Memupuk daya kepimpinan dari rebung

Sudah agak lama sebenarnya saya memiliki buku The Leader in Me oleh Stephen R. Covey pengarang buku terkenal The 7 Habit tetapi kesempatan membacanya hanya diperoleh masa cuti sakit ini. Kebetulan keinginan untuk menulis dan memperkatakan tentang kepimpinan kanak-kanak telah lama timbul sejak saya berada di UK lagi apabila menonton rancangan Leraning Zone di tv.

Saya tertarik bagaimana dalam rancangan tv itu kanak-kanak sekecil lima enam tahun telah diterapkan kefahaman demokrasi dan kepimpinan. Dalam rancangan itu kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang bermain bola di halaman rumah apabila tiba-tiba salah seorang tertendang bola masuk ke dalam rumah seorang yang mereka kenali garang dan memecahkan cermin tingkap.

Tuan rumah yang bermisai tebal melintang dengan muka garang mengambil bola itu dan menunggu di dalam rumah. Walaupun pada mulanya kumpulan kanak-kanak itu panik dan tuduh menuduh sesama mereka yang menggambarkan mereka sedang mengalami masalah, seorang daripada mereka menteramkan keadaan dengan mengajak bermesyuarat.

Mereka berbincang bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Beberapa usul dikemukakan yang antaranya lari balik rumah masing-masing tetapi tidak dipersetujui ramai sehingga timbul idea terbaik iaitu menghantar wakil untuk masuk ke rumah tersebut berjumpa tuan rumah memohon maaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan.

Setelah cadangan disetujui timbul masalah memilih siapa di antara mereka paling layak menjadi wakil kerana tidak perlu kesemua mereka masuk yang boleh menggagalkan rancangan. Tuan rumah bermisai tebal dengan sabar menunggu sambil memerhati gelagat mereka dari jauh tersembunyi daripada pandangan kumpulan kanak-kanak itu.

Sekali lagi mereka diajar faham demokrasi apabila pemilihan dibuat dengan cara undian setelah beberapa cadangan nama dikemukakan dengan sokongan dan hujah mengapa orang itu paling layak. Akhirnya undian menetapkan seorang yang berdaya kepimpinan tinggi dengan kemahiran komunikasi paling baik terpilih.

Si A yang dipilih telah menjalankan tugas dengan baik menemui tuan rumah bermisai tebal. Mengguna kelebihan yang ada padanya iaitu keberanian menanggung risiko dimarah dan kebolehan komunikasi yang baik dia berjaya mendapatkan semula bola tanpa perlu dimarah atau membayar ganti rugi cermin tingkap yang pecah.

Walaupun apa yang saya tonton itu hanyalah lakonan, ia merupakan satu bentuk pendidikan bukan sahaja kepada kanak-kanak, orang dewasa juga dapat menghayatinya. Amalan tersebut tidak mustahil berlaku dalam kehidupan harian kanak-kanak di Malaysia jika sekolah dapat memprogramkannya.

Buku The Leader in Me banyak mencadangkan program kepimpinan di kalangan kanak-kanak sekolah dengan menerapkan 7 habit yang pada asalnya adalah untuk orabg dewasa. Guru besar Sekolah A.B Combs,  Elementary di Raleigh North Carolina Amerika Syarikat, Pn. Muriel Summers telah menjadikannya tema baru sekolahnya sehingga menjadi sekolah magnet yang sangat berjaya.

7 Habits of Highly Effective People

1. Be Proactive

Saya seorang yang bertanggungjawab. Saya mengambil inisiatif melakukan sesuatu. Saya yang memilih setiap tindakan, sikap dan perasaan saya sendiri. Walau apapun yang terjadi kepada saya, saya tidak menyalahkan orang lain. Saya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan tanpa disuruh, walaupun tiada sesiapa yang melihat.

2. Begin with the End in Mind

Saya membuat perancangan dan menetapkan matlamat saya. Saya hanya melakukan perkara yang berguna dan bermakna. Saya seorang yang penting dalam bilik darjah saya serta menyumbang ke arah misi dan visi sekolah dan mencari  jalan supaya menjadi ahli masyarakat yang baik.

3. Put First Things First

Saya menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang penting. Ini juga bermakna saya tidak membuang masa melakukan perkara yang merugikan. Saya menetapkan prioriti, membuat jadual waktu dan mengikut rancangan yang saya telah tetapkan. Saya berdisiplin dan teratur.

4. Think Win-Win

Saya pandai menyeimbangkan keberanian dalam mendapatkan apa yang saya mahu dan mengambil kira apa yang orang lain mahu. Saya membuat deposit ke dalam akaun bank untuk emosi orang lain. Apabila berlaku konflik, saya mencari alternatif lain.

5. Seek Firs to Understand, Then to be Understood

Saya mendengar pandangan dan perasaan orang lain. Saya cuba melihat sesuatu daripada perspektif orang lain. Saya mendengar orang lain bercakap tanpa mencelah. Saya yakin semasa memberikan pandangan saya. Saya memandang wajah orang itu apabila bercakap dengannya.

6. Synergize

Saya menghargai kelebihan dan kekuatan orang lain serta belajar daripadanya. Saya pandai belajar daripada orang lain, walaupun mereka cukup berbeza dengan saya. Saya pandai bekerja dalam kumpulan. Saya mendapatkan pandangan dan idea orang lain apabila menyelesaikan masalah kerana saya sedar hal ini lebih baik daripada mencari penyelesaian seorang diri. Saya sentiasa merendah diri.

7. Sharpen the Sow

Saya sentiasa menjaga tubuh badan saya dengan pemakanan yang betul, bersenam dan tidur yang mencukupi. Saya menghabiskan masa berkualiti bersama rakan-rakan dan keluarga. Saya sentiasa belajar di mana sahaja dan bukan hanya di sekolah. Saya mencari masa untuk membantu orang lain.

Dipetik dan diubahsuai daripada Stephen Covey (2008): The Leader in Me (Edisi Bahasa Melayu)

Saya percaya sifat dan daya kepimpinan seseorang boleh dipupuk (cultivated) sejak dari zaman kanak-kanak lagi terutama semasa mereka berada di sekolah menggunakan pelbagai cara. Salah satunya berdasarkan 7 habit Stephen Covey seperti dilakukan oleh Pn Summers di Sekolah A.B Combs.

Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebung amat tepat dalam konteks ini. Apabila telah dewasa tentu agak sukar untuk memupuk sifat dan daya kepimpinan yang baik yang sesuai dengan nilai universal. Kejayaan Sekolah A.B Combs bukan sahaja dalam bidang akademik malahan pembangunan karakter dan kemahiran hidup yang tinggi.

Hal inilah yang menjadi impian semua ibubapa di seluruh dunia dimana anak-anak membesar menjadi manusia yang bertanggungjawab dan penyayang serta menghormati orang lain dan tahu memilih jalan terbaik apabila berhadapan dengan persoalan yang sukar. Saya percaya 7 habit Stephen Covey di atas boleh diterima semua orang kerana cirinya yang universal. Jika pun ada yang kurang sesuai dengan budaya kita sedikit pengubahsuain sudah nemadai.

Advertisements

One thought on “Memupuk daya kepimpinan dari rebung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s