Kamu Semua Ludah Tapak Tanganya

Tuan Haji Sarimun Kamilun adalah Pengetua sebuah sekolah menengah di negari Selangor. Suatu pagi beliau didatangi seorang peguam yang mendakwa abang kepada seorang murid sekolah itu yang telah dikenakan hukuman yang tidak munasabah oleh gurunya.

Sebenarnya apa yang berlaku pada hari sebelumnya ialah guru berkenaan telah menyoal adik lelaki peguam itu tetapi tidak dapat dijawab dengan baik. Akibatnya, guru berkenaan telah mengarahkan semua murid di kelas yang diajarnya meludah di atas tapak tangan murid itu. Murid yang enggan berbuat demikian diancam dilempang menyebabkan semua rakan sekelas adik peguam itu lelaki dan perempuan meludah tapak tangannya.

Tuan Haji Sarimun telah berjaya menyelesaikan isu berkenaan tanpa perlu pergi ke mahkamah walupun jelas tindakan guru berkenaan salah dipandang dari sudut apapun. Cerita ini disampaikan sendiri kepada saya oleh guru berkenaan sambil memuji melambung tindakan Tuan Haji Sarimun. Beliau adalah rakan baik saya yang sejak peristiwa itu beliau menjadi guru yang sangat berkesan dan sangat disayangi murid-muridnya.

Jika anda Tuan Haji Sarimun, agaknya bagaimanakah anda menyelesaikan masalah itu dengan mudah dan singkat seperti menarik rambut dalam tepung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s