Fiasco Borang OMR UPSR 2012

Minggu lepas kita telah melaksanakan satu daripada sistem pendidikan negara iaitu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Anak-anak yang berada di Tahun Enam sebelum melangkah ke Tingkatan Satu di sekolah menengah telah dinilai pencapaiannya dalam pembelajaran.

Kita semua tahu melalui berita bahawa di hujung peperiksaan UPSR minggu lepas berlaku sedikit fiasco apabila kertas jawapan OMR (Optical Mark Reader) yang digunakan untuk Ujian Aptitud tiada pilihan jawapan E untuk item 41 hingga 61 sedangkan pada kertas soalan ada. Tidak perlulah kita menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku dan bagaimana mereka, pihak Lembaga Peperiksaan (LP) menyelesaikan masalah itu melainkan memberi kepercayaan kepada mereka sebagai badan peperiksaan berwibawa menyelesaikannya.

Badan peperiksaan sebesar Cambridge di UK dan ETS (Educational Testing Services) di US juga tidak terlepas daripada fiasco dalam melaksanakan peperiksaan standard. University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES) sekarang Cambridge Assessment pada tahun 2002 pernah dipertikai rakyat Britain apabila hanya 160 orang calon A Level berjaya mendapat gred A semua mata pelajaran dan terlalu sedikit calon mendapat keputusan yang baik. Akibatnya ramai calon gagal memasuki Oxford dan universiti-universiti besar di UK untuk kursus-kursus berprestige seperti perubatan dan kejuruteraan.

Ketidakpuasan hati rakyat diluahkan secara besar-besaran menyebabkan kertas jawapan diperiksa semula melibatkan lebih 90,000 calon. Pemeriksaan semula dikendalikan oleh Jemaah Nazir melibatkan jutaan wang rakyat. Setelah keputusan diperoleh didapati terlalu kecil perbezaannya dengan keputusan asal. CEO Qualification and Curriculum Authority (QCA) pada masa itu yang dipecat terpaksa diberikan semula jawatannya.

Saya berada di UK dalam lawatan kerja pada masa laporan siasatan dikeluarkan. Semua akhbar melaporkannya. Saya pernah menulis kisah ini dalam majalah Pendidik berdasarkan laporan akhbar yang saya bawa balik.

ETS juga pernah mengalami masalah mengendalikan peperiksaan SAT apabila 23 daripada 50 soalan pernah digunakan dalam peperiksaan yang sama pada tahun-tahun sebelumnya. Masalah diselesaikan dengan memansuhkan 23 soalan yang menjadi isu menjadikan ujian dengan 27 item sahaja. Tiada siapa rakyat Amerika mempertikai tindakan ETS kerana pihak ETS menjelaskan tindakannya bersandarkan teori pengukuran dan penilaian.

Saya menjangkakan LP pada masa ini sedang mengadakan operasi menghitamkan borang OMR baru sama ada kepada kesemua 500,000 calon atau sebilangan calon yang memilih opsyen E item 41 hingga 61. Cubaan saya menghubungi mana-mana rakan lama di LP untuk korek rahsia gagal. Biarlah, mereka dah sign akta rahsia rasmi. Apapun tindakan mereka, saya yakin moto adil, sahih, amanah LP tetap dipegang.

Advertisements

4 thoughts on “Fiasco Borang OMR UPSR 2012

  1. Itu namanya manusia yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Walaupun telah berulangkali disemak, masih berlaku kekhilafan. Tetapi antara kita sering ada yang dengan sukarela menjadi hakim menjatuhkan hukum dengan menunding jari kepada pihak tertentu. Tidak kurang juga yang memanjang-manjangkan isu dari mencari jalan penyelesaian. Menjatuhkan maruah orang memang mudah tapi untuk membina semula persahabatan tidak semudah yang dijangka.

    Saya tertarik dengan kes ETS. Bagaimanakah penyelesaian tersebut dibuat? Mind sharing it with us? Sekadar menjadi iktibar buat yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s