Histeria

Sekolah Menengah Agama X mempunyai seramai hampir 800 murid di mana 80% daripadanya tinggal di asrama dengan komposisi murid lelaki perempuan hampir sama. Ini bermakna sekolah ini tidaklah teruk sangat pencapaiannya malahan sering kali menjadi pilihan ibu bapa menghantar anak belajar.

Pengetuanya Puan S baru sahaja ditempatkan di sekolah itu setelah dinaikkan pangkat dari dari guru biasa di sekolah lamanya di Shah Alam. Walau bagamanapun dia pernah mengikuti kursus kepengetuaan di IAB Genting Highlands khusus untuk guru-guru Sekolah Menengah Agama.

Murid-murid yang tinggal di asrama, terutama murid perempuan, sejak sebelum Pn S masuk lagi sering mengalami histeria. Apabila berlaku histeria begitu pantas ramai murid lelaki masuk ke blok asrama perempuan setelah mendengar jeritan kuat beberapa murid yang terlibat.

Kebiasaanya, apabila berlaku histeria khidmat Pakcik K staf sekolah yang tinggal di rumah staf diperlukan untuk mengubat secara tradisional. Puan S juga banyak dihujani panggilan telefon untuk menawarkan khidmat bomoh. Beberapa guru menyuarakan pandangan tidak setuju khidmat bomoh diguna atas alasan tersendiri. Puan S cuba untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi dalam beberapa kejadian, khidmat Pakcik K tidak digunakan.

Satu hari kira-kira pukul 2.30 pagi Puan S menerima panggilan telefon dari warden asrama mengadukan hal kejadian histeria di asrama perempuan. Walaupun tinggal di rumah pengetua dalam kawasan sekolah Puan S ditemani suami bergegas ke asrama. Namun suaminya yang juga seorang pegawai kanan kerajaan memerhati sahaja isterinya bertindak.

Pertama sekali tindakannya ialah mengarahkan semua murid lelaki yang berada di blok asrama perempuan balik ke tempat masing-masing. Begitu juga penghuni asrama perempuan yang tidak berkenaan balik ke dorm masing-masing.

Setelah keadaan agak reda, mungkin kerana Puan S begitu tegas dan serius membuat arahan-arahan spontan melalui pembesar suara, barulah Puan S pergi menemui murid yang histeria. Seorang sahaja murid yang yang masih meronta-ronta sambil dipegang oleh beberapa orang murid perempuan yang lain.

Puan S sekali lagi dengan tegas mengarahkan supaya dia dilepaskan. Ternyata dia tidak cuba lari atau melakukan tindakan yang membahayakan dirinya atau orang lain. Sebaliknya dia menangis yang pada mulanya agak kuat tetapi kemudiannya perlahan sambil terisak-isak.

Setelah agak reda barulah Puan S menyoal murid itu dengan lembut tetapi mukanya masih serius dan suaranya tegas. Murid itu menyatakan apabila hendak tidur dia nampak lembaga hitam terbang dari arah tangga asrama menuju ke tempatnya tidur. Untuk lebih meyakinkan Puan S, murid itu membawa Puan S ke tangga asrama untuk menunjukkan bekas tapak tangan berwarna hitam di dinding menaiki tangga.

Puan S dengan serius dan penuh teliti memerhati bekas tapak tangan itu. Tiba-tiba dia dapat idea untuk meminta murid itu meletakkan tapak tangannya pada bekas tapak tangan di dinding itu. Ternyata tapak tangannya memenuhi keseluruhsn bekas tapak tangan pada dinding tanpa lebih tanpa kurang.

Tanpa menyoal lebih lanjut Puan S mengarahkan murid itu dan beberapa orang murid lain yang menyaksikan termasuk pengawas dan guru warden yang hadir untuk bersurai. Puan S mengambil tindakan seterusnya hanya pada keesokan harinya.

Saya tidak akan menceritakan di sini apakah tindakan Puan S itu sehingga masalah histeria yang telah berlaku agak lama sebelum dia menjadi pengetua selesai hingga selaramg tidak berlalu lagi. Jika anda Puan S apakah yang anda lakukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s