Ibrahim Adham

Catatan bebas saya daripada Kuliah Subuh pagi ini di Surau Raudhatil Muttaqin Seksyen 4 Shah Alam oleh Ustaz Khusairi tentang Ibrahim Adham. Catatan ini saya buat tanpa merujuk mana-mana buku atau pakar lain selain ingatan dan fahaman saya daripada kuliah subuh tersebut setelah saya balik ke rumah. Mudah-mudahan ada manfaatnya.

Ibrahim Adham sebelum menjadi ahli sufi yang ramai muridnya adalah seorang raja di zaman tabi’ tabiin hidup sekitar tahun 160 hijrah. Suatu hari Ibrahim Adham diganggu tidurnya oleh bunyi bising orang berjalan di atas bumbung istananya. Tiba-tiba orang itu menjenguk Ibrahim Adham melalui tingkap bilik tidurnya lalu ditanya oleh Ibrahim Adham apa yang dilakukan orang itu di atas bumbung rumahnya. Orang itu menjawab bahawa dia sedang mencari kudanya yang hilang. Jawapan itu menyebabkan Ibrahim marah dengan hujah mana mungkin orang itu boleh menjumpai kudanya di atas bumbung rumah apatah lagi istananya. Lalu dijawab pula oleh orang itu, samalah juga dengan orang yang tidur nyenyak semalaman di tempat yang mewah ini mana mungkin hendaj mendekatkan diri dengan Allah.

Suatu hari yang lain seorang perempuan hamba suruhan Ibrahim selepas membersih dan mengemas tempat tidur Ibrahim teringin untuk berbaring di atas katil dan tilam yang empuk dan cantik itu buat seketika. Sejurus selepas berbaring perempuan itu terus terlena dek kerana kempukan tilam dan kepenatan bekerja. Apabila Ibrahim Adham mendapati perempuan yang sedang tidur lena di atas tilamnya dia terus memukul perempuan itu kerana kemarahannya. Perempuan itu meraung dan menangis kesakitan namun Ibrahim tidak mengendahkannya dan terus memukul. Setelah beberapa kali dipukul perempuan itu tiba-tiba ketawa menyebabkab Ibrahim berhenti memukul dan bertanya mengapa dia ketawa. Perempuan itu menjawab “Alangkah murkanya Allah kepada orang yang tidur lama di atas tilam ini dan bagaimana azab yang akan diterimanya nanti sedangkan aku yang tidur sebentar sahaja pun tidak tahan menerima pukulan sebagai balasan kesalahan yang aku lakukan”.

Peristiwa ketiga berlaku kepada Ibrahim Adham adalah ketika dia sedàng menerima menghadap rakyat jelata. Tiba-tiba masuk menghadao seorang yang tidak dikenali dalam keadaan yang agak pelik. Apabila tiba di hadapan Ibrahim dia terus berbaring dan tidur. Hal ini menyebabkan Ibrahim marah kepada orang itu dengan pertanyaan apa tujuannya berbuat demikian. Orang itu menyatakan bahawa dia sedang bermusafir dan perlu berehat kerana kelelahan. Ibrahim Adham bertambah marahnya sambil menyatakan “Tidakkah kamu boleh berehat di tempat lain kerana di sini aku sedang menerima menghadap rakyatku mengadu hal mereka?”. Orang itu menjawab, “Bukankah tuan hidup ini juga bermusafir yang perlu berehat untuk menyembah Allah di mana-mana sahaja tuan berada di atas muka bumi ini?”.

Dengan ketiga-tiga peristiwa itu, Ibrahim Adham merasa gelisah dan tidak tenteram tidurnya. Dia mrngambil keputusan untuk mencari ketenteraman dengan berburu di hutan bersama pengiring-pengiringnya. Tiba di hutan semasa hendak memanah rusa yang ditemuinya, rusa itu berkata kepada Ibrahim “Adakah patut engkau bunuh aku sedangkan Allahlah yang menghantar aku ke sini?” Ibrahim terkejut bukan sahaja kerana rusa itu boleh bercakap malahan kata-katanta sangat menyentuh perasaannya.

Dia tidak jadi memanah rusa itu sebaliknya memutuskan untuk bersendirian di hutan. Setelah beberapa hari sehingga bekalan makanannya tinggal sekeping roti, datang seekor gagak merampas roti yang hendak dimakan itu. Ibrahim mengekori gagak itu hingga ke sebalik bukit dan mendapati gagak itu memberikannya kepada seorang lelaki yang terikat tangannya ke belakang sebatang pokok. Apabila ditanya orang itu oleh Ibrahim dia menyatakan bahawa dia seorang saudagar yang telah dirompak dan diikat sejak seminggu di situ. Gagak itulah yang memberinya makan setiap hari.

Selepas peristiwa itu Ibrahim Adham manjadi ahli sufi dengan menukar pakaian kebesaran dirajanya dengan pakaian orang kebanyakan saudagar yang dirompak dan diikat itu. Dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat mencari ilmu dan hikmah sehingga ramai pula pengikutnya.

Suatu hari sedang dia duduk di suatu tempat dia didatangi seseorang yang ingin mencari Ibrahim Adham untuk berguru. Orang itu tidak mengenalinya tetapi bertanya “Adakah kamu seorang hamba?” dan dijawab ya oleh Ibrahaim Adham. “Jika begitu tunjukkan aku di mana kampung halaman tempat di mana ramai orang tinggal”. Ibrahim membawa orang itu ke kawasan perkuburan yang menyebabkan orang itu marah dan memukulnya bertubi-tubi. Kejadian itu disaksikan oleh seorang yang mengenali Ibrahim Adham dan menegur perbuatan orang itu.

Apabila diberitahu bahawa orang yang dipukulnya ialah orang yang dicari dan hendak berguru dengannya, orang itu mohon maaf tetapi hairan mengapa mengaku sebagai hamba, menunjukkan kawasan kubur sebagai kampung halaman tempat ramai orang tinggal dantidak melawan. Ibrahim Adham menjawab sememangnya dia hamba Allah. Orang itu tidak tanya pun dia hamba siapa.Kawasan kubur semangnya kampung halaman tempat ramai irang tinggal. Dia tidak melawan apabila dipukul kerana nikmat yang dirasai daripada keinsafan sebelum dipukul Malaikat setelah masuk ke alam kubur kelak.

Sebagai manusia biasa yang teramat jauh jika dibanding kemuliaan dan kebesaran Ibrahim Adham, amat kecil bagi saya untuk mengajak atau menyeru pembaca menuruti amalan dan keperibadian Ibrahim Adham. Namun jika ada manfaat daripada catatan bebas yang tidak bebas daripada kesilapan ini saya anat bersyukur. Sebarang kesilapan dan kesalahan dipohon maaf. Pandangan dan pembetulan dialu-alukan dengan hati terbuka.

Advertisements

One thought on “Ibrahim Adham

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s