Pendidikan Seni Visual

Semasa saya di Sekolah Munshi Abdullah (SMA) di Tingkatan 1, says memang menggemari subjek Lukisan yang sekarang dipanggil Seni Visual. Cikgu Tamin yang mengajarnya. Dia guru yang bagus dalam subjek itu. Pelbagai ilmu dan kemahiran melukis diajar kepada kami. Bukan sahaja teknik lorekan, catan, tekapan dan cetakan malah lukisan abstrak juga kami diajar.

Saya suka dan mengagumi kebolehan Cikgu Tamin bukan sahaja mengajar subjek itu malahan kebolehannya melukis juga wow!, amat mengujakan saya untuk mencuba sedaya upaya belajar melukis. Walupun bakat saya melukis tidak berapa ada, minat terhadap subjek tersebut tumbuh secara perlahan-lahan.

Namun apabila masuk ke Tingkatan Dua kami dipaksa memilih antara Pendidikan Islam dengan Lukisan. Sudah pasti saya merujuk kedua ibu bapa dan saudara kandung atau abang yang orientasi pendidikannya pada masa itu ialah sekolah agama. Kesemua mengatakan belajar agama. Belajar melukis bukan ada masa hadapan dan itu adalah amalan Kristian.

Saya akur kerana takut melawan dan takut terpesong daripada Islam. Begitulah kesan daripada falsafah pembelajaran behaviorism yang berpusatkan guru dan orang dewasa. Pelajar sebenarnya tidak dibenarkan membuat pilihan. Suka atau tidak suka pilihan tidak berada di tangannya.

Maaf cikgu Tamin. Usahamu mempengaruhiku mengambil Lukisan dalam peperiksaan SRP dalam tahun 1971 tidak berjaya. Mungkin cikgu pun takut macam saya sedangkan kalaulah sistem membenarkan saya mengambil kedua-duanya alangkah baiknya.

Tidak mengapalah cikgu Tamin, rupa-rupanya ada di antara anak-anak saya yang mencebur diri dalam bidang itu. Anak perempuan saya Ulfa walaupun belajar sendiri subjek Seni Visual, telah mendapat A1 dalam peperiksaan SPM. Itulah sahaja subjek yang dia dapat A dalam SPM. Yang lainnya seperti Matematik dan Geografi dia hanya mampu dapat E8 walaupun bapanya guru Matematik dan ibunya guru Geografi. Sekarang Ulfa sedang menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda ‘Art ànd Design’ dalam bidang ‘Printing’ di UiTM Shah Alam.

Dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bilangan calon yang mengambil subjek tersebut masih tidak memuaskan hati saya. Hanya sekitar enam hingga tujuh ribu calon mengambilnya. Ramai yang tidak sedar kepentingan subjek itu. Di negara maju 44% daripada pendapatan negara disumbangkan oleh kerja-kerja seni yang asasnya ialah Seni Visual.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s