Pokok Mangga Mengganggu P&P

Cikgu Ramlah sedang mengajar Biologi di Tingkatan Empat Sains 1 yang terletak di aras dua di hujung bangunan sekolah. Di tingkat bawah kelas Cikgu Ramlah mengajar ialah Tingkatan Tiga A. Di sebelah  belakang kedua-dua kelas itu di luar pagar sekolah terdapat pokok mangga yang sedang berbuah masak.

Kelas Tingkatan Tiga A tiada guru, tidak diketahui di mana guru yang sepatutnya masuk. Hal ini menyebabkan dua tiga orang murid Tingkatan Tiga A mengambil kesempatan menyusup keluar pagar cuba mendapatksn buah mangga dengan melontar kayu ke arah pokok mangga.

Setiap kali kayu dilontar ke arah pokok mangga, murid Cikgu Ramlah menoleh ke kanan ke luar bilik darjah menyebabkan perhatian mereka terhadap pengajaran Cikgu Ramlah terganggu. Oleh kerana pagar sekolah dan pokok mangga terlalu dekat dengan bangunan sekolah murid yang melontar kayu tidak kelihatan dari kelas Tingjatan Empat Sains 1.

Untuk tiga lontaran pertama Cikgu Ramlah masih boleh bersabar. Tetapi setelah lontaran keempat Cikgu Ramlah meminta salah seorang muridnya turun untuk menegur murid yang telah mengganggu pengajarannya. Tidak sampai satu minit selepas murid yang Cikgu Ramlah minta bantuan duduk semula dimejanya, kelas dikejutkan dengan bunyi kaca tingkap pecah terkena kayu sepanjang kira-kira satu kaki.

Jika anda Cikgu Ramlah apakah yang harus anda lakukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s