Sumbangan Ibu Bapa kepada Keberkesanan Sekolah

Semalam dan hari ini saya banyak terlibat dalam perbincangan tentang bagaimana ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dapat menyumbang kepada keberkesanan sekolah. Elok rasanya saya kongsikan kepada pembaca dan pengikut blog saya perkara tersebut untuk diperbincangkan melalui media ini.
Anjakan ke sembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan bahawa penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pendidikan perlu diperluaskan untuk menjayakan pembangunan pendidikan di Malaysia. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peranan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pendidikan adalah amat besar. Hal ini kerana pendidikan atau lebih khusus lagi pembelajaran tidak berlaku dalam lingkungan sekolah sahaja apatah lagi di dalam sekolah dan bilik darjah.

Pendidikan dan pembelajaran dalam abad ke-21 ini berlaku di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan apa cara sekalipun melalui apa-apa sahaja perantaraan atau media dan alat bantu yang berbagai-bagai. Justeru, sistem sekolah yang selalunya dikaitkan dengan kepimpinan dan pengurusan sekolah, kurikulum, pedagogi, jadual waktu dan pentaksiran yang formal dan one-off sifatnya telah berubah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupan maknanya.

Sistem pembelajaran dalam pendidikan abad ke-21 menuntut penglibatan pelbagai pihak di luar lingkungan sekolah tanpa mengenepikan atau mengurangkan peranan sekolah dan guru. Penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta menjadi pelengkap, penguat dan pencepat (accelerator) kepada kemajuan pendidikan sesebuah negara.

Kajian menunjukkan ibu bapa yang mengambil berat tentang pembelajaran anak di sekolah dan di rumah adalah ibu bapa kepada anak-anak yang berjaya dalam pendidikan berbanding ibu bapa yang mengambil berat dengan pembelajaran anak di rumah sahaja apatah lagi yang tidak mengambil berat langsung pembelajaran anak di rumah atau di sekolah. Kajian ini mendapati ibu bapa yang sering kali datang ke sekolah untuk tujuan yang berkaitan dengan kemajuan pelajaran anak adalah ibu bapa yang anaknya berjaya.

Hal ini demikian kerana kejayaan anak-anak dalam pembelajaran memadai dengan motivasi. Jika hanya dengan motivasi, terutama intrinsiks, pun anak-anak boleh berjaya apatah lagi jika ditambah dengan sokongan moral, spiritual, fizikal dan kewangan orang lain terutama ibu bapa.

Terdapat banyak perbezaan antara pembelajaran di sekolah dan di rumah. Antaranya, di sekolah pembelajaran terkongkong oleh jadual waktu, subjek dipelajari, masa, perkara yang hendak dioelajari dan media pembelajaran. Di rumah pembelajaran boleh berlaku hampir tiada batasan atau kongkongan seperti dinyatakan. Namun hal tersebut bergantung kepada apa dan bagaimana sumbangan ibu bapa yang boleh menjamin atau menyokong perkara tersebut berlaku.

Tidak dinafikan bahawa selama ini telah banyak sumbangan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta terhadap keberkesanan sekolah. Melalaui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) banyak sumbangan telah diberikan. Namun, banyak lagi yang boleh diteroka ranpa banyak mengubah peruntukan dalam perlembagaan PIBG dan Akta Pendidikan 1996. Sedikit sahaja penyesuaian struktur PIBG perlu dibuat iaitu penubuhan Biro ICT untuk pengutipan data tentang penglibatan ibu bapa kepada keberkesanan sekolah dan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) atau Parent Support Group dalam PIBG.

Di kebanyakan negara maju KSIB menjadi wadah yang sangat berkesan membantu sekolah berubah kepada sekolah di masa hadapan (the school of future) yang telah wujud pada hari ini. Antara ciri-ciri sekolah sedemikian ialah tumpuan atau pusat perhatian semua aktiviti adalah pembelajaran murid manakala tumpuan kepimpinan sekolah adalah kepimpinan instruksional. Sekolah ini memanfaatkan sepenuhnya ICT dalam pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sekolah di masa hadapan atau sekolah abad ke 21 juga memberi penekanan kepada kemenjadian atau outcome murid.

Oleh sebab itulah PPPM 2013-2025 direka bentuk sedemikian rupa untuk memastikan aspirasi murid dan aspirasi sistem tercapai melalui sebelas anjakan yang mana satu daripadanya iaitu yang sembilan adalah msngenai penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran anak-anak. Dalam tulisan ini saya hanya menyentuh tentang penglibatan ibu bapa. Penglibatan komuniti dan sektor swasra yang tidak kurang penting dan banyaknya akan disentuh dalam tulisan yang lain.

Advertisements

3 thoughts on “Sumbangan Ibu Bapa kepada Keberkesanan Sekolah

  1. Mampukah pengetua mengubah persepsi PIBG sebagai agen kutip tabung sekolah?
    Mampukah pengetua sendiri menerima ibubapa sebagai support group termasuk jurulatih sukan dan tutor kelas yang lembap?
    Mampukah PIBG pula menghulur tangan untuk bergotong royong membersih sekolah dan membenarkan anak mereka mencuci tandas sekolah?
    Bersediakah pengetua berganding bahu dengan alumni dalam usaha membangunkan masa depan pelajar?
    Pengetua dan guru datang ke sekolah dengan bayaran gaji dan peluang tambah gaji. PIBG datang dengan harapan anak mereka mendapat yang terbaik. Lebih utama lagi alumni kembali ke sekolah kerana mereka sayangkan sekolah mereka dan mahukan adik adik yang sedang berada di sekolah mereka dulu mendapat lebih baik dari mereka dan menjadikan tradisi sekolah satu kebanggaan semua.
    Kita tidak mahu ada pengetua seperti sebuah sekolah Tinggi di Kuala Lumpur yang menghentikan aktiviti bagpipe band dan kriket kerana dia bukan dari generasi itu. Sedangkan sekolah itu maju kerana tradisi ini. Apa juga alasan konon isu kewangan tidak akan dapat diterima oleh alumni.
    Lebih malang bila pengetua perempuan yang tak kernah duduk di asrama menjadi pengetua asrama penuh.
    KPM perlu segera meneliti kewibawaan untuk menjadi pengetua bukan setakat banyak kursus dan pandai menekan guru-guru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s