Mentaksir dengan Tujuan

Satu daripada prinsip utama yang perlu dijaga dalam pentaksiran atau penilaian atau pengukuran ialah kesahan. Kesahan ialah darjah atau ukuran sejauh mana sesuatu proses pentaksiran itu memberi maklumat yang menepati tujuan atàu kehendak pentaksiran itu diadakan.Hal ini menunjukkan bahawa menilai mesti ada tujuannya. Penilaian tanpa tujuan atau tujuan yang tidak jelas atau berubah-ubah atau salah menyebabkan hasil pentaksiran boleh dipertikai.

Menilai dengan tujuan yang betulpun masih boleh mengundang masalah kepada hasil penilaian jika perkara-perkara berikut tidak diambil perhatian. Pertama, instrumen penilaian tidak dibina dengan teliti. Kedua, ujian tidak ditadbir dengan sempurna. Ketiga, respons calon tidak diskor dengan tepat dan tekal. Keempat, kebolehan calon sama ada pencapaian, aptitud, kompetens atau, profisiensi, tidak dilapor dengan betul sebagaimana sepatutnya ditunjukkan oleh kebolehan dicerap yang sesuai dengan kebolehan sebenar.

Sebagai contoh, jika anda berhajat hendak mengukur profisiensi sekumpulan orang dalam bahasa Inggeris, perlu dipastikan terlebih dahulu siapakah kumpulan orang itu, untuk apa ukuran itu hendak digunakan, kepada berapa kategori mereka hendak dikumpulkan dan apa standard yang sepatutnya dicapai. Kemudian barulah ditetapkan kaedah pengukurannya termasuk jenis ujian, kandungan ujian, kaedah penskoran dan pelaporan. Perhatian perlu diberi kepada hakikat bahawa kaedah pengujian profisiensi semestinya berbeza dengan kaedah pengujian pencapaian (achievement test).

Mentaksir sama ada dengan peperiksaan, ujian, kerja kursus, soal sèlidik atau lain-lain kaedah peŕlu dengan tujuan. Tujuan atau matlamat akan menentukan kaedah, pelaksanaan dan hasil. Mentaksir tanpa tujuan yang jelas menyebabkan hasil pentaksiran boleh dipersoalkan kesahannya. Hasil pentaksiran yang dipersoalkan kesahannya boleh menyebabkan penggunaannya dipertikaikan. Oleh itu laksanakanlah pentaksiran dengan tujuan yang betul agar hasilnya juga betul.

Advertisements

One thought on “Mentaksir dengan Tujuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s