Pemikiran Peringkat Tinggi

Pemikiran Peringkat Tinggi (High Order Thinking atau HOT) adalah antara perkara yang disebut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dalam pembentangan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 11 September 2012. Apa dan bagaimana HOT dapat dipupuk (cultivated) di kalangan murid menjadi fokus tulisan saya.

Kebanyakan kita jarang berfikir tentang pemikiran atau berfikir tentang bagaimana kita berfikir sehingga kita mampu mengetahui dan membuat sesuatu. Selalunya kita hanya ikut apa yang disuruh oleh orang lain seperti guru untuk diketahui dan dibuat. Namun peredaran masa telah menyebabkan pendidik, ibu bapa dan pihak berkepentingan berfikir dan menuntut generasi muda diajar, dididik dan dipupuk untuk berfikir dengan pemikuran peringkat tinggi dalam proses pembelajarannya.

Pemikiran peringkat tinggi memerlukan seseorang memanipulasi informasi dan idea-idea yang diperoleh dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. Mereka menggabungkan fakta dan idea untuk membuat sistesis, generalisasi, penerangan, hipotesis, interpretasi dan kesimpulan sendiri. Memanipulasi informasi dan idea melalui proses ini membolehkan mereka menemui makna serta kefahaman baru yang seringkali boleh diguna untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Apabila seseorang, terutama yang sedang belajar, terlibat dalam aktiviti pembinaan ilmu, selalunya mengalami ketidakpastian tentang sesuatu perkara. Untuk mencari jawapan kepada ketidakpastian itu, dia perlu berfikir. Bergantung kepada bagaimana guru atau sesiapa sahaja yang menjadi pemudahcara kepada proses pembinaan ilmu itu berlaku, mempengaruhi tahap atau peringkat pemikiran pelajar itu.

Dengan lain perkataan, proses pengajaran dan pembelajaran atau instruksionlah yang mempengaruhi sejauh mana tahap pemikiran mereka iaitu sama ada rendah, sederhana atau tinggi. Apabila guru terlalu cepat dan mudah memberi jawapan kepada ketidakpastian murid tentang sesuatu perkara ibarat menyuap makanan, murid berfikir pada tahap rendah.

Saya tidak mengatakan bahawa kaedah ini tidak baik dan langsung tidak mendatangkan faedah kepada kejayaan murid. Murid yang dididik dengan kaedah ini seperti dialami kebanyakan kita masih boleh berjaya kerana mereka mempunyai banyak maklumat yang boleh kemudiannya dimanipulasi sendiri dengan pemikiran aras tinggi untuk menghasilkan makna dan pengertian baru yang seterusnya mengasilkan ciptaan baru. Namun logiknya, murid yang biasa terdidik secara demikian lambat atau belum tentu atau jarang dapat mencapai pemikiran tinggi sehingga mampu menghasilkan atau menemui ilmu baru dan ciptaan-ciptaan tersendiri.

Perasaan ingin tahu, ingin melakukan sendiri dan ingin menghasilkan sesuatu yang baru adalah fitrah kejadian manusia. Kesemua keinginan itu berbeza antara seorang dengan seorang yang lain yang sukar diramal kadang-kadang oleh orang atau murid itu sendiri apatah lagi oleh orang lain seperti guru atau ibu bapa. Oleh itu, untuk membantu mereka menjadi pengeluar ilmu (knowledge producers) yang praktikal, original, kreatif dan enovatif, guru hendaklah menyediakan tugasan instruksional atau persekitaran berbentuk aktiviti yang sesuai dengan pemikiran peringkat tinggi.

Pemikiran peringkat tinggi dalam taksonomi Bloom adalah kemahiran berfikir yang melibatkan proses kognitif menganalisis, menilai dan mensistesis atau menghasilkan (creating) ilmu baru. Kemahiran-kemahiran ini memerlukan metod pembelajaran dan pengajaran yang berbeza daripada pembelajaran fakta dan konsep. Ia melibatkan pembelajaran yang rencam terdiri daripada kemahiran-kemahiran berfikir secara kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Kemahiran-kemahiran ini sukar diajar dan dipelajari tetapi hasil pembelajarannya sangat bernilai tinggi kerana boleh diguna dalam kehidupan. Terutama kehidupan mencabar di abad ke-21. Semua kemahiran abad ke-21 seperti intuisi, inspirasi, inferens, innovasi, integriti, interpretasi, informasi, imaginasi, inkuiri, invention, intention, influence dan insight memerlukan kemahiran berfikir peringkat tinggi. Begitu juga kemahiran komunikasi termasuk kemahiran mendengar, ICT, engagement, self-advocation, creativity, kolaborasi dan empathy kesemuanya memerlukan kemahiran berfikir peringkat tinggi.

Pembelajaran untuk mencapai kemahiran berfikir peringkat tinggi memerlukan perubahan atau transformasi kurikulum, pengajaran dan pentaksiran. Hal ini banyak dibincang dalam seminar, persidangan, penyelidikan dan wacana. Oleh itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) juga meletakkan tiga perkara ini sebagai fokus transformasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s