SIPartner+: Di Mana Pendirian Anda?

Lama tidak menulis. Agak sibuk dengan tugas-tugas mengurus lebih sepuluh ribu sekolah. Terpanggil untuk menulis tentang jawatan School Improvement Partner Plus (SIPartner+) yang sekarang dalam proses pengisian di seluruh negara.

Semasa pemilihan dibuat dengan temuduga kepada sebegitu ramai yang memohon tidak kurang ramainya yang menghubungi saya meminta bantuan sama ada dengan recommendation atau dengan tips temuduga supaya dapat jawatan tersebut. Namun setelah dapat, belum sempat melapor diri tidak kurang juga ramainya yang menghubungi saya meminta supaya pelantikan ditarik balik. Di mana pendirian anda?

Jawatan yang ditawarkan kepada anda adalah jawatan yang anda pohon. Apabila anda dilantik ke jawatan tersebut pasti ada sesuatu yang diharap oleh Kementerian untuk anda lakukan dan sumbangkan demi kemajuan pendidikan negara. Janganlah terlalu mempertikai apa yang akan anda peroleh atau apa yang akan diberi oleh kerajaan kepada anda sebaliknya fikirkan apa yang anda boleh sumbangkan kepa kemajuan pendidikan anak-anak.

Saya tidak nampak sebarang kerugian yang anda hadapi dengan menerima jawatan itu kerana anda bukan diturunkan gred jawatan. Jika anda sekarang berada pada gred 48, 52, 54 atau Jusa C, dengan menerima jawatan atau tugas sebagai SIPartner+ itu, anda masih berada pada gred jawatan berkenaan apatah lagi anda boleh dinaikkan satu mata gred seperti dijanjikan lebih dahulu daripada sekiranya anda pada tempat sebelumnya bergantung kepada prestasi anda.

Bagi saya sebagai pemimpin pendidikan yang mulia kedudukannya, bukan kenaikan gred jawatan yang menjadi perkiraan anda untuk menolak jawatan yang anda telah pohon, tetapi kesungguhan dan iltizam anda untuk membantu pemimpin sskolah msmbangun sekokah yang dipimpinnya. Anda telah dikenal pasti oleh Kementerian sebagai orang yang layak untuk untuk menggalas tanggungjawab itu, tunjukkanlah kemampuan anda. Serahkan kepada orang lain untuk menilai dan memberi ganjaran kepada sumbangan anda. Besyukurlah dengan apa yang anda dapat dan jangan terlalu berkira dengan apa yang belum anda dapat.

Maaf jika kurang senang dengan tulisan saya kali ini. Saya serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian sama ada apa yang tulis benar atau sebaliknya. Saya juga tidak sempurna. Tidak semua  yang saya tulis betul mengikut perspektif masing-masing. Oleh itu saya boleh dikritik jika apa yang saya tulis tidak betul. Saya sentiasa terbuka.

Advertisements

6 thoughts on “SIPartner+: Di Mana Pendirian Anda?

  1. Assalam Dr, Terima kasih atas tulisan. Saya adalah salah seorang daripada SIP+ tersebut. Apa yang yang paling menyedihkan ialah bila di PPD, kita seolah tidak diterima. Malah ada sahabat saya yang berjawatan Pengetua, bila di PPD sebagai SIP+ telah seperti dipermainkan oleh ketua unit di PPD. Sekian hanya luahan. Apa pun tugas tetap diteruskan demi anak bangsa tercinta.

  2. Slm alaik Dr. sy ucap terima kasih diatas pandangan itu. sekarang ini DTP adalah salah atu usaha KPM dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. kami yang bergelar sebagai SIParner+ ini begitu bersemangat untuk meningkatkan kememajukan sekolah dengan mengikut rentak PPPM seperti yang rancangkan.

    Persoalannya Dr. Adakah BPSH sudah bersedia siaga dengan gelombang ke 2 yang tidak lama lg akan diharyngi? banyak isu yang belum selesai diperingkat atas. kami yg diperikgkat perlaksana (PPD) tidak sabar juga menunggu perubahan gelombang ke 2 ini menjadi realiti……

    Saya yakin dan amat percaya dengan PPPM ini. Harap sama-sama kita mendoakan ianya menjadi realiti dan bukan angan-angan yang mengerikan…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s