Hari Pertama Persekolahan

Semalam 2 Januari seperti sebahagian  murid lain di Malaysia cucu pertama saya Illy Damia binti Ramzul Fakri melangkah kaki ke alam persekolahan kebangsaan di Saujana Impian Selangor. Ibunya, anak sulung saya Fazliati seorang guru tidak dapat menghantar Illy ke sekolah kerana dia juga hari pertama persekolahan 2013 perlu berada di sekolah. Ramzul dengan rasa bangga seperti bapa lain ambil cuti untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Adik Illy, Khaira Qaisara sekolah tadika swasta seperti kakaknya dahulu. Khairul Ilham seorang lagi adik Illy dihantar ke nursery. Oleh kerana Qaisara tahun kedua di tadika yang sama ramai kenalannya. Ramzul tak perlu risau untuk tunggu. Begitu juga Ilham yang dihantar ibunya.

Seperti kebanyakan ibu bapa lain sama ada di bandar atau desa sebagaimana kita lihat melalui kaca televisyen, Ramzul menunggu Illy di sekolah untuk memastikan semua berjalan lancar. Antaranya untuk memastikan Illy tidak menangis, tahu atau boleh membeli makanan di kantin dan tidak buang air di dalam bilik darjah barangkali.

Ternyata Illy melepasi semua rintangan yang menjadi kebimbangan ayah dan ibunya. Saya yakin beberapa hari sebelumnya ibu dan ayahnya, terutama ibunya yang agak cerewet tentang pendidikan anak-anaknya, telah merancang begitu rapi persekolahan cucu-cucu saya. Satu sikap yang amat baik sesuai dengan ciri-ciri ibu bapa moden. Namun di sudut kecil hati saya yang telah lebih setengah jalan masuk usia lima siri, ada yang perlu dilihat semula.

Semasa saya di UK membuat PhD, pada hari pertama persekolahan saya menghantar adik Fazliati, Muhamad Nafis memasuki kelas reception pada masa dia berumur empat tahun. Masa itu kami telah tinggal di UK selama setahun. Hari pertama Nafis tiada masalah untuk bersekolah walaupun belum menguasai bahasa Inggeris dan tiada seorangpun rakan di dalam kelasnya yang dikenali. Seperti kebiasaan, apabila saya mengahantar kakak dan abang-abangnya ke sekolah, saya tidak pernah tunggu.

Hari kedua dia buat hal. Sejak di rumah sudah ada tanda-tanda meragam tapi saya paksa juga untuk bersekolah. Sampai di sekolah apabila saya hendak menyerahkannya kepada guru kelas, dia mula menangis. Cikgu Sylvia yang menyambutnya terus tangkap Nafis dan didokong. Apa lagi Nafispun meronta-ronta sambil menangis kuat memecah kesunyian sekolah. Cikgu Sylvia yang berbadan segar sambil memeluk Nafis meminta saya meninggalkannya dengan katanya “Sir, please leave him with”. Agak ragu dengan permintaannya saya bertanya, “Are you sure?”. Dengan tegas dia menjawab “Please trust me, leave him with me. He will be fine” sambil terus menutup dan mengunci pintu kelas. Memang tiada peluang untuk saya melihat atau mengintai apa yang terjadi di dalam kelas kerana kelas tertutup. Lagipun langsung tiada ibu bapa lain yang menunggu di luar kelas seperti yang kita lihat semalam atau hari-hari lain terutama pada hari pertama persekolahan.

Petangnya, apabila saya mengambil Nafis, (di UK ibu bapa wajib mengantar dan mengambil anak di sekolah) cikgu Sylvia bertanya untuk menguji saya berapa lama Nafis menangis selepas saya meninggalkannya. Saya jawab “I have no idea” lalu diberitahunya lima minit sahaja. Hari-hari berikutnya, Nafis tiada lagi masalah untuk ke sekolah. Dia tidak pernah ponteng sekolah walaupun cuaca sejuk dengan salji turun sehingga setengah kaki.

Secara pasti saya tidak tahu apa rahsia yang menyebabkan murid-murid di sana sangat suka ke sekolah. Namun saya dapati guru-guru di UK sangat menyayangi anak murid. Dalam masa tidak sampai dua bulan Nafis sudah boleh menguasai bahasa Inggeris dan kekal hingga sekarang. Dua orang abangnya Syauqi dan Hakim yang juga berkesempatan bersekolah di sana apabila balik mengambil SPM masing-masing memperoleh A1 untuk bahasa Inggeris 1119 Cambridge. Saya amat bangga walaupun saya tidak pernah mendesak untuk mencapai keputusan terbik dalam peperiksaan.

Advertisements

3 thoughts on “Hari Pertama Persekolahan

  1. Hari kedua Illy dah tak macam semalam. Ini yang dilapor oleh Fazliati
    Pembetulan…sek Ili Damia’ SK Seri Pristana..harini pg2 bgn siapkn bekal ns grg.dia n sara dh stat naik van.xde tgu dh..alhmdulillah.cek beg ms balik lgsung x mkn bekal.dia beli nugget.esok katanya xnk bwk bekal.kakak dh pndai beli n dh ramai kawan..hmm..syok ibu x payah kalut2 masak.hehe..

  2. Cabaran ibu bapa zaman kini..kedua2nya perlu bekerja..utk menampung belanja harian.sperti ramai ibubapa lain..tiada bantuan pembantu rumah.semua perlu diurus sendiri.anak 3, tiga destinasi berbeza anak2 itu ditempatkan sewaktu kami bekerja.Belanja 3 org utk penjagaan di taskan sekolah sahaja mencecah rm1000..disebabkan itu perancangan keluarga sgt penting..ye..anak adalah rezeki.x nafikan..cabarannya adalah dari sudut ‘penjagaan’ kerana kami bekerja n tiada pembantu.masih belum bersedia n selesa jika ada org lain dirumah.Kalau suri rumah mungkin xada masalah penjagaan tetapi akn muncul masalah kewangan.saya sendiri tidak bersedia utk menjadi suri rumah..walaupun itulah pekerjaan terbaik seorang wanita.Ini kerana keluar Universiti shj..hutang belajar sebanyak rm20 ribu sudah sedia menanti.Sampai sekarang masih dalam proses melangsaikan hutang belajar..walau sudah 8 thn bekerja..

    Apapun..zaman dahulu..zaman sekarang..ada cabaran masing2.anak dulu anak sekarang..juga berbeza. Didiklah anak ikut zamannya..Itulah cabaran saya sebagai seorang ibu, isteri, anak, guru dan pekerja..mengimbangi semuanya…dengan badan kecilku ini..

  3. Cabaran ibu bapa zaman kini..kedua2nya perlu bekerja..utk menampung belanja harian.sperti ramai ibubapa lain..tiada bantuan pembantu rumah.semua perlu diurus sendiri.anak 3, tiga destinasi berbeza anak2 itu ditempatkan sewaktu kami bekerja.Belanja 3 org utk penjagaan di taskan sekolah sahaja mencecah rm1000..disebabkan itu perancangan keluarga sgt penting..ye..anak adalah rezeki.x nafikan..cabarannya adalah dari sudut ‘penjagaan’ kerana kami bekerja n tiada pembantu.masih belum bersedia n selesa jika ada org lain dirumah.Kalau suri rumah mungkin xada masalah penjagaan tetapi akn muncul masalah kewangan.saya sendiri tidak bersedia utk menjadi suri rumah..walaupun itulah pekerjaan terbaik seorang wanita.Ini kerana keluar Universiti shj..hutang belajar sebanyak rm20 ribu sudah sedia menanti.Sampai sekarang masih dalam proses melangsaikan hutang belajar..walau sudah 8 thn bekerja..

    Apapun..zaman dahulu..zaman sekarang..ada cabaran masing2.anak dulu anak sekarang..juga berbeza. Didiklah anak ikut zamannya..Itulah cabaran saya sebagai seorang ibu, isteri, anak, guru dan pekerja..mengimbangi semuanya…dengan badan kecilku ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s