Alex (TFM Fellow) the Teaching Lawyer

Hari ini saya berpeluang melawat SMK Tengku Ismail Sungai Petani Kedah khusus untuk memantau dua orang fellow program Teach For Malaysia (TFM) ambilan tahun kedua. Banyak perkara saya peroleh dari lawatan ini tapi untuk tulisan ini saya akan fokus sekitar seorang fellow TFM di sekolah tersebut iaitu Alex.Lim Xiing Chun.

Alex seorang anak muda berumur 23 tahun berperawakan tampan dan gaya seperti ahli sukan bola keranjang dengan tinggi 175 cm. Beliau kelahiran Pulau Pinang masih bujang bersekolah di Penang Free School berkelulusan Ijazah Undang-undang dari University of London. Jelas di wajahnya yang dia mempunyai ciri-ciri umum seorang peguam.

Saya tiba di SMK Tengku Ismail jam 9.00 pagi bersama Pn Gu, Pensyarah Pembimbing dari IAB Utara dan Vincent Zabala, Leadership Development Officer dari Yayasan TFM. Kami terus menemui Pengetua Pn Nooriah. Dari perbualan kami dengan Pn Nooriah kehadiran Alex dan Charis seorang lagi fellow TFM banyak msmberi keuntungan kepada sekolah. Walaupun baru dua bulan mereka telah menunjukkan impak kepada sekolah terutama murid-murid yang diajar mereka berdua. Saya berkesempatan mencerap pengajaran Alex sebab itu fokus tulisan saya tentang Alex sahaja.

Pandangan Pn Nooriah dipersetujui Mr Anand guru Bahasa Inggeris yang menjadi School Based Mentor (SBM)kepada Alex. Alex mengajar Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani Tingkatan Empat.

Semasa saya mencerap Alex mengajar Tingkatan Empat A6 kelas aliran Sastera paling hujung. Dia mengajar tajuk Words Bank. Kelas yang bercampur lelaki perempuan, Melayu, Cina dan India dengan komposisi yang seimbang mewakili populasi rakyat Malaysia ini benar-benar mewakili kumpulan murid yang memerlukan perhatian tinggi. Hal ini sangat sesuai dengan matlamat prigram TFM iaitu murid lemah yang keperluannya tinggi diajar oleh guru berlatar belakang pencapaian akademik tinggi.

Alex mengguna pendekatan dan bahan bantu mengajar yang mudah. Alex mengguna sehelai kertas lembaran kerja yang diedarkan kepada semua muridnya. Dia juga mengedarkan beberapa kamus untuk dikongsi oleh dua orang yang duduk semeja. Lembaran kerjanya mengandungi petikan tulisan tiga perenggan berserta gambar.

Dalam pengajarannya Alex mengguna lebih 90% bahasa Inggeris. Walaupun jelas muridnya tidak menguasai bahasa Inggeris Alex pandai memainkan peranan untuk membolehkan muridnya memahami petikan, arahan dan penjelasannya. Dia mengguna pelbagai cara dalam pengajarannya seperti mengulang-ulang ayat, frasa dan perkataan yang disebutnya dengan jelas.

Kawalan kelas Alex sangat baik. Dia tidak perlu menjerit untuk meminta perhatian murid kepada pengajaran dan pembelajaran. Latihan formalnya sebagai peguam dari University of London sangat membantunya dalam hal ini. Seperti seorang peguam di dalam mahkamah dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain di dalam kelasnya menarik perhatian semua orang di dalam kelas itu.

Aksi, pertuturan, bahasa badan, mimik muka dan alat bantu mengajarnya diadun menjadi satu persembahan yang dipanggil pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Sebagai contoh dia mengguna mengguna model glove tangan peninju yang diikat pada sebatang kayu untuk memberi amaran secara acah-acah kepada murid yang tidak serius. Tindakannya membuat muridnya seronok dan faham walaupun Alec mengguna bahasa Inggeris sepenuhnya semasa berbuat demikian. Alex membawa sekotak besar alat bantu mengajar ke dalam kelas.

Antara kata-kata Alex untuk menarik perhatian muridnya yang terganggu bunyi suara orang menjerit di luar kelas ialah “Listen to me, my voice is much better than that” secara perlahan dan berulang-ulang serta aksi istimewa. Pada mulanya memang murid-muridnya tidak faham tetapi dengan pengulangan dan aksi serta bahasa badan akhirnya mereka faham dan belajar.

Dalam perbincangan kami selepas kelas 40 minitnya saya pujinta agak melambung. Pada mulanya dia agak tidak berpuas hati dengan pujian saya seperti saya tidak jujur. Katanya dia memang tidak berpuas hati dengan pengajarannya kerana dia tidak mendapat perhatian penuh dan respins yang memuaskan dari muridnya. Apabila saya tegaskan dan jelaskan realiti sebenar dia berterima kasih.

Sebagai seorang yang cemerlang dalam pembelajarannya dan dedikasi tinggi dalam apa sahaja yang dilakukan, kita dapat memahami rasa kecewa Alex apabila berhadapan dengan situasi sedemikian. Dia menjelaskan sebahaguan besar masanya dihabiskan untuk murid-muridnya sehingga tiada masa langsung untuk memikirkan hal girl friend. . Dia bangun pukul lima pagi untuk membuat persiapan mengajar tetapi hasilnya tidak berapa nampak.

Sebagai orang yang telah banyak pengalaman saya jelaskan kepadanya bahawa itulah cabaran yang perlu dihadapi. Dia baru dua bulan mengajar. Walaupun saya hanya berpeluang mencerapnya dalam masa 30 minit saya yakin dia boleh membuat perubahan kepada muridnya jika dia bersabar. Saya katakan perubahan dalam pendidikan tidak berlaku dalam masa singkat.

Akhirnya dia akur dengan saya dan jelas dia mendapat suntikan motivasi dari saya. Dia yang telah lulus peperiksaan Certificate of Legal Practice (CLP) mrmpunyai masa tiga tahun lagi untuk membuat chambering bagi melayakkannya menjadi pengamal undang-undang. Dia membayangkan untuk menyambung contract of servIce sebsgai fellow TFM setrlah tamat dua tahun pada Januari 2015. Ada juga kemungkinan dia akan terud memohon menjadi guru tetap. Jika perkara ini berlaku Alec akan menjadi seorang ‘teaching lawyer’ seperti Sudirman Hj Arshad ‘the singing lawyer’.

Advertisements

5 thoughts on “Alex (TFM Fellow) the Teaching Lawyer

  1. Kita perlu menggalakkan lebih ramai pemuda yang “talented”, dedikasi dan bermotivasi tinggi memasuki profesion perguruan

  2. Alex telah menunjukkan sikap profesional dalam melaksanakan tugasnya, itulah yang patut ada pada semua guru di Malaysia bukan pada peguam atau doktor sahaja. Profesional menjadikan seseorang itu merasakan tanggungjawabnya diutamakan walaupun tidak dipantau atau diselia setiap masa. Jadi fikir-fikirkanlah

  3. Menjadi guru memerlu minat yang amat tinggi. Seorang peguam lulusan Universiti London tidak pilih untuk menjadi guru jika tidak ada minat dan melihat kepada gaji dan peluang naik pangkat. Alex adalah bukti bahawa lulusan Sarjana Muda Pendidikan bukan jaminan perkhidmatan guru yang jujur dan ikhlas.
    Malaysia perlu merombak sistem perkhidmatan perguruan secara total. Cuba Dr bandingkan sistem perkhidmatan perguruan di Amerika Syarikat. Yang paling ketara semua guru sekolah kerajaan (state funded) perlu memperbaharui lesen guru mereka setiap 5 tahun melalui kursus-kursus musim panas di fakulti pendidikan di semua universiti negeri (state colleges). Peperiksaan awam (state tests) kini menjadi kayu ukur kepada prestasi sekolah. Jangan terkejut bila ada guru yang telah didakwa di mahkamah dan akan meringkuk dalam penajara kerana mengubah jawapan ujian pelajar kerana mementingkan imej sekolah mereka. Dan peluang gaji lebih.
    Disamping itu penilaian individu oleh guru seperti yang diperkenalkan oleh KPM masih terus dilaksanakan terutama sekolah rendah. Dan yang lebih penting sekali imej sekolah yang berjaya menghasilkan graduan keluaran Ivy League dan universiti terkemuka di sana akan sentiasa menjadi tumpuan Admission Counselor sekolah berkenaan. Ini yang tidak ada dikalangan pengetua sekolah di Malaysia. Pengetua terlalu terkongkong kepada arahan dan polisi berkaitan prestasi peperiksaan yang sentiasa berubah mengikut menteri.
    Mentaliti guru kaunseling pula lebih fokus soal disiplin berbanding karier dan peluang mendidikan tinggi pelajar mereka. Apa lagi dengan graduan sarjana muda pendidikan kaunseling yang ditugaskan di sekolah teknik dan aliran sains.tanpa pernah mengambil matapelajaran ini.
    Saya berharap Dr dapat memikirkan agar guru kaunseling HANYA diamanahakan kepada guru perpengalaman terutama bidang sains dan teknikal. Beri mereka kursus 6 hingga 9 bulan untuk mendapat sijil kaunseling. Mereka inilah sebenarnya yang dapat memahami situasi sebenar selain membimbing masa depan anak-anak kita.
    Alex contoh terbaik untuk mengikuti kursus seperti ini. Beliau dapat memberi galakan kepada pelajar untuk memasuki bukan hanya bidang undang-undang, tetapi juga bahasa dan sastera Inggeris.
    Satu lagi yang perlu dr fikirkan ialah memberi peluang kepada mereka yang berminat menjadi guru walau sudah berusia 40 tahun. Amalan ini sangat popular di Amerika Syarikat selagi mereka lulus sijil perguruan atau setara dengannya. Guru yang memasuki pada usia ini tentunya mempunyai minat yang tinggi untuk menjadi guru yang berupaya membimbing anak didik mereka. disamping itu guru yang tidak berminat membangunkan anak bangsa dengan ilmu dan akhlak mulia perlu diberi pilihan untuk keluar dari karier perguruan. Rakyat tidak harus menghabis ratusan juta wang cukai mereka bagi menyara guru yang diumpamakan baiwak hidup. Sedihnya perkara kerap kali dipendam dan sapu dibawah tikar.
    Kalau ATM diberi kuasa kepada semua panglima dan laksmana dalam semua cabang perkhidmatan untuk menentukan samada perkhidmatan mereka wajar disambung, kenapa tidak ini diamalkan juga kepada guru? Kita semua sedar tahap lepasan sekolah menengah kita semakin merosot dan sesuatu perlu dilakukan. Melantik rakyat seperti Alex dalam perkhidmatan perguruan adalah satu langkah wajib.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s