Ciri-ciri Pemimpin yang Baik

Hari ini 21 Disember 2012 hari Jumaat yang diramalkan kiamat oleh banyak orang. Saya bercuti oleh itu solat jumaat di Masjid Negeri Shah Alam. Melalui skrin besar tayangan multi media khutbah Jumaat yang bertajuk “Ciri-ciri Pemimpin yang Baik” saya berpeluang mengambil catatan mengguna smart phone saya.

Saya tertarik dengan tajuk ini bukan sahaja kerana berkaitan dengan bidang tugas saya di Institut Aminudin Baki (IAB) sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan tetapi sebagai perbandingan antara kepimpinan Islam dan konvensional atau lain-lain.

Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pernah mengarahkan IAB untuk mewujudkan Jabatan Pengajian Kepimpinan Komparatif untuk mendalami perbandingan antara teori dan amalan kepimpinan Islam dengan kepimpinan lain.Jabatan itu sekarang telah wujud. Saya harap tulisan ini dapat menambah sedikit hazanah ilmu dalam bidang kepimpinan.

Pada pengamatan saya, ciri-ciri pemimpin yang baik yang digariskan dan dijelaskan oleh khatib dengan al-quran, hadis dan pendapat ulama’ muktabar bukan sahaja merujuk kepada pemimpin politik kepartaian tetapi semua jenis pemimpin. Beliau memetik hadis Nabi yang menghendaki supaya dilantik seorang ketua jika bermusafir seramai tiga orang atau lebih.

Menurut khatib dalam pendahuluan khutbahnya sebelum menjelaskan lapan ciri pemimpin yang baik, memilih dan melantik pemimpin adalah wajib. Jika pemimpin tidak dipilih selepas tiga hari jawatan itu dikosongkan atau jawatan itu sepatutnya diwujudkan seperti ketua dalam masa bermusafir, semua orang yang terlibat berdosa. Sebaliknya jika lantikan telah dibuat pahala diperolehi semua orang.

Oleh kerana perkara ini berkaitan dosa dan pahala, khatib mengingatkan kita agar pemimpin dipilih dengan betul dan berhati-hati supaya pemimpin itu dapat melaksana tugas kepemimpinannya dengan jujur, adil, amanah dan berintegriti.

Lapan ciri pemimpin yang baik yang digariskan oleh khatib menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:

1 Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah

2 Memiliki kekuatan atau kesihatan fizikal, spiritual dan mental untuk menanggung kerja dan amanah yang dipikul

3 Memiliki sifat taqwa dan berintegriti

4 Amanah, adil dan tidak berlaku zalim atau mengamalkan diskriminasi

5 Bertanggungjawab dan tidak sombong terutama kepada pengikutnya

6 Tegas dan berpegang teguh kpd prinsip adil, amanah dan integriti

7 Berakhlak dan berbudi. pekerti mulia

8 Menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong

Khatib menutup khutbahnya dengan ingatan bahawa pemimpin tidak boleh dipilih dgn tangkap muat. Beliau juga mengingatkan agar tidak melantik pemimpin yang tidak takut kepada Tuhan. Pesannya agar pemimpin tidak dilantik untuk dijadikan ejekan sama ada oleh orang yang dipimpin atau orang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s