Cerita Steroid dalam Pengurusan

Oleh kerana saya mengambil steroid yang agak banyak untuk pembedahan dan saya ada maklumat menarik tentangnya yang ada kaitan dengan pengurusan, saya ingin berkongsi cerita bagaimana kita mengurus mengikut pengurusan steroid.

Steroid adalah dalam keluarga polycyclic hydrocarbon. Ratusan steroid yang berbeza ditemui dalam tumbuhan, haiwan dan kulat. Semua steroid terbina dalam sel sama ada daripada sterols lanosterol (haiwan dan kulat) atau daripada cycloartenol (tumbuhan).

Seperti haiwan lain badan kita juga mempunyai kilang pengeluar steroid untuk mengeluarkan steroid apabila diperlukan. Antara kegunaan steroid dalam perubatan terutama bagi orang yang menjalani pembedahan spine seperti saya dengan pemotongan tulang interbrata yang agak banyak adalah untuk stimulate pengeluaran bone marrow dalam tulang supaya pengeluaran sel darah merah daripada tulang tidak terjejas. Jika sebaliknya berlaku pelbagai komplikasi berlaku seperti kebengkakan akibat pemotongan.

Oleh kerana pengeluaran steroid dari dalam badan tidak cukup untuk membuat kerja yang banyak, steroid dari luar dengan kadar yang secukupnya diperlukan untuk kerja yang mendesak pada saat yang diperlukan. Namun pengurus dan pekerja kilang steroid dalam badan akan berhenti atau mengurangkan pengeluaran steroid apabila telah ada bekalan steroid yang banyak dari luar. Apabila telah terbiasa dengan keadaan itu mereka akan terus berhenti membuat pengeluaran.

Hal ini samalah seperti apa yang berlaku dalam organisasi. Individu, unit atau sektor pekerja akan mengurangkan tenaga untuk apa sahaja keperluan sama ada output, outcome atau impak apabila mereka boleh mendapatkan semua keperluan tanpa perlu kerja keras. Contoh paling mudah ialah ahli keluarga yang membuat kenduri besar di rumahnya tidak akan masak dan buat kerja harian pada masa dan sekitar masa hari kenduri kerana semuanya dibuat orang lain. Selepas kenduri mereka lebih suka beli makanan luar dari masak sendiri.

Doktor saya sangat smart mengatasi masalh ini. Selepas sahaja pembedahan, saya dibekal steroid terus melalui darah tiga kali sehari. Kemudian kekuatannya dikurangkan dengan pengambilan secara oral 8 biji pil tiga kali sehari (24 biji), diikuti 8 biji dua kali sehari (16 biji) dan diakhiri 4 biji sekali makan sehari untuk 10 hari. Tujuannya ialah supaya kilang steroid dalam badan terus mengeluarkan steroid apabila diperlukan tanpa bekalan steroid tambahan dari luar. Lagipun pengambilan steroid tambahan ada kesan sampingan.

Bolehkah kita contohi dan amal pengurusan seperti ini dalam organisasi kita?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s