Soal Jawab Pentaksiran Soalan 1

Soal Jawab adalah satu kaedah pembelajaran atau cara menyampaikan maklumat. Melalui kaedah ini ilmu atau maklumat disampaikan atau diperoleh daripada seseorang yang ada ilmu atau ada maklumat khusus mengenai perkara yang hendak diketahui atau di sampaikan sahaja. Jadi soalan boleh diberi atau diminta. Begitu juga jawapannya. Melalui ruangan ini, saya akan cuba mengamalkan kaedah Soal Jawab untuk menyampaikan maklumat dengan saya yang terlebih dahulu memberi Soalan dan Jawapan. Di samping itu pembaca juga boleh memberi saya soalan dan meminta saya memberi jawapan atau pembaca lain boleh turut memberi jawapan.
Saya akan menjawab berdasarkan pengetahuan dan maklumat sedia ada di dalam kepala saya dan/atau merujuk buku. Jawapan yang saya berikan adalah jawapan ilmiah berdasarkan ilmu dan maklumat peribadi yang terhad tetapi saya akan  cuba sedaya upaya untuk merujuk buku. Ia tidak mewakili pandangan mana-mana organisasi termasuk organisasi yang saya pimpin iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Oleh itu ia tidak boleh dijadikan sebagai punca kuasa pelaksanaan dasar dalam pentaksiran dan pendidikan di Malaysia.

Saya juga akan cuba untuk mengelak daripada membicarakan perkara-perkara yang sensitive, sulit, pra-matang atau belum ditentukan keputusannya oleh pihak berkuasa. Saya juga bersikap terbuka untuk menerima pandangan dan teguran mana-mana pihak ke atas mana-mana soalan dan jawapan yang saya beri. Hal ini demikian kerana tujuan saya menulis blog ini adalah semata-mata untuk berkongsi sedikit maklumat, pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang yang saya ceburi atau alami.

Soalan 1

Bolehkah pentaksiran mengawal kurikulum, menentukan perubahan, transformasi dan standard pendidikan?
Mengikut David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua, jika hal ini berlaku, system pendidikan (sesuatu Negara) boleh jadi berada dalam bahaya sebenar (real danger).  Jika perkara ini berlaku, bayangan kita ialah data atau maklumat yang dikutip daripada proses pentaksiran telah disalah guna dan melencong daripada matlamat atau tujuan pentaksiran pendidikan. Dua matlamat besar pentaksiran pendidikan ialah pertama, untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai pembelajarannya yang seterusnya intervensi dapat dilakukan ke atas murid itu sebelum atau semasa mereka mengikuti peringkat pembelajaran yang lebih tinggi (dinamakan Pentaksiran tentang Pembelajaran atau Assessment of Learning). Kedua, untuk memperbaiki pembelajaran dan meningkatkan penguasaan atau pencapaian murid dan memperbaiki pengajaran guru (dinamakan Pentaksiran untuk Pembelajaran atau Assessment for Learning).

Amalan pentaksiran diguna untuk mengawal kurikulum, menentukan perubahan, transformasi dan standard pendidikan pernah berlaku di Negara China lebih dua ribu tahun lepas pada zaman Maharaja-maharaja China memerintah. Mereka menggunakan peperiksaan pelbagai peringkat untuk menentukan hampir dalam semua perkara. Peperiksaan diguna untuk memilih hampir semua jawatan dalam pentadbiran Negara. Peperiksaan juga diguna untuk mendidik, mendisiplin, menghukum dan  mengawal strata rakyat.
Amerika Syarikat juga pernah mengguna ujian aptitude untuk tujuan memilih tentera yang taat setia kepada Negara dan ujian kecerdasan (intelligent test) untuk memilih beberapa jawatan penting kerajaan tetapi kemudiannya dimansuhkan kerana banyak kelemahan dalam ujian itu. Presiden Bush melalui Akta No Child Left Behind (NCLB) telah mengguna ujian untuk meningkatkan pencapaian dan standard pendidikan rakyat walaupun ditentang sebahagian rakyat terutama pakar pendidikan. Apabila Obama mengambil alih kepimpinan, dia menghapuskan amalan itu walaupun masih mempertahankan NCLB.

Soalan yang kritikal berhubung perkara ini mengikut Payne adakah guru mengajar mengikut objektif dan matlamat sebenar pentaksiran. Jika ini berlaku tiada masalah. Sebaliknya, jika kandungan pentaksiran menjadi penentu kriteria pembelajaran dan pengajaran, proses pendidikan akan melencong daripada matlamat atau tujuan asalnya. Apabila perkara ini berlaku matlamat pendidikan Negara seperti “Pendidikan untuk Perpaduan”, “Pendidikan untuk Pembangunan”, “Pendidikan untuk Integrasi Nasional” dan “Pendidikan untuk Transformasi” mungkin akan terjejas.

Mengikut Payne lagi, beberapa pihak pengguna data pentaksiran nasional yang tidak diberi maklumat sebenar menganggap taburan markah yang diperoleh daripada sampel populasi murid di seluruh Negara sebagai matlamat yang perlu dicapai oleh setiap murid. Baginya, “National norms can serve a useful function by providing benchmark by which to judge students overall progress, but they should never serve as the sole criterion of program effectiveness or student progress” (p. 38).  Maksudnya, kita boleh mengguna data pentaksiran peringkat nasional dan antarabangsa sebagai tanda aras pencapaian dan kemajuan murid serta tanda aras standard pendidikan Negara. Namun kurang tepat tindakan kita jika kita menggunakannya sebagai satu-satunya kriteria untuk melaksanakan program pembangunan murid dalam pendidikan.  Sekali lagi jika hal ini berlaku, kita akan melakukan measurement driven instruction. Sepatutnya kita buat curriculum driven instruction.  Termasuk juga dalam kategori ini mengguna data daripada pentaksiran untuk pembelajaran yang rendah taruhannya  atau low stake sifatnya untuk memilih pelajar bagi program pendidikan yang khusus seperti pemilihan ke sekolah asrama penuh. Jika perkara ini berlaku, dikuatiri kecenderungan guru akan mengajar semata-mata untuk membolehkan murid masuk sekolah asrama penuh dan bukan untuk membangun modal insan seperti hasrat atau matlamat kurikulum.
Guru perlu mengajar mengikut falsafah pendidikan Negara dan kurikulum kebangsaan dengan pedagogi dan kaedah yang betul. Masih mengguna falsafah, kurikulum dan pedagogi yang betul, guru juga perlu mengajar mengikut matlamat, keperluan dan situasi setempat di sekolah di mana dia mengajar. Sebagai contoh, guru Sains di sekolah kebangsaan di luar Bandar, walaupun dikehendaki mengajar mengikut falsafah dan kurikulum yang sama dengan guru-guru lain di seluruh Negara, namun pedagogi, kaedah pengajaran, rentak, sumber bantu mengajar, gaya pengajaran dan pendekatannya tidak semestinya sama dengan guru lain di Bandar. Dia perlu mengubahsuai sebahagian atau kesemua perkara tersebut. Begitu juga guru-guru di sekolah berasrama penuh yang hampir keseluruhan muridnya terpilih dan pandai belaka, oleh kerana matlamat penubuhan sekolah ini berbeza dengan sekolah lain, kaedah pengajaran dan program pendidikannya juga perlu berbeza dengan sekolah lain yang tidak sama jenis dengannya. Satu standard prestasi atau pencapaian yang sama yang ditentukan melalui pentaksiran standard yang ditadbir secara luaran tidak mungkin boleh diguna secara rigid untuk tujuan instruksion atau pengajaran dan pembelajaran.

Advertisements

2 thoughts on “Soal Jawab Pentaksiran Soalan 1

  1. As Salam
    Y.Bhg Dr.

    Saya pohon maaf kerana menghubungi Dr melalui blog peribadi. Ini kerana saya telah menghubungi pejabat dan dimaklumkan Dr telah tidak lagi berkhidmat di Bahagian Sekolah Harian.

    Saya pohon nasihat berkaitan dengan situasi saya yang mana saya telah berjumpa dengan Pengarah pendidikan Sabah Datuk Jame Alip pada 21 April 2014 dan Datuk tiada halangan untuk saya dan rakan-rakan melawat dan menjalankan ceramah celik teknologi dan inovasi di sekolah rendah dan menengah di Sabah, namun meminta kami menghantar surat rasmi kepada Dr sendiri untuk mendapatkan kelulusan kementerian. Kebetulan nasib kami tidak baik apabila Dr telah ditukarkan dan tahniah juga atas kenaikan pangkat Dr.

    Saya telah menghantar surat yang dialamatkan kepada Dr pada 23 April 2014 secara serahan tangan namun apabila saya menghubungi Kementerian, mereka menyatakan tempat Dr sebelum ini masih tiada pengganti.

    How do I go about it Dr? Kami merangcang untuk memulakan lawatan ini pada Bulan Mei. Pohon nasihat dan pandangan Dr.

    Sekian T,kasih

    Nur Aminahtul Mardiah Md Nor
    0173705963

    • As Salam
      Kebiasaannya semua surat ke mana-mana bahagian di KPM akan dilayan dan diurus seperti biasa walaupun pegawai yang ditujukan surat itu telah berpindah. Tempat saya di BPSH dijalankan tugasnya oleh En Mahli Rosli 0138145615.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s