Program Kepimpinan di National Institute of Education (NIE) Singapura

Dengan falsafah “To develop leaders in school with the mindset and capacity to lead and manage change in a complex and evolving environment” program kepimpinan di National Institte of Education (NIE) Singapura bergerak pantas mengharung kepayahan kerana kekurangan ruang dan resos untuk berjaya.

Banyak yang kita boleh pelajari daripada NIE yang telah mencipta kejayaan Singapura dalam pendidikan sehingga berjaya menempatkan sistem penxidikan negara pada kedudukan ketiga (544 markah) selepas Shanghai (578 markah) dan Hongkong (547) markah) dalam PISA 2010.

NIE mengendalikan empat kumpulan program kepimpinan untuk pemimpin sekolah iaitu Leaders fr Leaders Programme (LLP) khas untuk Cluster Suorintendent, Leaders in Education Program (LEP) khas untuk pengetua, Management & Leadeship in School Programme (MLS) khas untuk Ketua Jabatan di sekolah dan Senior Teacher (STP) dan Advanced Senior Programme (ASTP) khas untuk Senior Teacher.

Namun dalam tulisan ini saya memberi fokus hanya kepada program kepimpinan khusus Leadership Education Program (LEP). Program ini sama seperti National Professional Qualification fir Education Leaders (NPQEL) di Malysia yang dikendalikan oleh Institut Aminudin Baki, IAB. Program ini menjadi milestone kepada pesiapan untuk menyediakan bakal pemimpin sekolah.

Matlamat program ini jelas untuk membangun kapabiliti kepimpinan melalui empat attribute iaitu values-based, purposeful, innovative dan forward-looking serta tiga kemahiran iaitu people leadership, strategic management dan work effectively in in a compex environment.

Program bersifat esekutif LEP berlangsung sepenuh masa selama enam bulan di NIE yang menjadi sebahagian daripada Nanyang Technological University (NTU). (Y.B Dato Wee Ka Siong adalah alumni NTU apabila mendaoat M.Eng darioada NTU). Mod latihan di LEP termasuk kursus, ceramah oleh pegawai tinggi kementerian, lawatan industri, lawatan keluar negara, diskusi kumpulan untuk penjanaan pengetahuan, pementoran di sekolah dan Creative Action Project (CAP). Paling menarik perhatian saya ialah program CAP.

Dalam program CAP peserta kursus diminta membayangkan apa akan terjadi jepada sekolah di mana peserta menjalani sandaran dalam masa sepuluh hingga lima belas tahun akan datang. Mereka perlu menggambarkan (describe) secara terperinci keperluan besar sekolah seperti kurikulum, pedagogi, struktur sekolah dan lan-lain terutama perkara-perkara yang sangat berlainan daripada amalan semasa. Kemudian dia diminta bekerja dengan pihak sekolah untuk melaksana dan merealtikan apa yang digambarkan dan dikonsepsikan sebagai the future school, today.

Walaupun sukar dan mencabar, mereka dapat lakukan kerana projek ini disokong dari segi polisi di peringkat kementerian, komuniti dari pihak swasta. Kerjasama erat terjalin antara pihak sekolah dan pesera kursus. Fokus mereka dalah dalam bidang kurikulum, pengajaran dan pembelajaran. Infrastruktur fizikal dan kemudahan teknologi serta ICT dijadikan wahana dan jambaan untuk mencapai matlamat.

Di hujung kursus mereka perlu membuat refleksi tenang cabaran yang mereka hadapi dalam CAP dan pelajaran yang mereka peroleh dari pengalaman tersebut untuk memimpin perubehan di sekolah yang bakal dipimpin melalui pengaruh.

Advertisements

3 thoughts on “Program Kepimpinan di National Institute of Education (NIE) Singapura

  1. dear dr., interesting topic but will be much better with correct spelling for the misspelled words as they will carry different meanings…

  2. Salam. Dr. Ada pandangan mengatakan dalam negara kita ni pun banyak program yang amat baik. Cuma kadang-kadang tu oleh kerana pelaksanaannya yang tidak bersungguh-sungguh, program yang baik pun akan gagal. Maknanya, sikap dan kesungguhan melaksanakan sesuatu itulah faktor utama yang akan menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu program.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s