Haji Ali Ithnin dalam Kenangan

Innalillahi wa innailaihi rajiun (daripadaNya kita datang kepadaNya juga kita kembali) semalam selepas solat maghrib saya mendapat panggilan telefon daripada rakan lama di Lembaga Peperiksaan, Haji Muhamad Ismail mengkhabarkan bahawa bekas ketua kami Tuan Haji Ali Ithnin telah kembali ke Rahmatullah.

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 6.00 petang 12 Januari 2013 pada usia 75 tahun di rumah anaknya di Bukit Jelutung Shah Alam. Agak terkilan saya kerana tidak dapat melawat di saat akhir semasa beliau masih hidup sedangkan saya juga tinggal di Shah Alam. Saya langsung tidak tahu dia tinggal bersama anaknya di Shah Alam. Setahu saya dia menetap di kampung isterinya Kak Jah di Rembau NS selepas bersara dan selepas tak larat berniaga makanan di Subang Parade.

Syukur saya sempat menghormati dan menyembahyangi jenazahnya di Masjid Saidina Omar Al-Khatab Bukit Damansara bersama isteri sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara. Semasa menetap di Bukit Damansara beliau pernah menjadi setiausaha dan pengerusi masjid itu.

Allahyarham ialah Ketua Penolong Pengarah Unit Pembinaan dan Pengeluaran Ujian (UPPU) di LP sebelum bersara pada tahun 1988. Saya sempat bersamanya selama empat tahun sebagai subordinate semasa saya menjadi Pakar Peperiksaan.

Rakan-rakan lama seperti Mazni Mat Salleh, Kamshiah Sabtu, Rosni Hamzah, Khodori Ahmad, Marlin Karim dan Paisah Yusuf (sekadar menyebut beberapa nama) pasti bersetuju dengan saya bahawa Allahyarham seorang yang banyak jasa kepada perkembangan pendidikan negara terutama bidang peperiksaan. Hal ini dipersetujui beberapa tokoh yang sempat saya hubungi memberi tahu tentang kematianya dan temui di masjid tadi. Antaranya Prof Dato’ Ibrahim Ahmad Bajunid, Datin Rafeah, Tn Hj Abdul Rahman Ali dan Dato’ Termuzi Abdul Aziz.

Dato’ Ibrahim menyatakan beliau pernah belajar dan mengajar ilmu pengukuran dan penilaian bersamanya. Beliau mengakui kepakaran Allahyarham dalam bidang itu kerana berpeluang menimba ilmu dan pengalaman secara terus daripada University of Cambridge Local Examination Syndicate (UCLES).

Seperti Dato’ Omar Hashim yang pernah digelar The Great Omar oleh rakan-rakannya di peringkat antarabangsa semasa menjadi Presiden International Association for Educational Assessment (IAEA) nama Ali Ithnin tidak boleh dipisahkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.  Dato’ Omar mengakui selama lapan tahun menjadi Pengarah Periksaan, Ali Ithnin diberi kepercayaan penuh olehnya kerana telah banyak membantunya dalam terlalu banyak perkara tentang peperiksaan kebangsaan.

Ali Ithnin memasuki LPM awal tahun 1970an sebagai pakar peperiksaan untuk subjek teknikal dan vokasional. Beliau adalah orang Malaysia paling awal menjadi anak murid Benjamin Bloom semasa membuat Masters degree dalam bidang Testing and Measurement di University Wisconsin USA. Beliau pernah mengajar secara separuh masa bidang tersebut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan tempat-tempat lain.

Pada masa itu sebagai pemegang diploma dalam bidang trknik dan vokasional yang tidak memiliki sijil perguruan kepulangannya dari US dengan ijazah pertama dan kedua tidak berapa mendapat pengiktirafan. Walaupun banyak ilmu, pengalaman, jasa dan baktinya sehingga dianugerah Ahli Mangku Negara dan beberapa penghormatan yang saya tak ingat, beliau mengakhiri perkhidmatan di LP sebagai KPP pada gred jawatan Super scale G atau DG48 sahaja kalau sekarang. Mungkin peluang kenaikan pangkat tidak banyak seperti sekarang namun saya berani mengatakan bakat dan kebolehannya layak untuk menyandang sekurang-kurangnya Jusa B jika masih berkhidmat pada masa sekarang.

Antara jasanya yang saya tahu dan ingat ialah memperkenalkan taksonomi Bloom dan kaedah pengukuran dan penilaian pencapaian murid dalam pembelajaran. Saya banyak belajar malah mengakui menjadi dewasa dalam bidang ini sehingga mendapat PhD kesan asuhannya.

Beliau orang penting Dato’ Omar Hashim menukar peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) buatan Cambridge menjadi SPM buatan Malaysia kekal hingga sekarang. Begitu juga Lower Certificate of Educatiin menjadi Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang kemudiannya menjadi PMR.

Beliau sangat tegas orangnya. Jika sesiapa ingin mencadangkan sesuatu atau tidak puas hati terhadap keputusannya perlu berhujah dengan teori dan prinsip yang betul terlebih dahulu dengannya atau dengan anak buahnya. Selalunya tidak ramai orang di dalam atau di luar LP dapat mengalahkan hujahnya yang menyebabkan sukar bagi sesiapapun hendak menolak cadanganya atau mengubah keputusannya. Dia seolah-olah boleh membaca atau menduga apa yang belum berlaku dalam mengurus dan memimpin peperiksaan di Malaysia.

Pernah berlaku seorang Pengarah silap membuat keputusan untuk menangguhkan peperiksaan SPM hanya di Kelantan kerana banjir sebab Haji Ali Ithnin tidak dapat dihubungi untuk memberi nasihat. Akibatnya kami terpaksa membuat beberapa set kertas soalan untuk beberapa mata pelajaran yang dijadualkan pada hari berkenaan. Keputusan yang sepatutnya ialah menangguhkan peperiksaan di ssluruh negara.

Haji Ali Ithnin amat kami hormati kepimpinannya. Beliau bnayak menulis dan membentang kertas kerja seminar dan persidangan kebangsaan dan antarabnagsa. Dia menyemak dan mengesahkan kesahihan semua kertas soalan dan pwraturan pemarkahannya terutama bagi mata pelajaran kritikal seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Agama Islam. Dalam kesibukannya dia masih ada masa untuk masuk dan mempengerusikan Mesyuarat Review (kaji semula) kertas soalan bebeeapa mata pelajaran. Walaupun disiplin pengajiannya bidang teknikal dan vokasional beliau menguasai ilmu pengujian, pengukuran dan penilaian bagi semua mata pelajaran. Jika terdapat sedikit sahaja kesilapan dia pasti dapat menangkapnya.

Pada hari terakhir beliau berkhidmat di Tingkat Tujuh LPM Jalan Duta jam sudah menghampiri 4.15 petang dia masih seperti tidak akan bersara keesokan harinya. Masa itu tidak ada majlis sending off pada hari terakhir seperti sekarang. Saya sempat mengusiknya dengan soalan “Tuan Haji tak nak bersara ke?” Dengan bersahaja katanya, “Saya bersara besok, bukan hari ini. Sekarang baru pukul 4.00” menjawab soalan saya yang mula menyertai beberapa rakan ke mesin mengetik kad masa. Dia terus juga bekerja sehingga hampir 5.30 untuk solat asar sebelum menyambung kerja hingga kira-kira 6.30 baru balik tanpa menunjukkan tanda-tanda penat. Saya tak sampai hati membiarkannya keseorangan pada hari terakhir perkhidmatannya.

Demikianlah Allahyarham Tuan Haji Ali Ithnin, guru, bapa, mentor dan coach saya dalam kepimpinan dan pengurusan peperiksaan hingga menjadi manusia sekarang ini. Setelah bersara beliau meninggalkan terus dunia pendidikan menumpu sepenuh masa kepada ibadah dan kerja amal di masjid dan surau sambil membantu Kak Jah berniaga makanan. Saya pernah beberapa kali nenghubunginya untuk meminta nasihat dan menjemputnya menulis kertas kerja atau ceramah tetapi ditolaknya fengan alasan masanya telah berlalu.

Ya Allah ampunkanlah dosa hamba Mu Haji Ali Ithnin. Terimalah semua amal ibadahnya. Tempatkanlah rohnya bersama roh para salihin, aulia dan mursalin di dalam syurga jannatun naim. Alfatehah.

Advertisements

2 thoughts on “Haji Ali Ithnin dalam Kenangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s