Hikmah di balik Sakit

Saya pernah ditanya oleh pengendali kursus yang saya hadiri kerana arahan jabatan. Pertanyaannya “Bilakah saat anda paling ingat kepada Tuhan?”. Hampir tiada selang masa antara pertanyaan dengan jawapan saya iaitu ketika sakit. Hampir tiada selang masa juga antara jawapan saya dengan reaksi balasnya iaitu “anda syirik” – menyekutukan Tuhan – suatu dosa yang amat besar dalam Islam dan boleh dianggap kekuar dari Islam.

Walaupun selalunya, terutama masa muda, saya pantas membalas semula hujah yang tak kena dengan pemikiran saya, hari itu saya diam. Hanya dalam hati saya memohon ampun kepada Tuhan untuk diri saya dan dirinya jika dia bersalah. Hairan dengan tindakan saya, Dr Hamzah Ihsan sahabat seperguruan di University of Manchester England di bawah Prof. Thomas Cristie mencelah mempertahankan jawapan saya dengan agak panjang lebar.

Dr Hamzah menjelaskan mungkin betul jika orang ingat kepada Tuhan hanya ketika sakit boleh membawa syirik kerana kita menyekutukan Tuhan dengan sakit seolah-olah kalau tak sakit tak ingat Tuhan. Dr Hamzah menanya penyoal saya “Apakah Dr Jamil tidak ingat Tuhan kalau dia tak sakit? Mungkin jawapannya tadi hanya berbentuk umum yang tidak spesifik kepada dirinya dan saya setuju selalunya kita ingat Tuhan lebih daripada biasa bila sakit. Itulah hikmah Tuhan menjadikan sakit datang dan pergi supaya kita sentiasa ingat kepadaNya.

Saya mengucapkan terima kasih secara telepathy kepada Dr Hamzah kerana ketika itu dia duduk jauh di belakang kelas seperti kebiasaannya sedangkan saya di hadapan. Lepas kelas ramai rakan mengerumuni saya tapi saya hanya tersenyum mengelak perbincangan lanjut bimbang prestasi saya yang dinilai dalam kursus terjejas. Itulah delema orang hadir kursus. Kepada rakan pengendali kursus atau latihan beringatlah bila mengajar orang dewasa.

Sakit dijadikan Tuhan sebagai fitrah atau semula jadi kepada semua makhlukNya di muka bumi ini sama ada manusia, haiwan, tumbuhan, sungai, bukit-bukau dan gunung- ganang. Malahan makhluk yang bukan sedemikian seperti organisasi, masyarakat, negara dan tamadun juga mengalami sakit yang boleh membawa mati.

Walaupun sakit boleh dielak, kejadiannya yang fitrah atau semula jadi atas kehendak Tuhan terutama bagi yang alpa, tiada siapa boleh menghalang kedatangannya. Sakit datang seperti ribut pergi seperti semut. Di situ sudah mengandung banyak hikmah, antaranya supaya bukan sahaja ingatan kita kepada Tuhan berpanjangan malahan supaya ingatan kita untuk menjaga kesihatan juga berpanjangan.

Walaupun sakit itu satu fitrah dan ada hikmah, kita tidak boleh pula meminta sakit datang. Bagi orang Islam kufur nikmat namanya. Sihat adalah satu nikmat. Jika kita minta sakit atau tidak jaga kesihatan kita seolah-olah tidak bersyukur dengan nikmat sihat. Barang siapa bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan nescaya ditambah nikmat itu. Sebaliknya jika kita engkar azab Tuhan amatlah pedih.

Bagaimana mengambil hikmah (kebaikan atau wisdom) daripada sakit kerana ramai juga yang jadi engkar, tidak bersyukur, menyalahkan keadaan, diri sendiri dan orang lain apabila sakit. Lebih malang lagi kalau kita menyalahkan Tuhan kerana memberi kita sakit. Ramai juga yang berputus asa menerima apa sahaja ketentuan tanpa berusaha untuk sembuh dari sakit.

Kita tidak perlu sebenarnya menyalahkan keadaan, orang lain atau sesiapa sahaja walau apa pun fahaman agama kita. Lebih baik usaha mencari kesembuhan sama ada perlu mengetahui puncanya atau tidak, kerana kelemahan dan keterbatasan kita dan bersyukur kita masih lebih bernasib baik dari orang lain. Jika ini dapat kita lakukan, saya percaya sakit segera pergi.

Bagi setengah orang sakit dirasai dengan nikmat. Nabi Muhamad SAW ketika sakit kuat yang dirasai di kepala sebelum wafat pada mulanya enggan memakan ubat. Beliau menyatakan ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dengan sakit beliau merasai nikmat yang tidak terhingga begitu dekat dengan Tuhan sehingga baginda tak sedar diri (pengsan). Saidatina Aishah isteri Nabi dengan inisiatif sendiri telah mencari ubat dan diminumkan ketika Nabi pengsan sehingga sedar. Nabi ptotes tapi tidaklah sampai berlebihan. Nabi tetap bersyukur.

Banyak lagi contoh besar orang sakit merasai nikmatnya. Kita mungkin tidak sampai kepada maqam Nabi atau orang-orang mulia ketika sakit. Tapi banyak manfaat boleh diambil dan dijadi psnduan apabila membaca cerita bagaimana mengambil hikmah, jika pun tidak merasai nikmat, daripada sakit.

Nota: Dr Hamzah Ihsan ialah Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang dalam kesibukanya sempat sekeluarga menziarahi saya di Shah Alam selepas pembedahan.

Advertisements

5 thoughts on “Hikmah di balik Sakit

  1. I would hv answered the same. It’s a common reaction to the question for a common man… but in reality we, in my opinion, would always remember Him subconciously

  2. Sebagai penjawat awam, lebih-lebih lagi jika dimurahkan rezeki oleh Allah Taala dikurniakan kenaikan pangkat. Mungkin kita akan berdepan dengan staff kita yang sakit atau dikalangan keluarga mereka ada yang sakit. Sekurang-kurang apabila mereka mengadu atau meminta pertolongan, dengan pengalaman yang pernah kita lalui boleh mengajar untuk membuat keputusan yang sebaik mungkin untuk kebaikan mereka. Kadang-kadang pernah terdengar ada boss yang mengeluarkan kata-kata amat menyedihkan contoh : Asyik sakit je. Emak awak atau anak awak asyik sakit je. Kalau selalu lewat potong gaji je. Tanpa kita menyiasat sejauh mana masalah mereka. Terus mengeluarkan kata kata sedemikian. Sedangkan ada hadis yang mengatakan ertinya : Jika kita meringankan bebanan mukmin maka Allah akan meringankan bebanan kita .

    Pernah dalam satu kursus KKPP yang saya kendalikan tajuk Etika apabila dibincangkan tajuk Etika antara Pekeliling dan budi bicara, seorang guru besar menceritakan pengalamannnya berdepan dengan seorang staffnya yang bermasalah. Selalu datang lewat dan kerap cuti. Pada mulanya beliau naik angin juga kerana banyak kerja yang tak beres. Tetapi alhamdulillah katanya, beliau cuba menyelidiki dan menyiasat, rupa-rupanya isteri staf tersebut sakit tenat diserang barah. Dia tidak menceritakan kepada sesiapa kerana perangainya tidak suka meminta-minta. Kadang-kadang terpaksa menghantar isteri kehospital kerana rawatan. menyebabkan lewat ke pejabat. Lama kelamaan isterinya meninggal dunia. Ringkas cerita , akhirnya staf mula bekerja dengan baik, dengan dorongan dari guru besar tersebut yang banyak membantunya setelah mengetahui masalah tersebut. en

    Insya Allah dengan pengalaman ini mengajar kita menyelami masalah saudara-saudara kita yang nasibnya mungkin sama macam kita.Seorang ulamak haraki dari Iraq terkenal dengan gelaran Abu Ammar pernah menyatakan dalam bukunya, antara sifat pemimpin yang baik antaranya ialah menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah ke kubur. Saya cuba mengkaji perasaan seseorang yang kehilangan saudara mara kerana kematian. Rupa-rupanya bagi mereka apabila melihat ramai kawan yang mengiringi jenazah ke kubur merupakan satu kegembiraan yang t
    ak dapat kita gambarkan. Lebih-lebih lagi jika bosnya ada bersama hingga saat pengkebumian. Pada mulanya saya tidak merasakan apa-apa pendapat Abu Ammar rupa-rupanya pendapat beliau hasil pengamatan yang amat mendalam dalam ilmu kemanusiaan.

  3. Ada diceritakan oleh ustaz.
    seorang sahabat nabi telah diberi peluang utk berdoa yg pastinya mustajab.(maaf saya juga tak ingat nama sahabat tersebut)
    Beliau berdoa supaya Allah kurniakannya demam.
    Bertanya Rasulullah “Kenapa minta demam”.
    Jawabnya ” Demam itu adalah serpihan kecil dari api neraka, jadi saya akan sentiasa mengingati Allah sentiasa kerana merasai kepanasan demam” – dialog tersebut bukanlah terjemahan sebenar.
    Sahabat tersebut mengalami demam sepanjang masa hingga akhir hayatnya tanpa mengurangi sedikit pun kebergantungannya kepada Allah.

    Maafkan saya jika ada kekurangan dan betulkan saya jika tersilap.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s