NPQEL Sebagai Prasyarat Pelantikan Pengetua/Guru Besar

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan bahawa mulai 2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang dikeluarkan oleh Institut Aminufin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia menjadi prasyarat pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.

Ketetapan ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL selain syarat-syarat lain. Sama ada para guru menyedarii atau tidak perkara ini, mereka tidak boleh protes jika tidak boleh dilantik dan tidak boleh menikmati kenaikan pangkat sebagai pengetua/guru besar hanya kerana tidak memiliki sijil atau diploma NPQEL.

Mengapa kerajaan menetapkan syarat ini? Kerajaan mahu memastikan semua sekolah di Malaysia dipimpin oleh pengetua/guru besar yang berkompetensi tinggi sahaja. Kajian menunjukkan bahawa sekolah yang didatangkan pengetua/guru besar yang baik akan meningkat pencapaian muridnya sebanyak 20% percentile.  Kajian juga menunjukkan pengetua/guru besat yang mengikuti kursus atau latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan, latihan kepengetuaan, pembangunan profesionalisma dan kursus-kursus lain yang berkaitan memberi impak yang tinggi kepada kepimpinannya.

Adakah bilangan pemegang NPQEL mencukupi untuk mengisi 4000 kekosongan pengetua/guru besar yang akan berlaku dalam tempoh 2013-2015 ini? Bagaimanakah operasi penggantian dan pengisian pengetua/guru besar dengan prasyarat baru ini?

Data menunjukkan satu perempat sahaja daripada 2,073 pemegang NPQEL atau NPQH sebelumnya telah dilantik menjadi pengetua/guru besar. Mulai tahun 2013 ini pengambilan peserta kursus NPQEL oleh IAB ditambah daripada 300 setahun kepada 1000. Dua ambilan setiap satu 500 orang peserta akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Julai. Sehingga tahun 2015 dijangka jumlah pemegang sijil NPQEL/NPQH ialah 5,316 satu jumlah yang melebihi keperluan.

IAB akan melakasanakan kursus NPQEL ambilan pertama 2013 ini mulai 12 Februari untuk seramai 500 orang. Kampus IAB Genting dan Utara diJitra masing-masing mengambil seramai 210 orang peserta manakala kampus Sarawak dan Sabah masing-masing 40 peserta.

Nama-nama peserta akam dimuktamatkan dan panggilan kursus akan dibuat pada 31 Januari ini. Peserta yang telah dipilih melalui permohonan dan temuduga akan diarahkan (bukan ditawarkan) menghadiri kursus selama lima bulan dalam mod bercampur (blended mode) iaitu bersemuka, e-pembelajaran, penandaarasan, sandaran dan pentaksiran atau ujian akhir kursus.

Pada masa yang sama IAB dan pihak-pihak lain akan terus menjalankan kajian keberkesanan dan kajian impak pelaksanaam NPQEL bagi menambah bilangan kajian sedia ada iaitu lapan kajian sehingga kini. Pelbagai pihak dialu-alukan memberi input dan pandangan mengenai perkara ini untuk menambahbaik program NPQEL.

93 comments

  1. Jika masih GC, Perlu Lepaskan Title Guru Cemerlang jk nak masuk ke Jawatan Pentadbiran. Laluan GC berbeza Dgn Pentadbiran @ Guru Biasa.

    Sistem Permohonan yg baru mulai Tahun 2015, mana-mana guru dari PPP Gred DG29 hingga DG44 boleh mohon untuk jd GPK Hakiki dan Boleh Mohon Jd GB jk ada NPQEL @ NPQH.

    Kpd lepasa NPQH, rayuan anda telah didengari dan betullah seperti apa yg Dr. Jamil maklumkan pada Tahun-tahun sebelum ini bahawa sistem sedang berubah.
    Tahniah dan Selamat memohon….

  2. Salam

    Saya telah hadir temuduga PGB kumpulan pertama, lulus ,namun dalam senarai menunggu. Walaupun kecewa kerana yang ditemuduga kemudian terpilih saya tabah menunggu.Tetapi memandangkan usia dan pengalaman saya sudahpun mencukupi sebagai pentadbir, jika disyaratkan saya kena mohon temuduga semula, maaf saya tidak berbuat demikian kerana bukan baru mohon kerja . Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s