Cubaan Memburukkan Guru di Amerika Gagal

Cerita ini saya petik daripada The Best of 2012 dalam blog Prof. Dianne Ravitch yang saya ikuti. Buku dan tulisan beliau adalah antara tempat saya merujuk apabila menulis atau membuat penyampaian. Beliau ialah Profesor Penyelidikan di Universiti New York mendalami Sejarah Pendidikan Amerika.

Dalam tulisannya yang menyimpulkan peristiwa-peristiwa penting berhubung pendidikan di Amerika sepanjang 2012 sempena kehadiran tahun baru hari ini, saya tertarik dengan cerita di atas. Saya turut memberi komen dalam blognya menyatakan sokongan moral kepada jasa guru di sekolah awam di seluruh dunia.

Dua orang billionaire terkenal Philip Anschutz dan Rupert Murdoch, telah bergabung tenaga menerbitkan filem “Won’t Back Down,” yang bertujuan mengajar orang Amerika bahawa untuk menyelamatkan anak-anak mereka hanyalah dengan menyerahkan sekolah awam kepada pihak swasta.

Filem itu telah dipromosikan secara besar-besaran di NBC Education Nation dalam rancangan Ellen talk show, konsert“ Teachers Rock” yang  ditaja oleh CBS dan tayangan percuma yang ditaja oleh Michelle Rhee. Pemimpin dan pengikut kedua-dua parti politik Democrat dan Republican boleh melihat melalui filem itu kepentingan menyerahkan pengurusan sekolah awam di Amerika (dan negara-negara lain di dunia) kepada pihak swasta.

Menariknya ibu bapa di seluruh Amerika menolak cadangan itu dan menganggap penayangan filem itu di akhir bulan September 2012 adalah didalangi oleh kumpulan yang anti guru, anti sekolah awam dan anti kesatuan guru. Idea penerbitan filem itu timbul dalam the Democratic National Convention.

Cubaan memburukkan guru, kesatuan guru dan sekolah awam gagal apabila panggung wayang kosong, tiket tiada yang membeli dan dalam masa sebulan filem itu lenyap daripada pandangan awam. Tiket percuma untuk menyaksikan filem itu langsung tidak menarik minat penonton apa lagi ibu bapa walaupun filem itu mendapat sentuhan tangan tuan punya teater terbesar di Amerika.

When the film was released in late September, it was pegged as anti-teacher and anti-public education and anti-union. It got terrible reviews. It didn’t sell many tickets. It flopped. Within a month after its grand premiere, it had disappeared. The free market is not kind to idlers, even when the guy who produced the movie is one of the biggest theater owners in the nation“. Demikian Prof. Ravitch mengakhiri tulisannya.

Prof. Diane Rabitch menganggap peristiwa itu sebagai antara peristiwa paling menarik dalam sejarah pendidikan di Amerika dalam tahun 2012. Saya menyokong sambil memberi komen bahawa peristiwa ini meningkatkan moral guru di seluruh dunia.

.

Advertisements

2 thoughts on “Cubaan Memburukkan Guru di Amerika Gagal

  1. Assalamualaikum wrm wbt . Satu pengiktirafan kepada warga pendidik. Warga Amerika telah menyuarakan isi hati mereka bahawa Pendidikan bukan milik Kapitalis. Terima kasih tuan atas perkongsian ini.

  2. Reblogged this on JPHEMK.WORDPRESS.COM and commented:
    Berburu ke padang datar
    Dapat rusa bebelang kaki
    Berguru kepalang ajar
    Bagai bunga kembang tak jadi….
    Sama-sama kita memartabatkan profesion keguruan malah menjadi profesion pilihan….
    (Kredit kepada Dr Jamil Adimin, mantan TPL IAB)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s