Soal Jawab Pentaksiran Soalan 1

Soal Jawab adalah satu kaedah pembelajaran atau cara menyampaikan maklumat. Melalui kaedah ini ilmu atau maklumat disampaikan atau diperoleh daripada seseorang yang ada ilmu atau ada maklumat khusus mengenai perkara yang hendak diketahui atau di sampaikan sahaja. Jadi soalan boleh diberi atau diminta. Begitu juga jawapannya. Melalui ruangan ini, saya akan cuba mengamalkan kaedah Soal Jawab untuk menyampaikan maklumat dengan saya yang terlebih dahulu memberi Soalan dan Jawapan. Di samping itu pembaca juga boleh memberi saya soalan dan meminta saya memberi jawapan atau pembaca lain boleh turut memberi jawapan.
Saya akan menjawab berdasarkan pengetahuan dan maklumat sedia ada di dalam kepala saya dan/atau merujuk buku. Jawapan yang saya berikan adalah jawapan ilmiah berdasarkan ilmu dan maklumat peribadi yang terhad tetapi saya akan  cuba sedaya upaya untuk merujuk buku. Ia tidak mewakili pandangan mana-mana organisasi termasuk organisasi yang saya pimpin iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Oleh itu ia tidak boleh dijadikan sebagai punca kuasa pelaksanaan dasar dalam pentaksiran dan pendidikan di Malaysia. Continue reading

10 Ciri Instrumen Pengukuran Pendidikan yang Baik

10 Ciri Instrumen Pengukuran Pendidikan yang Baik

Tujuan mengukur dalam kerja-kerja berkaitan pendidikan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari. Maklumat itu pula boleh digunakan oleh pelbagai pihak termasuk guru, ibu bapa dan murid untuk tujuan pengukuran itu diadakan. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran dikutip dalam bentuk data mentah yang perlu difahami, dianalisis, dinilai, diberi makna dan dikomunikasikan kepada pengguna mengikut interpretasi yang betul, sesuai dan munasabah dengan subjek (orang) yang diukur. Continue reading

Ibrahim Adham

Catatan bebas saya daripada Kuliah Subuh pagi ini di Surau Raudhatil Muttaqin Seksyen 4 Shah Alam oleh Ustaz Khusairi tentang Ibrahim Adham. Catatan ini saya buat tanpa merujuk mana-mana buku atau pakar lain selain ingatan dan fahaman saya daripada kuliah subuh tersebut setelah saya balik ke rumah. Mudah-mudahan ada manfaatnya.
Continue reading

Mentaksir dengan Tujuan

Satu daripada prinsip utama yang perlu dijaga dalam pentaksiran atau penilaian atau pengukuran ialah kesahan. Kesahan ialah darjah atau ukuran sejauh mana sesuatu proses pentaksiran itu memberi maklumat yang menepati tujuan atàu kehendak pentaksiran itu diadakan.Hal ini menunjukkan bahawa menilai mesti ada tujuannya. Penilaian tanpa tujuan atau tujuan yang tidak jelas atau berubah-ubah atau salah menyebabkan hasil pentaksiran boleh dipertikai. Continue reading