Lima cara menjaga spine (tulang belakang) supaya sihat dan ceria

Spine (tulang belakang) anda mempunyai banyak saraf, urat dan ligamen yang bertindak sebagai penghubung ke seluruh badan. Jagalah spine anda dengan baik supaya bukan sahaja bahagian belakang anda sihat malahan seluruh badan sihat dan ceria. Banyak cara mudah anda boleh lakukan untuk menjaga spine daripada cedera atau mengalami komplikasi kesakitan seperti yang saya alami sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

1. Biarkan spine anda betul-betul rehat semasa tidur

Semasa tidur semua struktur dalam spine yang telah bekerja kuat sepanjang hari akhirnya berpeluang relaks dan menikmati kenikmatan rehat. Jangan dipaksa lagi spine anda terus bekerja untuk kepentingan anggota badan lain semasa spine perlu rehat. Berlaku adillah kepada spine terutama semasa dia perlu rehat dengan menyempurnakan keperluan rehat untuknya seperti tilam yang sesuai, postur tidur yang betul dan tiada gangguan untuk spine rehat dengan selesa.

2. Pilih Kasut yang Anda Pakai dengan Cermat

Sama ada anda berjalan untuk exercice atau berjalan biasa ke mana-mana kasut yang anda pakai memberi kesan besar kepada belakang anda. Kasut yang anda pakai memberi kesan keseimbangan, kelenturan dan keselesaan ke seluruh badan yang penghubungnya ialah semua struktur di dalam spine. Kasut yang baik menjaga bukan sahaja kaki yang memakainya malahan membantu spine dan badan kekal pada jajarannya. Ia juga membantu mengelak daripada ketegangan urat saraf dan kemungkinan kecederaan.

3. Latihan untuk Abdomen dan Belakang

Satu daripada aspek utama kesihatan spine yang baik ialah latihan (exercice). Latihan yang baik untuk menyihatkan spine ialah pergerakan terancang abdomen dan bahagian belakang badan. Latihan mudah 20 hingga 30 minit sehari secara rutin sekurang-kurangnya tiga kali seminggu semasa spine sihat atau sebelum terjadi seperti saya membantu mengelak atau meminimum kecederaan spine.

4. Duduk Tegak dengan Sokongan

Semasa duduk disc atau pelapik antara tulang belakang bahagian bawah atau pinggang atau lumber menerima beban tiga kali lebih besar daripada semasa berdiri. Jadi duduk yang lama lebih-lebih lagi dalam postur yang tidak betul dengan postur spine boleh mengakibatkan sakit belakang/pinggang dan kaki yang disebabkan oleh sciatica atau referred pain. Duduk lama di kerusi pejabat menyebabkan postur spine berubah daripada postur asal menyebabkan disc berada dalam keadaan tidak seimbang menerima beban dan boleh slip atau tergelincir dari tempatnya. Jika anda perlu duduk lama di pejabat letaklah alat sokongan kepada lumber anda supaya pistur spine kekal seperti asal.

5. Enjoy Faedah Urutan

Urutan yang baik boleh merehatkan urat saraf (muscles) dan melegakan stress. Urutan teraputik bukan sahaja memperbaiki kelenturan dan mengurangkan tekanan malahan memperbaiki aliran darah dan meningkatkan aras endorphin dalam bloodstream. Endorphin ialah bahan kimia dalam badan yang menyebabkan kita rasa sedap badan. Urutan yang baik didapati di mana-mana termasuk kerusi, tilam dan katil urut yang dijual di pasaran yang boleh dipakai di rumah atau pejabat atau tempat awam.

Kesimpulan

Topik yang saya bincang di atas adalah cara mudah untuk membantu spine anda yang masih sihat sebelum terjadi seperti yang saya alami. Bagi orang seperti saya yang telah menjalani pembedahan spine dan sedang menjalani pantang larang selepas pembedahan tentulah tidak semua cara boleh dilakukan sebelum mendapat nasihat pakar. Namun saya akan jadikan peringatan dan amalan apabila sembuh nanti.

Advertisements

9 thoughts on “Lima cara menjaga spine (tulang belakang) supaya sihat dan ceria

  1. Assalamualaikum Dr Jamil,
    Saya dan Isteri (Rahmah) baru berkesempatan membaca catatan ini. Saya dah tahu berita Dr menjalani operation melalui Hj Yaakob semasa hadir kahwin anaknya tempoh hari. Ketika itu saya dalam perjalanan ke JB kerana menghantar anak mendaftar di UTM. Hajat nak singgah tapi memandangkan baru menjalani operation dan memerlukan rehat secukupnya saya dan isteri membuat keputusan melawat dihari lain, maka meneruskan perjalanan ke JB. Tinggal dirumah anak di Tangkak selama 3 hari sebelum balik. Kemudian ke KL lagi, balik Lipis dan ke KL semula kerana anak ada oppointment dengan doktor di Lipis. Dapat mesej dari Dr tentang blok ini. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan selamat melepasi saat-saat kritikal. Allah SWT telah memberi laluan yang mudah dalam menghadapi segala ini. Saya dan isteri mendoakan agar Dr sembuh sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Insya-Allah satu hari kami akan datang menjegok, harap dapat SMS’kan alamat kediaman.. Wassalam

  2. Assallamualaikum Dr.Jamil…
    Terima kasih atas perkongsian bagaimana untuk menjaga spine kita. Walau dalam keadaan belum sihat sepenuhnya, Dr telah menyumbang sesuatu kepada orang lain. Didoakan agar cepat sembuh…Amin

  3. terima kasih doktor atas perkongsian info tsb. sy salah seorg pesakit tulang belakang yg mgkin akan mnjalani pembedahan. boleh x doktor ceritakan sikit jenis surgery yg doktor terima dan keberkesanannya. spt yg kita maklum trdpt pelbagai jenis pembedahan yg dilakukan berdasarkan kecederaan tulang belakang setiap pesakit.

    • Buat stretching exercises. Baring tanpa bantal badan flat angkat sebelah kaki lurus setinggi mungkin regangkan otot betis dan otot bawah peha atau humstring muscle kira 15 dan tukar sebelah kaki. Jangan tahan nafas. Ada banyak lagi exercise yg boleh dibuat. Tak perlu urut.

  4. Dr jamil .. Sy bru lepas operation . then dr pakar sruh sy memakai korset utk kemaskan skru supaya nut x tercabut .. Tp sy tdk mempunyai budget yg ckup .. Adakah nut tu btol2 akan tercabut ?? Sy harp dr jamil dpt menerangkan ..Disini sy tgglkan nom tlfn sy .. 0148098571 .. Sbb sy jrg online

    • Zatul tinggal di mana? Korset tu ada yg tak mahal mana tengok brand dan buatan mana. Ikut nasihat doktor. Jangan buat kerja berat. Saya yg selepas operate tak dipasang skru pun sampai skrg dah hampir 3 tahun masih tak berani kerja kuat, angkat benda berat dan buat kerja yg lasak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s