dan dimassukkan ke ICU tak sampai 3 jam. Kami juga terkejut bila sekejap saja menunggu dan tiba2 telah dipanggil utk melihat ibu sudah dipindahkan ke ICU. Ibu saya juga sedar dari lenanya dalam tempoh 6 jam saja selepas dibius sedangkan jangkaan doktor ibu akan sedar dalam tempoh 12 jam…sepanjang ibu saya di dalam OT, kami semua adik-beradik, anak, cucu , menantu, beramai-ramai berjemaah di dalam wad IJN menunaikan solat hajat, bacaan yasssin tidak putus-putus…sekelip mata sahaja dirasakan- sudah dipanggil oleh nurse utk ke ICU menyambut ibu kami…Syukur tak terhingga padaNya atas kesejahteraan, kemudahan dan keselamtan yg diberi…Allah Maha Besar, Maha Pengasih, Maha Penyayang…kini, ibu saya bersama-sama saya di rumah. Sudah hampir sihat sepenuhnya – cuma selera makan belum pulih dan tidurnya juga masih belum dapat lena seperti selalu..Terima kasih kepada semua warga IAB yg mendoakan ibu saya tempohari. Hanya Allah swt shj yg akan membalas segala jasa baik kwn2 buat kami sekeluarga…Amin…
    Itulah pengalaman yg tidak pernah saya alami. Saya harap Dr akan segera pulih, Doa kami akan terus mengiringi Dr. Jagalah kesihatan Dr baik-baik. Bersyukur juga krn masih ada ramai insan yg menyayangi Dr. Anak isteri, saudara, teman, rakan setugas – sering bersama dlm keadaan susah payah. Benarlah kata oang – teman hidup kita adalah segalanya..Alhamdulillah kita dikurniakan insan yg masih setia dan begitu menyayangi kita…Take care Dr..
    (MAIZATUL AKMAL SAHUDIN, IAB)

  2. Assalamualaikum pakcik,tahniah kerana membuat blog yang begitu sempoi dan menarik untuk di baca, saya berharap pakcik tabah menghadapi segalanya dan saya doakan pakcik cepat sembuh dari penyakit yang pakcik hadapi,cuma yang dapat saya katakan YOU ARE VERY STRONG UNCLE! N MAY ALLAH BLESS WITH YOU UNCLE!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s