Kebebasan Pendidikan Di Netherlands

Baru-baru ini saya dijemput Lembaga Peperiksaan mengikuti seminar sehari Pendidikan di Netherlands oleh Dr Hank Moeland dari Cito International. Says menerima jemputan itu kerana di samping untuk tujuan penambahan ilmu says mengenali Dr  Moeland. Beliau telah tiga kali datang ke Malaysia atas jemputan LPM. Kehadiran Henk dimanfaatkan LPM untuk berkongsi maklumat tentang pendidikan di Netherlands terutama Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Untuk tujuan penulisan ini saya tertarik untuk memperkatakan tentang Kebebasan Pendidikan (the Freedom of Education) di Netherlands.

Freedom of Education (FoE) di Netherlands menjadi sebahagian daripada Dutch System of Education untuk 16 juta penduduk. Konsep FoE ini terbentuk daripada cara hidup orang Belanda pada masa ini yang telah menukar paradigma belajar dan bekerja di mana-mana sahaja kerana suasana telah berubah. Dengan kehadiran teknologi terutama ICT, mereka mengguna komputer sepenuhnya termasuk di rumah, sekolah dan tempat kerja. Di pejabat mereka mengamalkan clean desk policy, paperless dan compuer aided life.

Pendidikan di Netherlands percuma hinga kanak-kanak berusia 16 atau 17 tahun. Pendidikn rendah bermula dri kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun. Maksud FoE ialah kanak-kanak boleh memilh untuk bersekolah di mana-mana sahaja sekolah yang ada di negara mereka. Semua sekolah dibkahai keraaan. Ibu bapa atau komuniti boleh membina sekolah menvikut kehendak mereka tetapi kerajaan menyediakan kewangannya. Sekolah swasta, sekolah agama dan sekoah rakyat kesemuanya dibiayai kerajaan. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran hanya menetapkan General Attanment Target tetap bagaimana hendak mencapai targeg itu terpulang kepada pihak sekolah.

Enam bidang utama yang menjadi kebebasan rakyat berkaitan pendidikan di Netherlands adalah

1. Kebebasan untuk mengatur pendidikan yang hendak disediakan
2. Kebebasan untuk memilih objektif pendidikan mereka sendiri
3. Kebebasan untuk emolih dan mengguna buku teks dan bahan pengajaran dan pembelajaran
4. Kebebasan u tuk memilih apa yang hendak diajar dan bagaimana.
5. Kebebasan unuk menyusun jadual instruksion menikutmasa yang ada.
6. Kebebasan untuk memilih kaedah penilaian

Pihak sekolah juga bebas untuk memilih guru asalkan memiliki dioma pendidikan. Walau bagaimanapun beban tugas murid belajar tidak sahaja jntu menghadiri pelajaran di sekolah malahan persediaan belajar di rumah. Secara purata mereka belajar 40 jam seminggu dan 40 mknggu setahun.

Tanggung jawab Kementerian Pelajaran negara Belanda itu adalah seperti berikut:

1. Mencipta dan menyediakan frasarana pendidikan termauk menyediakan fund, bangunan,guru yang berkelayakan dll
2. Menggariskan statutory standard yang berkaitan dengan pendidikan berkualiti termasjk support, attainment target, number of teaching period, kelayakan guru dan peranan ibu bapa.
3. Menjamin kualiti kepuasan pendidikan melalui zisgem penaziran.

Kedudukan Netherlands dalam PISA 2009 jatuh dari tangga ke-10 ke tangga ke-11. Mereka mendakwa mejaguhan itu disebabkan kemasukan Shanghai buat kali pertama dan terus menduduki tempat teratas. Kejatuhan itu menyebabkan keadaan politik bergoyang.

Advertisements

One thought on “Kebebasan Pendidikan Di Netherlands

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s