Pendidikan Karektor di Asrama 1Malaysia

Semalam 19 Julai 2013 adalah hari lahir saya yang ke 57. Saya disambut dan dirayakan oleh warga Asrama 1Malaysia Maktab Sabah atau nama asalnya Sabah College. Saya ke sekolah ini kerana Majlis Berbuka Puasa yang dirancang oleh kementerian untuk dihadiri pemimpin pendidikan pusat ke sekolah-sekolah seluruh negara sebagai salah satu pengisian program Sekolah Penyayang dalam bulan puasa ini.

Banyak manfaat yang diperoleh pelbagai pihak terlibat daripada program ini. Sampai di Lapangan Terbang KK saya disambut pegawai JPN Sabah, En Abdul Rahim Ketua Sektor Kemanusiaan bersama En Wan Junaidi, siap dengan baju kebangsaan lengkap kerana kebetulan hari ini Jumaat. Saya dibawa ke hotel tempat menginap terlebih dahulu untuk solat asar dan zuhur jamak qasar dan tukar pakaian juga baju kebangsaan yang telah siap digosok isteri tersayang. Komot sikit kerana dilipat dalam beg pakaian tak berapa nampak. Masih tetap nampak segak.

Di sekolah dah ramai yang menunggu, pengetua Pn Hajah Nuinda Alias, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah En Raisin Saidin, PPD KK, NYDP PIBG, semua Penolong Kanan, guru-guru, warden dan 136 orang murid asrama 1Malaysia Maktab Sabah. Mereka mendirikan khemah seperti kenduri kahwin di luar bangunan asrama. Di dalam dan di luar sekitar khemah dihias lampu neon dan lampu panjut seperti suasana kampung di bulan Ramadhan. Semua yang hadir termasuk murid mengenakan pakaian kebangsaan. Yang lelaki memakai baju Melayu bersamping dan bersongkok kemas manakala yang perempuan berbaju kurung sangat anggun.

Saya sampai pukul lima petang yang bermakna ada masa satu jam setengah sebelum berbuka puasa pukul 6.35 petang. Masa ini digunakan dengan baik sekali untuk ucapan, tayangan video dan penyampaian sumbangan duit raya murid miskin serta cendera mata. Yang paling mengharukan saya ialah apabila Puan Nuinda selaku pengetua dalam tempoh yang sangat singkat sempat menyediakan sekumpulan murid asrama mengetuai nyanyian Selamat Ulang Tahun Kelahiran saya secara beramai-ramai, siap dengan kek hari jadi yang cantik khusus untuk saya seorang. Begitu cekap dan pantas pengetua bertindak sedangkan saya hanya memberitahunya selepas terlepas cakap tentang hari lahir saya selepas saya duduk di meja makan di bawah khemah. Memang layak dia dianugerah Pengetua Cemerlang DG54.

Dalam ucapan aluannya Pn Hajah Nuinda yang baru balik dari umrah melaporkan tentang latar belakang, kelebihan, kejayaan dan keistimewaan sekolah. Sekolah ini ditubuhkan 1957 sebagai Sabah College. Sekolah ini telah melahirkan banyak pemimpin besar peringkat negeri dan kebangsaan. Pemimpin-pemimpin seperti Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri, YAB Ketua Menteri, YAB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat dan YB Dato Mary Yap Timbalan Menteri Pendidikan sekarang adalah murid tua sekolah ini. Malahan Pn Nuinda sendiri bekas murid sekolah ini.

Majlis berbuka puasa yang dimulakan dengan doa, ucapan dan sumbangan itu turut dilengkapi dengan solat maghrib berjemaah bagi yang beragama Islam, makan malam, solat isyak, solat tarawih dan moreh. Kesemua itu msnggambarkan suasana kampung yang sarat pendidika karektor. Murid buka beeagama Ialam juga dapat mengenali amalan dan budaya orang Islam rakan mereka menimba ilmu di asrama dan sekolah.

Daripada wajah-wajah murid penghuni asrama yang telah diiktiraf sebagai Asrama 1Malaysia di sekolah ini terpancar wajah pemimpin di masa hadapan. Mereka sangat berdisiplin tinggi, hormat orang tua dan tenang dalam semua pekerjaan. Hal ini dapat dilihat ssmasa di meja makan, semasa solat terawih, semasa mengambil sumbangan duit hari raya dan semasa saya meninggalkan mereka. Saya mengambil kesempatan beramah mesra dengan mereka sebelum balik. Kesemua mereka bersalam dengan saya dan pengetua sambil mencium tangan.

Memang tepat seperti apa yang saya nyatakan dalam ucapan perasmian saya bahawa pendidikan ada dua jenis iaitu Pendidikan Ilmu Pengetahuan atau knowledge education dan Pendidikan Karekter atau character education. Kedua-dua jenis pendidikan ini diamalkan di sekolah ini. Cara dan gaya pengetua sekolah ini yang dibantu pemimpin lain menerapkan pendidikan karekter adalah melalui pendekatan kasih sayang sesuai dengan seruan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia agar semua sekolah di Malaysia mengamalkan konsep Sekolah Penyayang. Program Berbuka Puasa bersama pemimpin bahagian KPM ini juga berlandaskan konsep penyayang. Sambil bersalaman saya sempat menerapkan motivasi untuk berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yang baik dengan doa mudah-mudahan mereka akan menjadi generasi pewaris kepimpinan di masa hadapan.

Puan Hajah Nuinda menyatakan keindahan tingkah laku murid sekolah ini relah menarik perhatian pelawat luar negara terhadap sekolah ini seperti Korea dan Singapura. Beliau menyatakan Korea berminat untuk menghantar guru pelatih menjalani latihan praktikum di sekolah ini dan menawarkan guru sekolah ini ke Korea sesuai seoerti saranan Dato’ Seri Idris Jusuh tentang cuti sabatikal kepada guru kita.

Banyak pengalaman dan ilmu saya pelajari daripada lawatan kerja ke sekolah ini dalam satu program yang sangat santai tetapi sarat dengan pendidikan.karekter. Murid dari pelbagai latar belakang keluarga, suku kaum dan agama dikumpulkan dalam satu bumbung asrama menerima pendidikan yang berkesan. Saya yakin lebih ramI lagi pemimpin pelbagai lapangan dapat dilahirkan oleh sekolah ini khususnya melalui program Asrama 1Malaysia. Tahniah dan selamat maju jaya.

Advertisements

One thought on “Pendidikan Karektor di Asrama 1Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s