Follow up check up dengan Dr Halim

Hari ini Sabtu 8 September 2012 seperti ditetapkan terlebih awal, saya bertemu Dr Halim di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) Shah Alam, sembilan hari selepas pembedahan saya di HUSM. Begitulah kemudahan yang saya terus nikmati walaupun sakit, syukur.

Saya tidak perlu lagi ke Kota Baru bertemu Dr Halim untuk follow up kerana Dr Halim sememangnya ada klinik di DEMC hari ini. Kebetulan Dr Halim akan menghantar anak lelakinya ke KLIA untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan dalam bidang perubatan. Lengkap semua lima anaknya mencebur diri dalam bidang perubatan, tahniah.

Jarak dari rumah saya ke DEMC tak sampai lima minit. Saya dan isteri diambil dengan kereta Mercedes oleh Tn Hj Razali Moksim Petronas dan isteri yang tinggal di Subang Jaya pukul 9.40 pagi. Appointment pukul 10.00.

Razali sahabat baik saya dari kampung seorang yang berjaya dalam kehidupannya.Sejak zaman kami kanak-kanak saya amat menyanjung tinggi budi pekerti dan baik hatinya. Entah lima atau enam kali dia menziarahi saya sejak saya sakit kali ini. Sebenarnya dia juga mengalami slip disc sejak 1987 setelah mengangkat sebakul durian ke dalam kereta.

Tertarik dengan pembedahan yang saya jalani dan setelah beberapa pakar ditemui, Razali buat appointment bertemu Dr Halim bersama saya hari ini. Sejak di HUSM lagi telah saya ceritakan tentang Razali kepada Dr Halim. Selain Razali saya perkenalkan Prof Madya Dr Zainal Samicho jiran yang juga pensyarah UITM buat appointment dengan Dr Halim hari ini.

Saya dan Razali bersama isteri kami masuk serentak atas persetujuan Dr Halim. Saya terlebih dahulu mendapat consultation dengan saya menceritakan perkara penting sahaja kerana Dr Halim juga membaca blog saya.

Saya hanya nyatakan sakit dan rasa kebas pada kaki, pinggul dan punggung masih ada bila saya duduk atau berdiri agak lama. Bila berjalan perlahan-lahan tak pula dirasai. Rasa sakit juga dirasai semasa baring dalam keadaan kaki lurus apabila hendak mengubah kedudukan atau apabila hendak bangun dari baring. Saya nyatakan semalam pagi saya berjalan kaki bertongkat bersama dua orang anak ke taman 150 m dari rumah, ok tiada masalah.

Dr Halim menjelaskan sakit pada pinggul dan punggung dipanggil referred pain sedangkan kebas pada kaki disebabkan rediculed. Gejala itu akan hilang satu atau dua minggu lagi. Dia meminta saya terus makan ubat, terus buat apa yang saya buat sekarang dan akan rujukkan saya kepada fisioterapi supaya cepat boleh membongkok dan meneruskan aktiviti seperti asal.

Dr Halim beri saya cuti lanjutan dua bulan lagi tapi katanya saya boleh bekerja dengan beban dan pergerakan yang ringan pada bila-bila masa sahaja yang saya rasa boleh. Dia tidak menetapkan bila saya perlu jumpa dia lagi. Sesiapa pun berpandangan kalau dah sembuh betul, tak jumpa lagi untuk follow up lebih baik.

Namun, dengan orang sebaik dia saya pasti ingin terus berjumpa, bersahabat dan bermuamalah dalam pelbagai bentuk yang lain. Saya berharap dapat mengiringi Razali menjalani pembedahan dalam bulan Disember ini di HUSM sambil berdoa dia mendapat rawatan terbaik seperti saya daripada Dr Halim.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s