Perjalanan ke HUSM Catatan 8

Jumaat 31 Ogos 2012

Masih di wad kawalan rapi Jabatan Orthopedic. Semalaman tak tidur malam otak dan badan rasa cergas walaupun otak banyak bekerja menyoal dan menjawab sendiri persoalan yang timbul sendiri. Rasa bimbang memang ada tapi rasional ditemui hasil ingatan kuat dari bacaan dan perbincangan yang banyak bersama tetamu yang datang menziarah sebelum ke HUSM. Selama dua bulan hampir berulang-ulang otak bekerja tentang perkara yang sama. Betul salah tak berapa penting tapi maklumat ada. Beban otak berkurang walau terpaksa menyoal dan jawab sendiri. Isteri sedang tidur di rumah tamu.

Dari selepas bedah hingga pagi lima kali buang air kecil sambil baring. Tiga kali dengan bantuan isteri sebelum balik ke rumah tamu, dua kali sendirian. Boleh buat sendiri takkan nak minta bantuan nurse pulak. Daripada lima kali itu empat kali sahaja ada rasa sakit. Otak menjawab ubat penahan sakit celebrex membawa kesan sampingan kapada buah pinggang. Saya dah ambil 20 biji sebelum ke HUSM lagi dan dah berhenti ambil pun. Saya dah ambil ultracet yang kurang kesan sampingannya kepada buah pinggang.

Pagi Jumaat itu bangun dari baring masih segar. Isteri yang telah datang membantu ambil air sembahyang untuk solat subuh. Lepas solat sarapan pagi dua keping roti hidangan wad dan air milo. Lepas tu makan ubat metacobalamin sama seperti mythylcobal yang saya makan sebelumnya. Ubat ini adalah untuk menguatkan saraf. Saya juga makan celebrex dan myonal. Myonal pernah saya makan apabila ke klinik swasta mendapatkan rawatan bila sakit pinggang.

Bila siang sikit Dr Halim datang melawat. Kebiasaannya setiap Jumaat pagi dia akam rehat selepas sehari suntuk dia dan teamnya melakukan dua pembedahan sehari pada hari Khamis. Tapi semalam seorang lagi pesakit yang sepatutnya dibedah telah dibatalkan kerana tidak berpuasa.

Daripada perbincangan dengannya banyak persoalan saya terjawab hampir sama seperti jawapan saya sendiri. Dia menyatakan akan beri saya ubat tidur laxapro apabila saya nyatakan tak noleh tidur semalaman.

Pagi itu saya sangat ceria berbincang dengan Dr Halim yang memang mesra dan down to the erath sifatnya. Amat menyenangkan dan menjadi sebahagian daripada ubat kepada pesakit. Apabila diajukan soalan bila boleh discharge jawapannya mudah bila boleh berjalan pergi dan balik dari katil ke bilik air saya boleh balik. Berkobar lagi perasaan apatah lagi dah cuba beberapa kali berjalan dari sebelah kanan katil ke kirinya. Saya yakin boleh jalan dari katil ke bilik air dan balik. Yang risaunya kalau dia tanya dah buang air besar atau belum sebab saya belum. Sangat sukar saya nak tipu lebih lagi kepada orang sebaiknya.

Dia tak saksikan pun saya jalan ke bilik air. Dia trust stafnya. Namun sebelum meninggalkan saya, confident saya boleh berjalan ke bilik air, supaya lebih selesa, dia arahkan nurse mencabut alat perubatan yang disambung ke tangan saya selepas bekalan steroid. Saya yakin saya boleh discharge hari ini lebih lagi apabila saya beritahunya tiket kapal terbang saya untuk balik KL adalah keesokan harinya Sabtu jam 6.45 pagi MH1397 dia sangat memahami.

Ternyata lepas saya berjalan ke bilik air dan balik (yang hanya disaksikan staf lain di wad), ubat, cuti sakit urusan bayaran melalui GL dibuat. Kebetulan anak perempuan saya Ainul Huda datang bersama suami dan dua orang cucu saya dari Dungun jam 11.00 pagi itu. Orang pergi solat Jumaat saya keluar wad ke rumah tamu HUSM sementara menunggu flight balik KL esok pagi.

Sambung ke catatan 9

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s