Berhati-hati Menerima Pandangan

Seekor arnab melihat gagak yang sedang bersenang lenang hinggap di dahan pokok sambil berbunyi bising tanpa haluan. Timbul rasa iri hati, arnab bertanya gagak sama ada boleh atau tidak dia duduk bersenang-senang di bawah dahan pokok tempat gagak hinggap.

Tanpa banyak soal gagak membolehkan arnab berbuat apa yang dia suka. Gagak sememangnya tiada apa-apa kepentingan terhadap arnab. Dia tidak kisah apapun akan terjadi kepada arnab,

Maka arnab pun duduklah bersenang lenang di bawah pokok itu tanpa berbuat apa-apa sehingga tidak menyedari kehadiran pemburu yang sememangnya datang secara perlahan. Gagak yang duduk di tempat tinggi menyedari kehadiran pemburu segera pergi tanpa mengendahkan keselamatan arnab yang akhirnya menjadi habuan pemburu.

Nasib arnab lebih kurang sama dengan nasib ayam belanda yang merasakan dirinya rendah kerana tidak boleh terbang dan hinggap di pohon yang tinggi. Dia mengadu nasib kepada lembu. Lembu memberi nasihat agar ayam belanda itu makan najisnya yang banyak khasiat.

Ayam belanda mengambil nasihat lembu menyebabkan dia mendapat kekuatan setelah hari demi hari makan najis lembu sehingga dia boleh memanjat pokok dari dahan yang rendah ke dahan paling tinggi. Apabila sampai ke dahan paling tinggi dia berasa seronok tetapi tidak lama kerana pemburu dengan mudah menembaknya jatuh untuk dijadikan hidangan.

Cerita ini saya kutip dan ubahsuai dari buku The 360 degree Leader oleh John Maxwell.

Advertisements

One thought on “Berhati-hati Menerima Pandangan

  1. Bukan semua pandangan kita boleh terima bulat-bulat, setiap pandangan perlu difikirkan buruk baiknya, mungkin yang memberi pandangan itu berkepentingan atau mungkin hanya berdasarkan emosi semata-mata. Dengan kata lain berhati-hati, kadang-kadang pandangan orang lain boleh menjerat diri sendiri dan lebih menyedihkan orang yang memberi pandangan itu tidak bertangungjawab atas pandangan yang diberi, bila berdepan masalah, orang yang memberi pandangan itu tidak akan bertangungjawab atas pandangan yang diberinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s