Mendalami erti Pembelajaran

The meaning of learning
Oleh Tony

There is no mystery in life,
But everything is secret.
Students words must be understood,
Teachers sayings are not to be
We must listen when are said,
As we enjoy the breeze’s touch,
As the singing of the birds,
As the rumor of the brook,
They are there, not to be
The explanation of the truth,
But our birthing into a self.

Semua orang setuju pembelajaran (learning) adalah objek pendidikan dan hampir semua orang melalui proses pendidikan dalam hidupnya. Tetapi erti pembelajaran dalam apa bahasa sekalipun difahami dengan pelbagai kefahaman. Bermacam-macam erti atau makna diberi dan difahami yang seterusnya mempengaruhi penggunaan, amalan, nilai dan kepercayaan seseorang.

Bagi blogger Tony, seorang veteren yang luas pandangan dan pengalamannya, erti pembelajaran diungkap secara bersahaja dengan puisi menarik seperti di atas. Membaca berulang-ulang puisi di atas menyingkap seribu makna tersembunyi dalam erti perkataan pembelajaran.

Sebagai guru dari dulu hingga sekarang, kritikan Tony yang begitu halus dengan ungkapan Students words must be understood, Teachers sayings are not to be sangat menginsafkan saya tentang erti pembelajaran yang sepatutnya student centred dan bukan teacher centred atau curriculun centred apatah lagi exam centred.

Ungkapan seterusnya dalam bait-bait puisi Tony sangat indah untuk ditelusuri dan diambil bukan sahaja pengertiannya tentang pembelajaran malahan tindakan-tindakan seterusnya setelah sesuatu perkara difahami ertinya. Biarlah pembaca sendiri mendalaminya mengikut kemahuan dan kemampuan masing- masing.

Saya telah mengumpul begitu banyak erti atau makna pembelajaran dalam pelbagai bentuk oleh pelbagai lapisan dan latar belakang orang termasuk daripada Havard. Walaupun Havard tidaklah menjadi kiblat saya, menyebut namanya yang gah apatahlah lagi mengutip hazanah ilmu yang dikumpul mereka membuat saya memperoleh lebih ramai kawan.

Pelbagai ungkapan sinonim, frasa dan definisi dengan huraian sehingga mencapai tahap tesis dikemukakan orang tentang pembelajaran. Teori tentangnya juga banyak ditulis diseminarkan dan dikuliahkan. Namun kali ini biarlah puisi Tony sahaja menjadi bahan tulisan saya. InsyaAllah di lain kesempatan saya tulis pula mengikut rempah ratus dan olahan yang berbeza.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s