Kursus Kelayakan Jurulatih Profesional: Satu Refleksi

Semalam Selasa 11Disember 2012 walaupun dalam cuti rehat, saya sempat menghadiri kursus sehari  yang dianjurkan Institut Aminudin Baki (IAB) untuk pensyarahnya. Kursus Kelayakan Jurulatih Profesioal (Certified Professional Trainer atau CPT) itu dikendalikan oleh Professor Adjung Dr Jamaludin Yunos dari Universiti Malaya. Kandungannya biasa sahaja bagi pensyarah IAB yang pekerjaannya adalah sebagai trainer tapi pengisian dan tujuannya lain sedikit.

Keperluan kursus ini adalah ke arah menyediakan pensyarah IAB lebih daripada ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam latihan atau training terutama dalam bidang kepemimpinan dan pengurusan pendidikan. Setelah lebih 30 tahun IAB ditubuhkan dengan ida dan cadangan pelbagai pihak dan individu, memang ada keperluan IAB mengorak langkah ke arah atau sekurang-kurangnya belajar bagaimana hendak menjadi jurulatih profesional yang mempunyai kelayakan atau sijil yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Malahan ada juga pandangan dan cadangan mengapa tidak IAB bergerak ke arah menjadi badan yang mengendalikan program dan mengeluarkan sijil kelayakan jurulatih profesional atau CPT yang diiktiraf dunia. Potensi ke arah tersebut sememangnaya ada pada IAB yang telah diusahakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Amin Senin dengan memperkenalkan Sijil Master Trainer kepada pensyarah IAB dan individu-individu yang diperakukan dan diiktirf oleh IAB.

Semasa kursus, kami ada menyentuh sedikit isu sama ada wajar atau tidak IAB menjalankan program dan mengeluarkan sijil kelayakan kepada pensyarah IAB seolah-olah membuat program untuk memperakukan dengan sijil kepada warganya sendiri. Bagi saya, berdasarkan pemahaman tentang konsep CPT yang dijelaskan oleh Dr Jamaludin Yunos, tiada masalah asalkan semua kehendak, ciri dan kompetensi sekumpulan individu yang layak dipanggil jurulatih profesional terbukti berjaya dibina oleh IAB. Selain itu, bagaimana IAB meletakkan statusnya sebagai organisasi latihan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan di mata dunia setaraf dengan badan-badan terkenal juga perlu diusahakan.

Saya katakan IAB ada potensi bukan sahaja kerana IAB telah berjaya membina dan menganugerahkan sijil Master Trainer kepada sekumpulan individu yang boleh dikatakan pakar dalam bidang latihan dan coaching malahan berjaya membantu pemimpin sekolah umpamanya dalam mengubah kedudukan daripada band 6 dan 7 kepada band 5 atau 4. Begitu juga sekolah-sekolah berprestasi tinggi dapat dibantu pengetua atau guru besarnya mengekalkan kecemerlangannya.

Sijil Master Trainer yang dikeluarkan IIAB mulai 2012 itu mungkin namanya sahaja yang tidak sama dengan yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya atau badan-badan lain iaitu Certified Professional Trainer (CPT), tujuan dan konsepnya saya percaya sama. Dengan mempelajari apa yang orang lain buat dan sedikit pengubahsuaian seperti dilakukan oleh Louis The Penguin Head dalam cerita Our Iceberg is Melting oleh John Kotter dan Holger Rathgeber, saya percaya IAB akan berjaya membuat perubahan.

Utuk tujuan itu, marilah kita terutama rakan-rakan yang telah sama-sama mengikuti kursus Kelayakan Jurulatih Professional semalam berfikir bagaimana kita dapat meralitikan apa yang kita hendak capai. John Townsend dalam bukunya Leadership Beyond Reason mengatakan “Good leaders place a high value on thinking clearly and well” kerana katanya juga “Thinking – the reasoning part of your life and leadership – is critical and central to your work“. .

Advertisements

One thought on “Kursus Kelayakan Jurulatih Profesional: Satu Refleksi

  1. terima kasih Dr Jamil atas kehadiran dan mengikuti keseluruhan ( komitmen pengurusan) sesi perkongsian pengalaman Universiti Malaya pengendalian sijil profesional kepada trainer .

    Pentaulihan sijil profesional dibahagi kepada tiga jenis. i. associate member ( membayar yuran) ii. kursus + assessment ( yuran kursus dalam lingkungan RM 9000 – 10000) – dijalankan oleh MIM, UM, Quest , Arah Fokus iii. assessment shj . Mengikut perancangan kita bagi pensyarah IAB kita ambil jenis ke 3 iaitu assessment ( pemerhatian sesi latihan (skor instrumen) / laporan penilaian mentor/portfolio pembangunan kendiri / pengalaman mengendalikan sesi latihan / penilaian pengetahuan adult learning theory) – Bagi tahun 2012- 240 orang sijil MT ditauliahkan berasaskan semakan rekod dan perakuan Pengurusan kpd pensyarah IAB seniour – bekas pensyarah IAB – pengetua cemerlang dan pegawai KPM,JPN,PPD yang terlibat dlm SIP. Bagi 2013 adalah berdasarkan pemerhatian dlm bilik latihan oleh Panel berasaskan instrumen MT

    POtensi Pasaran Bagi Sijil Master Trainer @ pusat latihan agensi awam
    Dianggarkan lebih kurang 300 pusat latihan dalam sektor awam ( juru rawat-akauntan-polis- IPGM-Institut sosial negara- Institut Tanah Negara ….. Pada tahun 2014 IAB boleh menarwarkan sijil Master trainer katogori ke 2 kursus + assessment kepada trainer agensi awam ( boleh kenakan yuran) .Bagi merealisasikan hasrat IAB harus mantapkan kursus bagi trainer-Coach agar IAB juga dirujuk sebagai Academy for Trainers-Coach

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s