Memahami Setback

Dalam kehidupan ini sama ada individu, kumpulan atau organisasi tidak semua yang dihajati tercapai mengikut hasrat. Kita sering kali mengalami kegagalan atau ditimpa kesusahan secara tak terduga. Kegagalan dan kesusahan datang dalam bentuk yang kecil dan juga besar. Kedatangannya yang secara ‘whammy’ dan ‘devastating’ pasti menyebabkan sesiapa sahaja terpempan tumbang dan sukar untuk bangun semula. Saya akan cuba memahami fenomena yang dinamakan setback ini semampu saya.

Menurut Free Dictionary oleh Farlex, setback ialah “an unfortunate happening that hinders or impedes; something that is thwarting or frustrating”. Seperti tulisan saya dalam ‘Hikmah di balik Sakit’ setback juga merupakan fitrah kejadian Tuhan. Hal ini diakui Farlex yang menganggapnya sebagai ‘a natural event’.

Paul Spiegelman, CEO Beryl Co. yang menguasai BerylHealth, Beryl Institute, The Circle dan Small Giants Community menganggap kegagalan sebagai sebahagian daripada perniagaan. Malahan Spiegelman menyarankan agar kita banyakkan senyum apabila mengalami kegagalan atau setback kerana di sebaliknya ada produktiviti, kejayaan dan keuntungan. Jika anda ada masa sila baca buku pertama Spiegelman “Why is Everyone Smiling? The Secret Behind Passion, Productivity and Profit”.

Bagi yang percaya saya amat yakin ada martabat yang tinggi di sisi Tuhan di sebalik ibtila sama ada dalam bentuk rezeki atau bala (sila rujuk Al Fajr: 1-30) yang diturunkan Allah kepada kita yang balasannya ialah syurga.

John Baldoni (2012) “Lead with purpose” mengutip saranan Spiegelman bahawa apa yang penting bagi orang yang mengalami setback ialah bagaimana orang itu bertindak balas sebaik sahaja mendapati sesuatu perkara berjalan dengan tidak betul (when things go wrong). Betul kata doktor saya, Dr Halim, dalam konteks sakit yang saya alami, makan pain killer apabila terasa sakit, jangan tunggu sakit berlarutan.

Saya mungkin telah bertindak balas dengan terlalu lambat setelah sahaja mendapati sesuatu yang tak betul tujuh tahun lalu atau sekurang-kurangnya apabila terasa sakit pada kaki, punggung dan pinggul sehingga jalan kaki menyeret dan ditegur sahabat saya Dr Gurcharan. Namun, mengambil saranan Spiegelmam tak perlu lagi menyesali perkara yang telah berlalu, sebaliknya pelajari (learn) apakah pengajaran yang boleh diperoleh daripada setback dan bagaimana kita bergerak ke hadapan. Hal ini boleh dipelajari dalam semua bentuk kehidupan: perniagaan, pendidikan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.

Seterusnya, Spiegelman menyarankan bawa kumpulan orang yang anda bekerja dengannya atau sebahagiannya yang anda percayai duduk bersama. Bawa semua yang hadir membuat refleksi diri dengan soalan “Apakah yang sebenarnya berlaku dan mengapa?”. Tidak perlu pin point salah siapa kejadian itu berlaku.

Dalam usaha mencari penyelesaian kepada setback, aras keyakinan (level of trust) antara senior leadership dan orang bawahan atau pekerja hendaklah berasaskan tiga prinsip iaitu

1. Tranparency dengan konsep open book management.
2. Accountability from bottom to top, dan
3. Personal commitment to help

Ketiga-tiga prinsip di atas yang disarankan Spiegelman jika dimiliki dan diamal, setback bukan sahaja mudah diatasi, kejayaan dan keuntungan yang lebih besar daripada sebelumnya boleh diperoleh. Dalam konteks sakit yang saya alami, kesemua prinsip di atas syukur saya perolehi.

Advertisements

2 thoughts on “Memahami Setback

  1. I have read this book title “There’s Spiritual Solution to Every Problem by Wayne W. Dyer. Somehow macam cerita di atas. Yg take things for granted to dia panggil “denial stage”..ha..ha. jangan marah dr. Semua manusia macam tu rupanya. Dia mengatasi masalahnya dengan
    1) surrender to God 2) saw love everywhere rather than fear 3) remind himself that we actually soul in a temporary body 4) quieted the mind and emptied all the negativity 5) grateful to all who bring healing energy (maybe dr yg merawat?) 6) stayed connected to God in mind and bring joy to people around. So when people are sick they actually do the same thing. I guess.

  2. Assalamualaikum DrHj Jamil
    Semoga Allah mengizin tuan cepat semboh dan semoga sahabat Dr tersebut selamat pembedahan nanti
    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s