Bagaimana Pemimpin Belajar

Pemimpin sebagai orang dewasa tidak sama pembelajaranya dengan murid atau kanak-kanak sekolah. Sebagai orang dewasa yang belajar (adult learner), kebanyakannya belajar dengan tindakan (action learning). Mengikut Wikipedia, the free encyclopedia, action learning diasaskan oleh Profesor Reginald Revans dari Universiti Cambridge sekitar 1940an melalui pengalamannya melatih kumpulan ahli sains dan pakar perubatan terknal di UK. Dalam latihannya, dia menggalakkan pengurus-pengurus untuk bertemu sesama mereka dalam kumpulan kecil, bertanya soalan tentang apa yang mereka dengar dan lihat. Hasilnya, pengurus-pengurus itu telah dapat meningkatkan produktiviti sebanyak lebih 30%. Daripada pengalamannya itu, Revans mendapati di hospital-hospital universiti di UK, kaedah pengajaran dan latihan yang konvensional tidak lagi berkesan untuk meningatkan produktiviti mereka. Sesama doktor, terutama antara doktor pelatih atau pegawai perubatan atau doktor yang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dengan doktor pakar atau konsultan, berlaku pembelajaran aktif berasaskan situasi sebenar di dalam klinik atau wad dengan kehadiran pesakit yang sedang dirawat.

 

Action learning ialah proses di mana peserta belajar daripada tindakan-tindakan dan pengalaman sendiri untuk memperbaiki prestasi. Mereka memperoleh lebih banyak ilmu melalui tindakan dan amalan berbanding melalui instruksion yang tradisional. Mereka berkumpul dalam kumpulan kecil yang dipanggil action learning set. IAB menetapkan tidak lebih daripada 30 orang untuk membolehkan setiap orang membuat refleksi dan mengkaji semula tindakan yang mereka telah ambil. Daripadanya mereka belajar apa dan bagaimana tindakan seterusnya di masa hadapan yang perlu diambil untuk memperbaiki prestasi.

 

Revans (1980) kemudian memperkenalkan rumus L = P + Q di mana L ialah action learning, P ialah programming atau perancangan dan Q ialah questioning atau penyoalan. Seperti dilakukan oleh doktor pakar atau konsultan terhadap doktor-doktor pelatih di bawah pengawasannya, action learning dilaksanakan secara terancang untuk satu unit pembelajaran daripada konsultasi kepada pesakit, diagnosis dan merekod hingga rawatan dan preskripsi. Dalam kesemua proses pembelajaran itu kaedah penyoalan digunakan sama ada oleh yang mengajar atau yang belajar sama ada kepada pesakit atau sesama mereka.

 

Model pembelajaran andragogi Knowles, Holton dan Swanson (2011) menggariskan enam kaedah yang nyata berbeza dengan kaedah pembelajaran pedagogi.

 

  1. Keperluan untuk tahu (the need to know) di mana orang dewasa selalunya perlu tahu atau menyedari mengapa mereka perlu belajar apa yang hendak dipelajari itu. Selalunya mereka sedar bahawa untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau hendak membuat sesuatu pekerjaan atau semata-mata hendak tahu, mereka perlu belajar. Daripada kesedaran itu mereka terdorong untuk belajar.
  2. Kesedaran kendiri pelajar (the learners’ self-concept). Sebagai orang dewasa yang belajar, mereka sedar bahawa mereka bertanggungjawab ke atas keputusan yang diambilnya sendiri untuk menentukan masa hadapan kehidupannya (walaupun seolah-olah keputusan itu ditentukan oleh orang lain). Oleh kerana mereka perlu membuat keputusan untuk menentukan kehidupan masa hadapannya (yang menjadi tanggungjawabnya sendiri), mereka perlu belajar. Setelah kesedaran itu diperoleh, mereka membina satu keperluan psikologi yang dalam untuk dilihat dan dilayan oleh orang lain sebagai berkeupayaan (capable) untuk menentukan masa hadapan dirinya sendiri (memiliki self-direction).

 

  1. Peranan pengalaman pelajar (the role of the learners’ experience). Orang-orang dewasa yang belajar mempunyai pengalaman lalu yang berbeza bukan sahaja daripada segi kuantiti malahan kualiti. Hidup lama bukan sahaja memberi peluang mengumpul pengalaman yang banyak malahan berbagai-bagai. Hal ini mempengaruhi pembelajaran dewasa mereka dalam pelbagai ragam pula. Jika betul cara dan pendekatan, mudah hendak mengajar mereka. Sebaliknya, tidak kurang karenah dan dan masalah dihadapi pengajar untuk mengajar orang dewasa jika tiada kepakaran menanganinya.

 

  1. Kesediaan untuk belajar (readiness to learn). Orang dewasa bersedia untuk belajar apabila mereka perlu tahu dan boleh buat dengan berkesan sesuatu perkara yang dikerjakan dalam kehidupan sebenar. Kesedaran itu lebih tinggi apabila mereka sedang melalui proses kenaikan pangkat atau perubahan peranan dalam pekerjaan yang mereka tiada pengetahuan atau pengalaman dalam pekerjaan itu. Mahu tak mahu mereka perlu belajar jika mereka mahu dilihat terus relevans dalam pekerjaan itu.

 

  1. Orientasi untuk belajar (orientation to learning). Berbanding kanak-kanak dan remaja yang belajar lebih berpusatkan mata pelajaran, orang dewasa belajar lebih berpusatkan kehidupan (life-centred) atau berpusatkan tugasan atau masalah. Orang dewasa lebih bermotivasi untuk belajar agar daripada pembelajarannya mereka lebih baik dalam tugasannya atau lebih mudah menyelesaikan masalah yang dihadapkan kepadanya. Denga cara belajar yang sedemikian, mereka lebih mudah memperoleh ilmu pengetahuan, kefahaman, kemahiran, nilai dan sikap baru yang tidak pernah dilalui sebelum itu. Lebih berkesan lagi pembelajaran mereka apabila mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan dan pekerjaan yang dilaluinya seharian.

 

  1. Motivasi. Orang dewasa lebih responsif kepada motivasi luaran (seperti pekerjaan yang lebih baik, kenaikan pangkat, gaji dan lain-lain ganjaran yang lebih menarik). Namun bagi orang dewasa yang punya hikmah (wisdom) yang tinggi, pendorong (motivator) yang lebih utama untuk belajar adalah faktor dalaman seperti peningkatan kepuasan bekerja, harga diri (self-esteem), kualiti hidup dan lain-lain yang berkaitan emosi, sosial, spiritual dan moral. Orang dewasa seperti ini belajar tanpa disuruh. Mereka tidak cerewet sangat dari segi kesusahan yang dihadapi, tempoh masa menamatkan sesuatu unit pembelajaran atau pendorong luaran lain. Namun mereka mengambil berat tentang kualiti ilmu yang diperoleh dan kualiti kerja yang dilakukan dalam masa belajar.
Advertisements

One thought on “Bagaimana Pemimpin Belajar

  1. 6 kaedah oleh Knowles el., at (2011) sangat bermaklumt. Lebih memahami konsep pembelajaran oleh pemimpin. Alhamdulilah…terima kasih atas perkongsian ilmu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s