Adab di Rumah Sakit dari Perspektif Pesakit

Didorong rasa ingin sentiasa menjaga adab di mana dan dalam keadaan apa sekalipun, saya menjadi begitu berhati-hati sekali semasa dua hari di HUSM. Mengingat semula nostalgia tinggal di Wad 4 Selatan pada 29 Ogos dan Wad Kawalan Rapi Orthopedik pada 30 Ogos 2012, isteri saya meminta saya menulis tajuk ini berdasarkan pengalaman sendiri.

Saya akan tulis tajuk ini sebelum, semasa dan selepas keluar hospital mengikut pengamatan saya sebagai orang Islam. Bagi yang bukan beragama Islam saya cuba sedaya upaya supaya tulisan saya juga memberi manfaat.

Sebelum bertolak ke rumah sakit

1. Baca atau dapatkan maklumat terperinci masalah yang anda hadapi dari berbagai sumber yang sahih. Buat keputusan awal jika anda mungkin perlu menjalani pembedahan. Hal ini membantu anda membuat persiapan rapi dari segi fizikal, financial, emosional dan spiritual.

2. Beritahu jiran dan sanak saudara terdekat pemergian anda dengan menjelaskan serba sedikit rawatan yang akan anda jalani. Jika ada kelapangan kewangan panggil mereka makan di rumah anda dengan niat sedekah dan mohon doa restu mereka.

3. Pastikan rumah anda selamat sepanjang anda berada di hospital. Sesiapa sahaja yang anda beri amanah menjaga rumah hendaklah diberi sepenuhnya tanggunhjawab dengan perbelanjaan yang mencukipi.

4. Jika perjalanan anda ke hospital jauh, atur perjalanan dengan sempurna seperti dokumen diri, dokumen perjalanan, kenderaan, beg pakaian, wang saku dan tempat tinggal orang yang mengiringi anda. Jika anda ada saudara atau kenalan rapat yang tinggal berdekatan hospital, beritahu lebih baik daripada sebaliknya. Terima bantuan mereka seadanya dan jangan sekali-kali mendesak atau menolak mentah-mentah.

Semasa di hospital

1. Pergi lebih awal dari masa ditetapkan untuk mendaftar di hospital. Pastikan dokumen yang diperlukan cukup dan sedia apabila dikehendaki.

2. Bersabar menunggu giliran walaupun anda sedang sakit. Jika kita merasa berhak mendapat rawatan segera, orang lain juga punya hak yang sama. Sambil menunggu giliran, buat kerja bermanfaat seperti membaca atau berzikir. Jika anda hendak berbual, perlahankan suara bagi menghormati orang lain yang juga sakit di sekeliling anda.

3. Jika anda mengguna kerusi roda, pastikan kedudukan anda semasa menunggu giliran tidak mengganggu laluan.

4. Bersegera ke bilik doktor apabila giliran anda dipanggil.

5. Semasa di bilik doktor, ucapkan salam atau selamat kepada doktor dan pembantunya dengan senyuman walaupun anda sedang menanggung sakit. Gunakan perkataan yang baik dan mesra apabila bercakap dengan doktor atau pembantunya. Walau apa pun suasana di dalam bilik doktor, kerana mungkin doktor berkenaan bersama pelajarnya atau pesakit lain, hormati bukan sahaja suasana malahan semua orang di dalam bilik itu.

6. Semasa anda sedang didiagnosis atau menerima konsultasi doktor, beri maklumat setepat yang mungkin. Kesilapan anda memberi maklumat boleh membawa padah kepada diri anda sendiri.

7. Apabila anda diminta membuat keputusan oleh doktor untuk menandatangani sesuatu surat persetujuan jangan mengambil masa yang terlalu lama dengan soalan-soalan yang tidak munasabah walaupun anda berhak berbuat demikian.

8. Terima pandangan dan nasihat doktor apa rawatan yang akan diberi seterusnya kepada anda. Anda tidak perlu meminta tinggal di dalam wad jika memang tidak diperlukan. Sebaliknya jika anda dikehendaki masuk wad patuhi sahaja arahannya.

Semasa di dalam wad

1. Terimalah sahaja dahulu wad di mana anda ditempatkan walaupun tidak sesuai dengan kelas kelayakan anda. Keikhlasan anda menerima apa yang ada dan kesediaan tinggal bersama pesakit lain boleh menjadi ubat kepada sakit yang anda hidapi. Tiada guna mendesak jika memang kemudahan itu tidak dapat disediakan pihak hospital.

2. Pakai pakaian di dalam wad seperti pesakit lain sekurang-kurangnya baju supaya kehadiran anda di dalam wad sebagai pesakit dikenali. Anda akan disematkan gelang pengenalan diri sepanjang berada di dalam hospital setelah mendaftar dengan wad.

3. Jika boleh, pakai seluar yang sesuai seperti seluar jerut getah tanpa tali atau zip supaya sopan dalam apa-apa keadaan – duduk, baring, berjalan.

4. Bawa peralatan yang diperlukan untuk tinggal dalam wad termasuk sprayer untuk kemudahan berwudhuk.

5. Jaga solat anda sebaik mungkin. Jangan malu untuk meminta bantuan bagi tujuan bersolat. Apa bangsa dan agama sekalipun di dunia akan bersedia membantu anda mengamal ajaran agama masing-masing apabila diminta.

6. Berikan senyuman anda kepada staf di dalam wad, pesakit lain dan ahli keluarga serta pelawat walaupun anda sendiri sedang sakit. Senyuman anda adalah sedekah dan sebahagian penawar kepada mereka dan diri anda sendiri.

7. Rendahkan suara anda apabila berhubung dengan sesiapa sahaja semasa di dalam wad termasuk semasa mengguna telefon bimbit atau memanggil staf meminta bantuan.

8. Sentiasa berdoa untuk kesembuhan dan kemudahan perubatan anda, seluruh pesakit di dalam wad anda dan hospital. Doakan juga kesabaran dan kesejahteraan staf yang merawat anda dan pesakit lain.

9. Jangan lupa mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada doktor dan staf wad yang merawat anda dan kepada pelawat dengan menyebut kebaikan mereka setiap kali berurusan. Amalkan pengucapan bersopan dengan “three magic words” iaitu thank you atau terima kasih, please atau tolong dan sorry atau maaf.

10. Sampaikan permintaan dan hasrat anda kepada doktor dan staf wad dengan baik dan tidak mendesak. Contohnya permintaan keluar awal dari wad.

11. Jamah walau sedikit makanan yang dibawa oleh pelawat anda untuk menghormati pemberian mereka. Berikan sebahagian daripadanya yang bukan sisa anda kepada pesakit lain dan juga staf wad untuk memanjangkan sedekah.

12. Berikan kerjasama sepenuhnya kepada doktor pelatih atau doktor yang melanjutkan pelajaran di hospital tempat anda dirawat walaupun mungkin anda akan ditanya dan diperiksa perkara yang sama berulang-ulang. Begitulah cara mereka belajar. Sumbangan anda kepada mereka untuk berjaya menjadi doktor terbaik amatlah besar kerana anda adalah sumber ilmu utama mereka. Jika anda tinggal agak lama di dalam wad, catatkan apa yang anda alami dan rasai untuk dikongsi bersama mereka. Semasa mereka berbincang dengan doktor pakar yang menjadi konsultan, elakkan campur tangan supaya mereka tidak malu apabila ditegur kerana membuat kesilapan. Jangan bimbang dengan kesilapan mereka kerana masih boleh dibetulkan.

13. Jaga adab sopan anda terutama semasa berkumunikasi dengan atau meminta bantuan kepada staf di dalam wad. Tingkah laku anda yang buruk boleh membawa padah kepada diri anda sendiri. Namun tidak salah malah digalak anda bertegur sapa dan bertanya latar belakang diri dan latihan yang mereka peroleh dengan bahasa yang baik untuk tujuan motivasi.

14. Ketika pesakit lain berhampiran anda sedang dirawat, tunjukkan simpati anda sekurang-kurangnya dengan bahasa badan terutama apabila pesakit itu merintih atau menjerit kesakitan. Seboleh-bolehnya elakkan mengalih atau menutup pandangan anda dengan menutup langsir katil anda sendiri. Namun jika pesakit itu dirawat dalam keadaan langsir katilnya tertutup jangan pula cuba-cuba mencuri pandang. Perbuatan ini satu kesalahan.

Sebelum discharge

1. Pastikan semua peralatan perubatan yang dipasang atau dipakai telah ditanggal dan ditinggal kecuali yang anda perlu bawa balik sebelum meninggalkan wad.

2. Selesaikan semua urusan dengan hospital seperti bayaran hospital, ubat dan surat cuti jika berkenaan.

3. Jika perlu, dapatkan bantuan kerusi roda untuk anda bergerak dari wad ke kereta.

4. Ucapkan selamat tinggal dengan doa semoga segera sembuh kepada pesakit lain.

5. Ucapkan terima kasih kepada doktor dan staf di dalam wad. Elok juga memberi kad ucapan terima kasih dengan tangan atau pos kepada mereka.

6. Maklumkan kepada saudara mara dan rakan bahawa anda telah dibenar keluar hospital pada tarikh dan waktu yang tepat supaya tiada lagi yang melawat anda di hospital kemudiannya.

Setelah keluar hospital

1. Tanggungjawab pihak hospital terhadap anda telah selesai apabila anda telah keluar hospital dengan sah. Sebarang urusan dengan pihak hospital hendaklah bermula dengan pendaftaran sekali lagi.

2. Terpulang kepada keselesaan anda untuk menerima atau menolak pelawat semasa anda berehat di rumah. Nyatakan kepada mereka dengan baik. Apapun pelawat datang membawa doa.

3. Pastikan anda makan ubat mengikut preskripsi doktor. Rehat secukupnya di rumah sepanjang masa cuti yang diberi doktor. Teruskan doa dan amalan baik anda.

Senarai ini bukanlah suatu yang lengkap yang tiada lainnya. Senarai ini juga bukanlah sempurna yang tiada cacatnya. Sila beri respons untuk dibetulkan supaya manfaatnya, jika ada, dapat dikongsi lebih ramai orang.

Advertisements

5 thoughts on “Adab di Rumah Sakit dari Perspektif Pesakit

  1. Alhamduliilah, Adab di rumah sakit dari perspektif pesakit ini adalah panduan yang amat berguna bagi pesakit yang yang pertama kali akan mendapatkan rawatan di hospital dan juga bagi yang pernah masuk hospital ini adalah satu renungan yang boleh difikirkan bersama. Mungkin bagi pesakit yang tiada kawan atau ahli keluarga yang bertugas di hospital merasakan kepayahan untuk berurusan di hospital, jangan bimbang, anda hanya perlu bertanya dan insyaAllah staf hospital akan membantu. Takut adalah perkara biasa tapi perjalanan yang beribu batu memerlukan langkah yang pertama. Tahniah Dr Jamil.

    Dr Junaida Mohd Nawi
    Jabatan Pediatrik
    Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

  2. Sekadar berkongsi pengalaman apabila terlantar 3 minggu di wad orthopedik juga, saya rasa sedikit terhibur jika pelawat mengenakan pakaian yang berwarna ceria macam merah ke…. Rasa lebih bersemangat pulak.

  3. Wonderful,
    Simple thought that have deep and long term effect.
    Tak sangka doktor sendiri menyangungi panduan yang amat berguna, terutama yang dah tua macam saya…. bila bila boleh menjadi tetamu yang enggan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s