Cerita Humor Sekitar Sakit 1

Allahyarham ayah mertua saya Hj Bahrudin bin Muhayat, semoga rohnya dicucuri rahmat, sebelum menikah dengan ibu mertua saya, bekerja dengan bakal mertuanya seorang yang terkenal kaya dan pemurah di kampungnya di Sabak Bernam Suatu hari dia demam selsema. Dia memohon cuti rehat setelah penat bekerja yang memang tiada cuti rehat berjadual kerana kerja kampung.

Beliau dibenarkan tidak bekerja seperti biasa oleh majikan yang baik hati itu sebaliknya diarah membuat kerja-kerja ringan membersih dan mengemas kawasan rumah majikan seperti 5S sekarang inilah. Walaupun buat kerja ringan dia berpeluh dan sakit pun tak jadi. Majikannya tetap memberi upah yang sama seperti hari-hari yang lain.

Menilai potensi yang baik untuk berjaya dan berjasa kepada masyarakat, ayah mertua saya diberi modal untuk bekerja sendiri, dikahwinkan dengan anak sulung majikannya, dibuatkan rumah besar, dihantar ke Mekah menunaikan haji dan dilantik menjadi imam surau yang dibina sendiri oleh Allahyarham Hj Sufian Jemangin, datuk yang amat disayangi seluruh ahli keluarga isteri saya.

Advertisements

3 thoughts on “Cerita Humor Sekitar Sakit 1

  1. Amalan yang baik akan dikenang dan menjadi kebanggaan anak cucu. Kalau orang tahu kebaikan datuk nenek kita, maka mudahlah kita berurusan. kerana tanggapan masyarakat kita juga punya akhlak dan budi pekerti yang sama juga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s