Bolkas Hasbullah dalam Kenangan

Semalam 28 Mei 2014 jam 9.41 malam ketika berbaring di rumah hampir sahaja mata terlelap kerana lelah siang tadi mesyuarat seharian, saya dikejutkan bunyi message notification dari smart phone saya. Mesej ringkas daripada One MPM Group menyatakan En Bolkas Hasbullah telah kembali ke Rahmatullah.
Bolkas adalah mantan Ketua Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Sabah. Beliau adalah adik ipar TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Said Keruak. Beliau lama memegang jawatan itu tidak kurang daripada 15 tahun sebelum bersara pada tahun 2004. Kawan-kawan di Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan yang seangkatan dengan saya sangat mengenalinya.

Maklumat dari Hjh Maimunah Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah menyatakan beliau kena strok sejak 3 minggu yg lalu. Difahamkan masa itu dia terjatuh dan terus koma lalu dimasukkan ke wad ICU Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Hajah Maimunah ada melawat tapi dia tak sedar. Pukul 4.40 petang semalam dia menghembuskan nafas terakhir. Hari ini janazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya Kota Belud.

Di kalangan kawan-kawan, Bolkas adalah seorang yang baik hati, peramah, cepat mesra, pemurah, suka bergurau dan sangat low profile. Beliau mudah menghulur bantuan kepada sesiapapun. Lebih-lebih lagi sebagai seorang lelaki single sehingga akhir hayatnya, beliau seperti tiada halangan masa, tenaga atau sebarang karenah untuk menolong orang atau bersosialisasi dengan kawan-kawan.

Apabila pegawai dari semenanjung terutama pegawai peperiksaan sama ada dari Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan ke Sabah sama ada kerana tugas atau peribadi, beliau sentiasa mahu membantu, bertemu atau menjawab panggilan telefon. Ksbiasaannya dia akan mengajak kita keluar makan atau minum.

Pernah suatu ketika dalam bulan Syawal, anak lelaki saya yang belajar di UiTM Sabah telah ketinggalan kapal terbang Air Asia untuk balik beraya bersama keluarga. Penerbangan yang anak saya terlepas itu ialah jam 7.30 malam. Penerbangan berikutnya ialah jam 6.30 pagi keesokan harinya dan kena bayar RM540. Saya hampir putus asa dengan sikap cuai dan lalai anak saya yang gagal sampai ke airport lebih awal itu. Saya nyatakan kepada anak saya melalui panggilan telefon untuk tidak perlu balik beraya dengan keluarga. Dr Khodori Ahmad sepupu saya yang bekerja dengan saya di LP menasihati supaya menghubungi Bolkas untuk minta bantuan.

Tanpa sebarang tanda keberatan Bolkas terus ke airport menemui anak saya, membelikan tiket baru dengan duitnya dan membawa balik anak saya ke rumahnya. Keesokan harinya pukul 4.00 pagi dihantar semula anak saya ke airport sebelum dia sendiri menaiki MAS pada jam 9.30 pagi hari yang sama untuk satu program bersama YB Menteri Pelajaran di Besut. Ini bermakna tiga kali dia berulang alik dari rumah ke airport dalam tempoh 12 jam itu. Di Besut saya bayar semula hutang saya kepadanya.

Selaku KPP Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Sabah, Bolkas amat tahu dan mahir melaksanakan tugasnya. Gaya kepimpinannya sangat bersahaja tetapi berkesan walaupun ketika menjadi Timbalan Pengarah dan menjalankan tugas Pengarah Pendidikan Sabah dalam ketiadaan pengarah.

Beberapa sahabat memberi komen berikut terhadap Bolkas ketika hidupnya.

“Mengimbas kembali hubungan kerja dan sahabat dengan allahyarham memang payah dilupakan. Beliau pegawai yang mengabdikan diri dengan tugas memang payah diganti terutama di wilayah sabah yang selalu bergelora, alfatihah” Aziz Jamin.

“Hilangnya seorang KS yang paling cool, tak kira walau apa pon masalah beliau tetap boleh brgurau dan ketawa”, Mazian Yaakub.

“Jasanya dihargai dan dikenang.” Fuad Othman.

“Allayarham seorang yang mudah didekati dan sangat rapat dengan saya. Kali terakhir saya berjumpa beliau pada hari kenduri kahwin anak perumpuan saya November 2013. Beliau sanggup datang dari KK. Tapi pada ketika itu allahyarham kelihatan agak uzur. Alfatihah n doa kita moga roh beliau dicucuri rahmat n ditempatkan disyurga. Insya Allah.” Shahbudin Hassan.

“My condolence. He was a great friend.” Yunos Apok.

Demikianlah seorang sahabat yang baik hati telah kembali ke Rahmatallah. Jasa dan kebaikannya tetap dikenang. Sukar mencari pengganti sepertinya. Ya Allah ampunkanlah segala dosanya. Tutuplah dan ampunilah segala kekurangan dan kelemahannya. Tempatkanlah rohnya bersama para syuhada dan salihin. Amin.

Advertisements

6 thoughts on “Bolkas Hasbullah dalam Kenangan

  1. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan memberi kekuatan kesabaran kepada ahli2 keluarga yg ditinggalkan insyAllah. Saya sempat bekerja sezaman dengan arwah di LPM walaupun tidak begitu rapat dgn beliau memandangkan arwah ditempatkan di Sektor berbeza. Arwah seorang yg pendiam, namun berfikiran jauh dan sangat “low profile” dan tidak gemar bertelagah, mencari jalan keluar dengan beralah selagi mampu.
    Terima kasih Dr Jamil atas penulisan ini. Benar tuan seorang yang engamalkan peribahasa Melayu…umpama padi, semakin berisi semakin tunduk dan bagai ular menyusur akar. Hormat saya pada tuan dan bekas guru saya Dr Khodori.

  2. Salam Tuan.Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesihatan dalam memimpin organisasi penting seperti MPM. Terima kasih kerana menyebarluaskan berita pemergian sahabat kita Allahyarham Bolkas Hasbullah. Semoga Allah memberikan tempat selayaknya kepada beliau..Al Fatihah. Saya juga ada menulis tentang arwah “Bolkas telah tiada dalam ” csyahya victory.

  3. Sebenarnya allahyarham bukan terjatuh but fainted due to very low sugar level. Terima kasih atas ucapan takziah dan Doa 2 untuk allahyarham. Mohon di ampun kan Dosa2 allahyarham . Terima kasih dari keluarga allahyarham.

    • Terima kasih atas maklumat. Bagi pihak rakan2 allahyarham di semenanjung, saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan maaf tidak dapat menziarah dan mengiringinya ke pusara namun allahyarham tetap dalam ingatan dan kenangan kami.

  4. Edward McFadd
    Many years ago Bolkas Hasbullah was a student of mine at what was then called Sabah College in Kota Kinabalu. He was a fine young man, an excellent student and a leader in the Boy Scout Troop. I don’t speak adequate to understand what is written about Bolkas here but I wonder if it is the same man; he would probably be in his early sixties. I miss him still. He was a born leader, very humble, very competent, trusted by everyone.
    Please let me know if this is the same Bolkas I knew. I believe he worked for the Department of Education.
    Sincerely,
    Ed McFadd
    former U.S. Peace Corps Volunteer and teacher at Sabah College

    • Yes he is but he had passed away few years back. I wrote this article as an arbituary to remember him as a good friend of mine for quite long time when was with Sabah State Education Department. Yes he was a nice man having a lot of friends. May he rest in peace.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s