Berfikir dan Bertindak

Tulisan ini tercetus daripada kata-kata ‘Think like a man of action and act like a man of thought’ yang sejak mutakhir ini sering kali berligar di kepala dan perasaan. Mungkin kesan pembacaan buku ‘Leadership Beyond Reason’ oleh Dr John Townsend walaupun kata-kata itu bukan saya petik daripada buku tersebut.

Dalam kehidupan harian berfikir dan bertindak merupakan amalan yang berkait rapat dengan ciri peribadi dan kejayaan dalam hidup apatah lagi dalam konteks kepimpinan dan pengurusan. Amalan berfikir dan bertindak mempengaruhi peribadi seseorang. Orang yang berfikir sebelum bertindak berkemungkinan besar berjaya. Namun nilai fikir dan bila masa perlu atau boleh bertindak selepas berfikir juga menyumbang kejayaan tindakan.

Ada orang bertindak tanpa atau kurang berfikir. Tindakan seperti ini dipanggil melulu, terburu-buru atau sembrono. Tindakan seperti ini juga dikatakan tindakan orang tidak bijak, tidak matang, keanak-anakan malah boleh dikatakan tidak siuman, Bertindak yang saya maksudkan boleh jadi dalam bentuk lisan, tulisan dan perbuatan. Orang sedemikian juga sering kali mudah terlajak – laku, kata atau bicara. Dikatakan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata rosak binasa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Apakah fenomena seperti ini semestinya benar dalam konteks pengurusan dan kepimpinan moden?

Orang yang bertindak tanpa berfikir atsu singkat fikiranya tidak semestinya salah hasilnya, Namun apakah yang memandu atau mendorongnya melakukan tindakan itu? Bolehkah misalnya tangan atau mulut melakukan sesuatu tanpa didahului otak yang berfikir sekurang-kurangnya mencetus idea jikapun tidak menimbang baik dan buruk apa yang hendak dilakukan? Jawapannya boleh kerana selain akal manusia dibekalkan nafsu, perasaan, kepercayaan (iman), tindakan pantulan (refleks), ilham, nurani dan kemuliaan seperti karomah dan wahyu (bagi para Nabi).

Bagaimana kita boleh menjelaskan keadaan dimana seorang yang boleh dengan pantas menjawab persoalan atau menyelesai masalah atau mengambil keputusan yang sukar seolah-olah orang itu bertindak tanpa berfikir atau berfikiran singkat. Sebenarnya orang itu mungkin telah berfikir tetapi mengambil masa yang singkat atau pantas sepantas kilat sebelum bertindak. Hal ini kerana akal dijadikan Tuhan daripada nur atau cahaya yang kelajuannya bergerak ialah 3.8 kali sepuluh kuasa sembilan meter sesaat. Orang yang mampu berfikir dan bertindak dengan pantas sebenarnya bukan sahaja telah melalui pendidikan, latihan, amalan atau pengalaman yang panjang tetapi mengguna segenap potensi, pancaindera dan bantuan yang diperoleh.

Mengikut Mintzberg (1973) dalam the nature of managerial work, ada tiga cara orang membuat keputusan untuk bertindak. Pertama, lihat dahulu sama ada dengan pandangan mata atau pandangan hati yang dipanggil ‘insight’. Bergantung kepada maklumat luaran, pengalaman dan/atau gerak hati masa diambil sebelum bertindak berubah-ubah. Cara membuat keputusan seperti ini dipanggil induktif.

Kedua, berfikir dahulu menggunakan otak atau akal fikiran. Proses yang berlaku dalam kotak fikiran atau fakulti akal ialah diagnose, design, deside and do. Orang itu memerlukan maklumat seperti fakta, data, statistik, teori, dasar dan peraturan untuk dijadikan panduan membuat diagnosis, mereka bentuk keputusan sebelum membuat keputusan dan bertindak. Kaedah ini dipanggil membuat keputusan secara deduktif.

Ketiga, buat atau bertindak dahulu kemudian baru lihat atau fikir akan kesan atau akibatnya. Pastinya kesan atau akibatnya juga bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada serta pengalaman dalam bidang yang berkaitan. Selalunya orang seperti ini tidak takut membuat kesilapan tetapi belajar daripada kesilapan dia memperbaikinya untuk membuat yang lain sehingga berjaya. Kaedah bertindak seperti ini dipanggil iteratif.

Townsend menyarankan pemimpin yang berjaya yang tidak boleh atau sukar dipertikai keputusanya melangkaui alasan munasabah adalah pemimpin yang boleh mengguna lima tenaga dalaman iaitu nilai (values), fikiran (thought), emosi, perhubungan (relationship) dan perubahan (transformation). Perbicangan mengenainya panjang. Kita perlu tajuk yang lain.

Untuk mengambil jalan pertengahan marilah kita berfikir sebelum membuat keputusan untuk bertindak supaya orang tidak tertunggu-tunggu keputusan kita atau sebelum tindakan ditinggal masa. Sebaliknya janganlah pula terburu-buru apabila mengambil tindakan ditakuti tersalah langkah atau tindakan kita separuh masak. Banyak panduan ke arah ini boleh dibaca dan dipelajari.

Advertisements

2 thoughts on “Berfikir dan Bertindak

  1. Salam Dr.
    Fikir itu pelita hati. Itu antara kata-kata pujangga yang saya dengar sejak alam persekolahan. Bijak sungguh orang dulu-dulu mencetuskan kiasan-kiasan dan perumpamaan. Kata-katanya ringkas namun penuh makna tersirat dan ianya amat mengesankan jika difahami maksudnya. Tafsir orang tua saya mudah sahaja. Katanya, jika semua manusia suka berfikir dahulu sebelum bertindak, maka hatinya akan terang dan jelas ketika melakukan sesuatu atau membuat sesuatu keputusan. Jika manusia bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu, kebarangkalian tindakan yang diambil tidak sempurna dan banyak kesilapannya. Muncul pula kata-kata bijaksana yang berkaitan iaitu ikut hati mati. Apa yang saya faham, jika kita bertindak mengikut kata hati semata-mata tanpa berfikir, sudah pasti tindakan itu bakal mengundang cacat cela yang banyak.
    Menurut Cox dalam Abdul Halim (1993), individu yang matang akan berasa tenang dan tenteram serta mengambil berat tentang keperluan orang lain. Berfikir dengan matang sebelum bertindak amat menepati kata-kata fikir itu pelita hati. Tindakan yang diambil tentunya mengambil kira semua perkara dengan jelas dan terang. Hasilnya tindakan yang diambil akan memuaskan hati sendiri dan juga orang lain. Jelas sekali orang yang berfikir dengan masak sebelum bertindak mampu mengelakkan konflik dan perselisihan.
    Saya sependapat dengan Dr. bahawa orang yang bijaksana adalah orang yg sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak. Lebih bijaksana lagi adalah orang bijaksana sentiasa menerima buah fikiran orang lain sebelum melaksanakan sesuatu tindakan.
    Terima kasih Dr. kerana member peluang untuk bersama mengikuti buah fikiran Dr. yang sentiasa segar dan memberikan inspirasi.

    Daripada: Tengku Abdullah bin Tengku Ismail
    IAB Zon Timur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s