Muridku Mengancam nak Cium

Ustaz Rahman guru agama di sebuah sekolah di Subang Jaya. Antara empat kelas yang diajarnya, kelas Tingkatan Empat aliran Sastera Ikhtisas 1 adalah yang paling mencabar kesabaran, keimanan dan profesyen keguruannya.

Seperti biasa sebagai guru yang ingin menjadi seorang guru berkesan, Ustaz Rahman bukan sahaja mengajar untuk memastikan murid-muridnya lulus periksa malahan menanam sifat mulia dan menjauhi sifat terkeji seperti diajsr dslam Islam. Dia juga menerapkan nilai murni masyarakat Malaysia yang bersopan santun, berbudi bahasa, menghormati orang, bersih dan kemas pakaian.

Kesan pengajarannya, nampak secara fizikal apabila ramai murid-murid perempuan memakai tudung dan berbaju kurung labuh. Ada juga murid lelaki yang memakai songkok ke sekolah. Ucapan salam, tegur sapa dan senyum murid kepada guru juga lebih kerap ditemui.

Suatu pagi ketika mengajar Ustaz Rahman terpandang antara nampak dengan tidak kain yang dipakai seorang murid perempuan bertulis sesuatu. Tulisan pada kain murid itu tertutup baju kurung yang labuh melepasi lutut. Apabila duduk, baju sedikit terangkat menyebabkan tulisan pada kain nampak.

Atas desakan antara ingin tahu dan rasa bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan yang mungkin tidak betul, Ustaz Rahman meminta murid perempuan itu berdiri dan mengangkat sedikit bajunya. Didapati kain sekolah berwarna biru yang dipakai murid perempuan itu penuh dengan tulisan dan contengan gambar yang tidak selayaknya berada di situ tertutup baju.

Ustaz Rahman terganggu pengajarannya dengan meluahkan kata-kata nasihat dan peringatan tentang keburukan perbuatan murid perempuan itu di hadapan kelas. Lebih separuh daripada masa pengajajarannya yang tinggal digunakan untuk nasihat dan peringatan tersebut.

Selepas keluar dari kelas berkenaan Ustaz Rahman masuk ke kelas sebelah. Belum sempat dia memulakan pengajaran murid perempuan yang menjadi sasaran bebelannya tadi muncul di muka pintu memanggil namanya sambil menggamit jari telunjuk yang dihala ke atas. Belum sempat Ustaz Rahman membuka mulut, murid perempuan itu bersuara didengar murid lain “Ustaz ni menyebuk je. Lantak la apa saya nak buat, mak bapak saya pun tak kisah. Cium kang!” sambil beredar keluar meninggalkan Ustaz Rahman terpinga-pinga tetapi murid-muridnya yang lain ada yang ketawa ada yang diam sahaja.

Fikir secara rasional. Ini bukan cerita rekaan tetapi realiti yang berlaku di dalam bilik darjah kita sekarang ini. Jika anda sebagai Ustaz Rahman atau rakan setugas atau pengetua yang diadukan hal ini oleh Ustaz Rahman apakah nasihat dan/atau tindakan anda.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s