Perjalanan ke HUSM Catatan 13

Kesan Sampingan Pembedahan

Hari ini Isnin 3 Sept 2012 setelah 4 hari menjalani pembedahan tiada lagi masalah tidur, tiada masalah kebas seperti semut menggigit dan menjalar pada tangan, kaki dan seluruh badan. Rasa tegang pada bahagian tertentu badan juga hilang sejak semalam (Ahad).

Namun rasa kebas dan sengal pada pinggul, peha dan kaki kiri masih ada apabila berdiri atau duduk agak lama walaupun saya sangat menjaga untuk tidak buat sebarang aktiviti membongkok dan mengangkat barang atau buat kerja berat. Saya sangat tahu apabila disc yang herniated telah dipotong, annulus pelindungnya telah tiada atau belum tumbuh. Jadi kalau saya buat semua itu, herniation pasti berlaku lagi dan ini bermakna sia-sialah operation saya.

Jadi apa yang menyebabkan rasa kebas, sengal dan sedikit rasa sakit pada kaki kiri seperti sebelum operation apabila berdiri. Apabila berjalan perlahan2 tiada pula berlaku masalah tersebut.

Saya yakin buldging atau herniation of the disc yang menyebabkan compression atau himpitan root nerve tidak berlaku kerana saya jaga dari kemungkinan berlaku. Saya juga kadang-kadang mengguna lumber support apabila berjalan sekeliling rumah secara perlahan mengalahkan orang perempuan beranak dengan pembedahan.

Perkara tersebut berlaku mungkin kerana selama dua bulan atau lebih saya mengslaminya. Jadi saraf akan terus menghantar mesej kepada otak apabila berdiri lama. Kadang-kadang masa baring dengan kaki lurus pun rasa kebas pada kaki kiri berlaku. Kaki kanan tak pula mengalaminya.

Saya percaya hal tersebut akan hilang perlahan-lahan. Bila saya belum tahu. Saya akan terus berdoa, jaga pantang yang berdozen disenaraikan Dr Jun dan makan ubat. Saya tak pasti sama ada food suppliment membantu.

Saya juga belum berani buat exercise seperti sebelum ooeration sebelum bertemu Dr Halim Sabtu 8 hb ini. Program physiotherapy di PPUM juga belum diteruskan.

Sambung ke Catatan 14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s