Kepimpinan Untuk Pembelajaran dan Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Seperti konsep Pentaksiran Untuk Pembelajaran (assessment for learning), kepimpinan untuk pembelajaran (leadership for learning) mempunyai maksud dan tujuan yang hampir sama. Namun, tiada pula dibincangkan secara mendalam dan meluas oleh pengkaji konsep leadership of learning seperti assessment of learning. Jikapun ada yang ingin memulakannya, pasti pemahaman kita dengan huraian yang sebagaimanapun tidak boleh disamakan dengan konsep assessment of learning.

Konsep pentaksiran untuk pembelajaran lahir daripada manifestasi tidak puas hati pendidik terutama pengkaji (seperti Black & Wiliam, 1998) dengan praktis pentaksiran di sekolah yang lebih banyak dilakukan dengan tujuan untuk mengukur dan melabelkan pencapaian murid dalam pembelajarannya. Pentaksiran dalam pendidikan ialah suatu proses mengumpul maklumat tentang murid supaya daripada maklumat itu inferens boleh dibuat tentang pembelajaran dan seterusnya keputusan boleh dibuat ke atas murid itu. Keputusan yang dibuat ke atas murid menentukan sama ada pentaksiran itu tentang pembelajaran (of learning) atau untuk pembelajaran (for learning).

Jika keputusan (decision) yang dibuat daripada hasil pentaksiran adalah semata-mata untuk melabelkan pencapaian murid, melaporkan kepada pihak tertentu sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari dan seterusnya memilih atau menempatkan murid ke program pendidikan selanjutnya, pentaksiran itu adalah tentang pembelajaran. Pentaksiran ini selalunya dilakukan di hujung satu atau beberapa unit pembelajaran. Pentaksiran jenis ini sering juga dikenali sebagai pentaksiran sumatif. Ujian bulanan atau semester atau akhir tahun dan peperiksaan akhir pengajian adalah pentaksiran tentang pembelajaran.

Jika hasil pentaksiran digunakan untuk memperbaiki pembelajaran murid dan pengajaran guru atau bimbingan ibu bapa, maka pentaksiran itu dinamakan pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran ini seringkali juga dinamakan pentaksiran formatif atau pentaksiran yang dilaksanakan semasa dan sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Pentaksiran bilik darjah, pentaksiran berasaskan sekolah dan apa-apa sahaja aktiviti yang dirancang oleh guru seperti pertanyaan lisan, kerja kumpulan, projek, kerja kursus dan amali adalah tergolong dalam pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran lebih dinamik, berdaya maju, berterusan dan berpusatkan pembelajaran murid. Semua pihak iaitu murid, guru, ibu bapa, masyarakat dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan pendidikan memberi tumpuan untuk memperbaiki pembelajaran murid dan seterusnya memastikan kemenjadian (outcome) yang diharapkan berlaku kepada murid.

Pentaksiran untuk pembelajaran menggalakkan semua pihak belajar secara berterusan. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada proses pentaksiran yang juga dilakukan secara berterusan (continuous assessment) semua pihak mendapat maklum balas (feed back) yang boleh diguna untuk memperbaiki pembelajaran masing-masing. Murid belajar untuk belajar. Guru belajar untuk mengajar. Pengetua, guru besar dan pemimpin sekolah belajar untuk mengurus dan memimpin kepimpinannya (terutama kepimpinan instruksional dan transformasi). Ibu bapa dan komuniti belajar untuk menyumbang ke arah pembangunan pembelajaran murid.

Begitulah juga dengan konsep kepimpinan untuk pembelajaran. Dua pemahaman maksud boleh dikutip daripada konsep kepimpinan untuk pembelajaran. Seorang pemimpin pendidikan yang berusaha mendapatkan maklumat kepimpinan dengan pelbagai cara seperti membaca buku, menghadiri kursus, mengikuti wacana intelek, membuat kajian dan mencuba pelbagai teknik dengan tujuan untuk memperbaiki kepimpinannya dianggap sebagai pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan untuk pembelajaran. Pemimpin kedua, sama ada yang berusaha dengan cara yang sama dengan pemimpin pertama atau tidak, tetapi semua yang dilakukan adalah semata-mata untuk memperbaiki pembelajaran murid dan seterusnya memastikan kemenjadian murid, juga dianggap pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan untuk pembelajaran.

Kedua-dua pemimpin pendidikan di atas dianggap telah belajar secara berterusan sama ada secara bersendirian atau melalui orang lain yang tujuannya adalah untuk memperbaiki kepimpinan kendiri atau pembelajaran murid. Kepimpinan untuk pembelajaran secara umumnya adalah satu proses belajar memperbaiki diri untuk membawa perubahan kepada organisasi yang dipimpin dan orang-orang yang dipimpin terutama murid dalam konteks pendidikan.

Advertisements

One thought on “Kepimpinan Untuk Pembelajaran dan Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s