Building Education Bridges: Malaysian- Singapore School Leaders Dialogue 2013

Saya sekarang dari 4 hingga 8 Mac 2013 mengetuai delegasi 15 orang pengetua dan guru besar dari Malaysia dalam program Building Education Bridges (BEB): Malaysian:Singapore School Leaders Dialogue 2013. Program ini terhasil daripada cetusan idea pemimpin tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Singapura dalam Joint Working Group (JWG). Kedua negara setuju menghantar bilangan yang sama pengetua dan guru besar kedua-dua negara menyertai program ini setiap tahun mulai 2012. Institut Aminudin Baki (IAB) dan Nanyang Institute of Education (NIE) menjadi institusi pembimbing dan penganjur setiap kali program diadakan secara bergilir di Malaysia atau di Singapura. Pada tahun 2012 program yang sama melibatkan pengetua dan guru besar yang hampir sama mengikuti program pertama di IAB.

Saya dan dua orang Pensyarah Kanan IAB sebagai pengurus dan pembimbing pengetua/guru besar Malaysia manakala Dr Benjamin wong dari NIE dan dua orang penssyarah NIE menjadi fasilitator pengetua/guru besar Singapura. Pengisian program selama empat hari ini adalah ‘professional talk’ oleh tiga orang pensyarah NIE dan Timbalan Kdtua Pengarah Pelajaran Singapura, perkongsian pengalaman pengetua dan guru- tiga sekolah yang dilawati, dialog dengan warga tiga sekolah yang dilawati dan 17 pengetua Singapura yang menjadi peserta program sepabjBg empat hari. Pengalaman paling berharga kami peroleh hari ini adalah melawat dan melihat sendiri aktiviti pengajaran-pembelajaran abad 21 di North Vista Primary School (NVPS)

Sesampainya kami di NVPS bersama Dr Benjamin Wong dan 15 pengetua Singapura disambut guru besar Mr Phua dan guru-gurunya terus dibaw ke bilik taklimat. Guru besar memberi pengenalan tentang skolah. Selepas itu kami dibawa melawat bilik darjah, makmal komputer, bilik Matematik, Sains, Bahasa Inggeris,rts, Pendidikan Jasmani, Moral, kantin dan perpustakaan. Ternyata sekolah ini telah mengamalkan apa yang sering diperkatakan tentang School of the future atau 21st century school. Hal ini bukan sahaja tinggal pada visi sekolah iaitu Community of Learners @ the Schoof of the Future.malahan benar-benar berlaku di dalam dan di luar bilik dafjah. Perinsip learning beyond classroom benar-bdnar diamal apabila di mana sahaja di dalam kompaun sekolah murid belajar. ICT diguna sepenuhnya di mana sdtiap kelas, makmal, bilik mesyuarat, perpustakaan dilengkapi smart board, lcd projrctor dan komputer. Semua pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT. Mereka mengajar Pendidikan Jasmani mengguna ICT di mana murid melakukan aktiviti jasmani di hadapan monitor besar dengan berbagai peranti dihubung secara tanpa wayar pada badan murid.

Perpustakaan mereka dibina sdtelahmengambil kira kehendak dan kesumaan murid. Dinding perpustakaan dilukis sehingga seolah-olah murid sedang membaca buku kegemaran mereka di tepi pantai atau di bawah pokok besar yang indah pemandangannya. Mereka tidak menyimpan kerja murid sebagai evidens di dalam fail atau folio, sebaliknya ditampal di dinding di dalam dan di luar bilik darjah, di koridor, kantin dan di mana-mana sahaja sehingga masuk sahaja ke sekolah kita dapat menilai pencapaian murid dalam pembelajarannya. Hal ini sesuai dengan misi sekolah iaitu Creating the Opportunities, Harnessing the Future. Mereka memperrcayai bahawa Every Pupil is Important, Every Staff is an Asset, Every Parent is a Partner. Mereka menjadikan Noblest in Aspirations Worth of the Self and Others sebaga sebahagian nilai setiap warga sekolah. Mereka menjadikan kekurangan, masalah dan cabaran sebagai peluang untuk mencipta sesuatu bagi menyelesaikan masalah itu. Sebagai contoh, mereka menghadapi masalah ruang sekolah yang sempit untuk padang atau gelanggang untuk beriadhah, mereka membna makmal PJK dan jimnasium yang dilengkapi ICT. Lapan puluh peratus muridnya yang seramai 1400 orang memiliki netbook. Oleh sebab itu murid-murid sekolah ini belajar daripada empat jenis guru iaitu guru, ibubapa, rakan sebaya dan persekitaran.

Dalam post seterusnya saya akan menulis tentang peranan NIE sebagai satu-satunya institusi latihan perguruan seperti IPG dan latihan kepimpinan pendidikan seperti IAB.

Advertisements

2 thoughts on “Building Education Bridges: Malaysian- Singapore School Leaders Dialogue 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s