Indeks Gaya Pembelajaran Felder dan Silverman

Dalam tahun 1980an Richard Felder dan Linda Silverman telah memperkenalkan Indeks stail atau gaya pembelalajaraan seseorang sama ada sensori atau intuitif, visual atau verbal, aktif atau reflektif, dan sama ada sekuential atau global.
Empat dimensi gaya pembelajaran ini telah diperbharui oleh Felder dalam tahun 2002 yang menganggap setiap pasangan gaya pembelajaran itu sebagai empat kontinum yang mana gaya pembelajaran seseorang boleh jadi cenderung ke satu hujung kontinum atau di antara dua hujung berkenaan.  Sebagai contoh, gaya pembelajaran seseorang itu tidak semestinya visual sahaja tetapi boleh jadi di antara visual dan verbal. Namun, boleh jadi juga gaya pembelajarannya lebih cenderung atau lebih dominon kepada visual daripada verbal.

Gaya pembelajaran sensori lebih mementingkan cara belajar yang konkrit, praktikal dan berdasarkan informasi prosedural. Meraka melihat sesuatu berdasarkan fakta dan data yang ada yang boleh menerangkan makna sesuatu perkara, Daripada maklumat berbentuk fakta dan data dia boleh menjelaskan mengapa dan bagaimana sesuatu berlaku.

Di satu hujung lain gaya pembelajaran sensori ialah gaya pembelajaran intuitif yang lebih gemar belajar melalui pemahaman konseptual yang menyeluruh, inovasi, dan pemahaman teori. Untuk memahami sesuatu perkara dia suka melihat konsep asas dan teori yang mendasari perlakuan, kejadian dan kerja buat yang hendak dilaksanakan  Pelajar dengan gaya ini selalunya lebih cermat dan beehati-hatisebelum mengambil tindakan berbanding pelajar gaya sensori.

Gaya pembelajaran visual lebih gemar dengan lakaran, graf, gambar dan rajah. Meraka lebih gemar melihat sesuatu perkara dengan perwakilan visual untuk memahami maklumat yang diterima. Sebaliknya, gaya pembelajaran verbal memilih untuk mendengar atau membaca informasi. Mereka melihat sesuatu penjelasan dengan perkataan, frasa atau ayat secara deskriptif.

Gaya pembelajaran aktif yang lawannya reflektif memilih untuk memanipulasi objek, membuat eksperimen dengan bahan maujud dan belajar dengan cara mencuba. Mereka seronok bekerja dalam kumpulan untuk memahami dan menyelesaikan masalah. Gaya pembelajaran reflektif di satu pihak pula lebih suka memikirkan sesuatu, menilai pilihan dan belajar melalui analisis. Meraka seronok memahami dan menyelesaikan masalah bersendirian.

Dimensi gaya pembelajaran keempat iaitu sekuential dan global pula berkaitan dengan bagaimana seseorang memempelajari sesuatu sama ada melalui urutan satu persatu atau secara keseluruhan tanpa perlu adanya urutan. Gaya pembelajaran sekuential lebih gemar menerima informasi dalam bentuk linear dan dalam susunan yang teratur satu demi satu. Mereka meletakkan detail sesuatu penjelasan secara teratur mengikut urutan untuk memudahkannya memahami sesuatu perkara atau gambaran yang besar. Sebaliknya, gaya pembelajaran global lebih gemar kepada pendekatan yang holistik dan sistematik. Mereka melihat gambaran besar sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum mengisi ruang-ruang kosong atau elimen-elimen penting yang menjadi juzuk-juzuk utama perkara tersebut.

Pakar tidak mengatakan gaya pembelajaran sensori lebih baik daripada intuitif atau sebaliknya, visual lebih baik daripada verbal atau sebaliknya, aktif lebih baik daripada reflektif atau sebaliknya dan sekuential lebih baik daripada global atau sebaliknya. Apa yang penting , untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang optimum, seseorang harus tahu menyeimbangkan cara belajar dalam keempat-empat dimensi gaya psmbelajaran tersebut agar tidak terlalu condong ke mana-mana satu di antara hujung kontinum yang bertentangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s