Sistem Terbuka Profesion Keguruan di Ontario Canada

Semalam saya menghadiri program Bicara Eksekutif KPM. Pembicara tajuk Sistem Terbuka Profesion Keguruan di Ontario – Satu Model untuk Bicara ialah Dato’ Dr Khair Mohamad Yusof TKPPM Sektor Keguruan. Banyak yang boleh dipelajari walaupun hanya menyentuh aspek profesion keguruan dalam sistem pendidika di Ontario.

Ontario adalah negeri kedua terbesar di Canada dengan13 juta penduduk merupakan 40% daripada 34 juta jumlah penduduk Canada. Pendidikan di Ontario yang banyak dipengaruhi pemikiran Micheal Fullan kerana beliau menetap di Toronto ibu negeri Ontario meliputi 4026 sekolah rendah dan 897 sekolah menengah

Jumlah murid di Ontario ialah 2 juta dengan1,355,440 di sekolah rendah dan 715,296 di sekolah menengah. Jumlah guru mereka ialah 116,179 dengan 72,207 di sekolah rendah dan 43,972 di sekolah menengah. Jumkah pemimpin sekilah (pengetua dan timbalannya) ialah 7,368 dengan 5,375 di sekolah rendah dan 1,993 di sekolah menengah. Kerajaan membiayai 5,000 sekolah awam kerajaan yang diurus oleh 72 pejabat pelajaran daerah.

Profesion keguruan di Ontario diurus dalam satu sistem yang mudah dan terbuka. Melalui Akta The Ontario College of Teachers 1996 syarat untuk menhadi guru hanya tiga iaitu
  – memiliki ijazah sarjana muda
  – melengkapi program pendidikan guru.
     praperkhidmatan
  – berdaftar denan OCT

Memiliki ijazah pertama dalam apa bidang dari mana-mana unuversiti sekalipun membolehkan seseorang mengikuti program pendidikan guru dan nemihon menjadi guru. Namun pengambilan dalah mengikut keperluan (demand). OCT bukanlah institusi penyedia latihan prifesiin keguruan sebaliknya satu badan bebas yang menjadi self-regulatory body yang bertanggungjawab atas profesion keguruan.

Walaupun tidak memberi latihan, OCT mengeluarkan sijil dan lesen dengan bayaran untuk menjadi guru. Hal ini bermakna semua guru di Ontario wajib berdaftar dengan OCT dengan lesen yang perlu dibaharui dengan bayaran. Sehingga kini OCT telah mengeluarkan sebanyak 220,000 sijil dan lesen perguruan sedangkan jumlah guru dalam perkhidmatan ialah 116,790. Hal ini menunjukkan tidak semestinya memiliki sijil dan lesen perguruan menjadi guru di Ontario. Mereka dilantik menjadi guru mengikut keperluan (demand) bukan mengikut bekalan (suply) seperti di Malaysia.

Melalui sistem terbuka profesion keguruan di Ontario juga, guru-guru boleh dibuang kerja jika melakukan kesalahan (missconduct) profesion yang telah digariskan dalam kerangka yang dimaklumi pelbagai pihak dan dipersetujui guru yang ingin memasuki perkhidmatan.

Setiap bulan diadakan sesi pendengaran atau perbicaraan salah laku guru yang diadukan oleh ibu bapa atau ahli masyarakat. Perkara ini bukan menggambarkan kejadian salah laku guru yang berleluasa kerana bilangannya hanya seorang dua sahaja tetapi penguatkuasaannya yang mantap dan tahap integriti yang tinggi semua pihak.

Malaysia mengikut Dato’ Dr Khair telah lama memikir dan membincang sistem terbuka latihan dan pemilihan guru sebagai profesion hingga sekarang masih belum berjaya berbuat demikian. Saya berpendapat masyarakat perlu dididik untuk menerima konsep dan polisi latihan dan lantikan guru terlebih dahulu barulah difikirkan institusi yang bertanggungjawab dan pellaksanaan sistem terbuka profesion keguruan itu.

Advertisements

5 thoughts on “Sistem Terbuka Profesion Keguruan di Ontario Canada

  1. Saya setuju dengan sistem yang dipraktikkan di Ontario kerana kesannya ialah kita dapat melahirkan guru yang kompeten dalam melaksanakan tugasan hariannya di sekolah. Sebagai pemimpin yang membantu pengetua mengurus sekolah berprestasi tinggi, kita memang memerlukan guru-guru yang kompeten dalam mengajar, mendidik dan membimbing anak-anak didik kita untuk membangunkan potensi diri masing-masing supaya menjadi cemerlang dalam pelbagai bidang di sekolah. Saya bersyukur terpilih dalam kursus NPQEL ini kerana dalam tempoh seminggu berada di IAB, saya telah dapat menggarap ilmu yang diajar oleh para pensyarah dan melihat hala tuju kepemimpinan di sesebuah sekolah termasuk di sekolah saya.

  2. Guru di Ontario dilantik mengikut keperluan ,guru di Malaysia dilantik mengikut keperluan, ini adalah satu fahaman yang saya faham sejak dulu. Semasa saya mmemohon menjadi guru, saya memang hendak menjadi cikgu sebab cikgu saya mengatakan saya sesuai menjadi guru. Semasa saya dalam maktab dan setelah saya tamat latihan dan memegang peranan guru, barulah saya faham , kerja yang saya anggap sebagai cita-cita saya itu tidaklah semulia di mata sesetengah orang . Pernah saya dengar seorang waris memarahi anaknya dengan mengatakan ‘ kalau kamu tidak belajar dengan rajin , kamu akan hanya menjadi seorang guru sahaja . ‘ Balasan murid itu lagi menarik dengan ‘ kalau bukan cikgu yang mengajar , siapa yang akan berjaya pada masa depan , kalau bukannya cikgu , mananya ada doktor , ahli sains ‘ Sebenarnya Sistem pemilihan guru yang berkualiti boleh dirancang dengan teliti dengan permualaan syarat kelayakan seseorang itu untuk diterima ke institusi kemudian latihan mengajar di sekolah dalam satu jangka masa yang pendek seperti satu tahun dan bukannya beberapa bulan. Pemantauan yang adil dan betul perlu dijalankan supaya boleh melahirkan guru yang betul-betul bersikap guru kerana guru itulah yang akan mendidik generasi yang bakal menjadi pemimpin negara. Demi negara ,saya percaya guru yang bakal lahir akan dilantik mengikut keperluan dan bukannya bekalan. Latihan saya di NPQEL telah membuka mata saya mengenai hala tuju saya, saya berterimakasih kerana telah mendapat peluang keemasan ini.Pensyarah-pensyarah di sini semuanya berpengalaman dan sentiasa sedia membantu dan mereka sentiasa memberi penjelasan yang boleh membantu saya. Terimakasih pensyarah-pensyarah NPQEL!

  3. Sistem terbuka perguruan di Ontario itu adalah satu sistem yang perlu Negara kita jadikan panduan. Ini adalah untuk menggelakkan penempatan guru guru tidak mengikut opsyen dan keperluan. Di samping itu, ia boleh memperkasakan profession keguruan. Bagi saya profession keguruan ini satu tugas yang mulia kerana ia adalah jentera untuk membantu dalam menghasilkan sumber sumber insan yang semestinya berkualiti dan bertaraf dunia. Saya secara peribadi sangat tertarik dengan dengan sistem yang boleh membuang guru guru yang melakukan salahlaku seperti di Ontario. Dengan adanya tindakan seumpama ini, saya yakin guru kita akan berusaha melakukan tanggungjawab mereka dengan lebih baik , berusaha meningkatkan kompetensi diri dan secara tidak langsung boleh membantu menaikkan standard pendidikan di Malaysia.
    Saya sangat bersyukur kerana terpilih mengikuti kursus ini. Saya secara peribadi kagum dengan ilmu yang ada pada pensyarah pengsyarah yang dikongsi semasa kursus fasa 1 ini dan melalui portal e learning ini. Banyak yang perlu saya pelajari dan terokai lagi.

  4. Assalamualaikum.

    Sistem Pengambilan Guru di IPG (Institut Pendidikan Guru@Maktab)

    Benar seorang guru itu haruslah professional dan cekap dalam menjalankan tugasnya, apatah lagi dalam zaman ini yang penuh dengan pelbagai masalah dan isu merepek yang cuba mencari perhatian. Itu tidak dapat saya sangkalkan lagi.

    Apa yang menjadi persoalan saya ialah, apakah masa depan bakal-bakal guru yang telah 5 tahun menuntut di IPG?

    Sistem pengambilan guru di Malaysia amatlah unik. Para penuntut di IPG ini dipilih berdasarkan keputusan yang cemerlang dan temuduga yang telah dijalankan sendiri oleh tenaga pengajar di IPG. Keputusan minima untuk layak ditemuduga ialah mendapat 6A dalam SPM. Seterusnya calon akan menjalani temuduga yang akan dinilai oleh para pensyarah di IPG, bahkan kadangkala Tuan Pengarah IPG sendiri yang turun padang menjadi panel penemuduga.

    Kurikulum pendidikan guru di IPG amat lengkap dan sangat bertepatan dengan haluan para penuntutnya sebagai seorang bakal guru. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah menjurus kepada pembentukan mentaliti seorang guru yang proaktif dan fleksibel kepada cabaran semasa.

    Namun, saya amatlah kecewa apabila mendengar khabar yang mengatakan para penuntut di IPG pada masa akan datang tidak akan lagi mendapat penempatan secara automatik. Ini kerana, IPG adalah sebuah PUSAT LATIHAN. Sebuah PUSAT LATIHAN di mana seorang lepasan SPM yang mendapat keputusan minima 6A, dan dirasakan sesuai perilakunya oleh pensyarah(bekas guru), dilatih siang dan malam untuk menjadi seorang guru.

    Untuk pengetahuan tuan puan, PULAPOL ialah sebuah pusat latihan untuk menjadi Polis. Calon yang telah terpilih semasa temuduga akan menjalani latihan selama beberapa bulan sebelum menamatkan latihan mereka. Calon yang dirasakan tidak sesuai dan tidak layak menjadi polis tidak akan ditauliahkan, malah digugurkan dari sesi latihan. Manakala calon yang selebihnya secara automatik akan bergelar seorang POLIS.

    Begitu juga halnya dengan IPG. IPG ialah sebuah PUSAT LATIHAN MENJADI GURU. Maka selayaknya semua penuntut di IPG ini berkelayakan untuk mendapat penempatan di sekolah secara automatik. Ini kerana para penuntut di IPG ini telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan tidak disingkirkan dari pusat latihan. Maka secara logiknya, semua yang berjaya menamatkan pengajian adalah GURU yang layak ditempatkan di sekolah, secara AUTOMATIK.

    DI sini saya mengharapkan tuan puan akan memberikan buah pendapat berkenaan isu ini.

    Sekian, Terima Kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s