Cikgu saya cinta padamu

Berikut dihidangkan lima kes benar yang berlaku antara guru dan murid di sekolah di Malaysia. Kelima-limanya diceritakam kepada saya oleh lima orang guru yang berbeza berserta tindakan yang diambil oleh guru berkenaan. Pada penilaian saya ada tindakan yang betul dan ada yang tidak betul dari segi profesion perguruan. Oleh itu saya hanya hidangkan kesnya tanpa tindakan yang diambil guru berkenaan. Saya serahkan kepada pembaca untuk memikirkan tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang timbul dari kes-kes berkenaan.

Kes 1: Cikgu saya cinta padamu

Arif seorang guru muda lelaki yang belum berumah tangga mempunyai perwatakan yang baik, penyayang, rajin dan pandai dalam serba serbi proses penyampaian p&p. Guru ini ditugaskan mengajar di Tahun Lima sebuah sekolah rendah di luar bandar yang sederhana jumlah enrolmen, tahap sosio ekonomi ibubapa, kemudahan infrastuktur dan tahap pencapaian muridnya.

Berbekalkan ilmu dan kemahiran mengajar yang diperoleh daripada IPG selama lima tahun guru ini telah memanfaatkan resos yang ada di sekelilingnya sehingga pengajarannya sangat berkesan. Murid-muridnya suka dan menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar.

Walaupun wajah dan susuk badanya sederhana sahaja, Cikgu Arif telah menarik perhatian murid-murid perempuan terutama Laily yang sederhana kepandaiannya tetapi manis paras rupanya. Sejak kehadiran Cikgu Arif di kelasnya, Laily telah meningkat motivasimya untuk belajar sekaligus pencapaiannya juga meningkat.

Pada suatu hari Laily nampak Cikgu Arif guru kesayanganya berjalan sambil berbual mesra dengan seorang guru perempuan yang cantik. Kejadian seperti itu berlaku beberapa kali menyebabkan Laily mula memperlihatkan tanda-tanda negatif dalam pembelajarannya. Dia mula malas membuat kerja sekolah, bersikap acuh tak acuh kepada rakan dan guru dan suka ponteng sekolah.

Perubahan yang berlaku pada diri Laily disedari Cikgu Arif. Dia menyiasat melalui kawan-kawan rapat Laly. Daripada penyiasatanya dia mengetahui Laily telah jatuh cinta kepadanya. Apabila dipanggil ternyata Laily benar mengakui perasaan hatinya terhadap Cikgu Arif.

Kes seperti ini mungkin telah banyak berlaku. Mungkin anda sendiri pernah mengalami atau menemuinya. Jika anda Cikgu Arif atau rakan kepada Cikgu Arif, bagaimana anda bertindak atau menasihati Cikgu Arif untuk menyelesaikan masalah ini.

Kes seterusnya menyusul kemudian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s