Catatan Ilmu daripada IAEA 2015 The University of Kansas, Lawrence, Kansas, USA (Siri 2)

Opening Ceremony

Majlis pembukaan persidangan diadakan pada hari Isnin 12 Oktober 2015 jam 8.30 hingga 9.15 pagi. Majlis diadakan secara ringkas dengan persembahan muzik klasik masyarakat Kansas. Diikuti ucapan alu-aluan oleh Professor Dr Neal Kingston, Director of the Achievement and Assessment Institute, University of Kansas selaku Ketua Secretariat persidangan sebelum ucapan pembukaan rasmi. Continue reading

Teks Ucapan Ketua Eksekutif MPM ke-6

Antara banyak ucapan saya semasa memimpin organisasi pendidikan sama ada semasa menjadi Timbalan Pengarah atau Ketua Eksekutif, saya sangat suka untuk berkongsi apa yang saya sampaikan kepada rakan-rakat pimpinan tertinggi MPM sekitar 20 orang. Ucapan tersebut adalah ucapan sulung saya pada 7 April 2014 iaitu hri pertama saya melapor diri sebagai Ketua Eksekutif (KE) MPM sebelum diberi taklimat tentang MPM. Continue reading

Catatan Ilmu daripada IAEA 2015 The University of Kansas, Lawrence, Kansas, USA (Siri 1)

Pendahuluan

Pada  11 – 16 Oktober 2015 saya berpeluang menyertai Persidangan Antarabangsa International Association for Educational Assessment (IAEA) di The University of Kansas, Lawrence, Kansas, USA bersama Fauzi Dato’Kassim dan Badrulhisham Abdullah.  Catatan ilmu ini ialah catatan ringkas perkara-perkara penting daripada Bengkel Pra-Persidangan, Ucap Utama Persidangan, Sesi Selari, Sidang Pleno dan Penutup Persidangan atau Rumusan. Catatan ini menjadi pelengkap kepada Laporan Penyertaan dalam persidanagn tersebut.  Continue reading

Melangkah ke alam persaraan

Hari ini adalah hari ke tujuh saya melangkah ke alam persaraan. Pada 19 Julai hari Selasa yang lepas, setelah 36 tahun, 2 bulan dan 22 hari berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) saya bersara wajib pada usia 60 tahun.

Berbagai perasaan timbul sebelum melangkah ke alam ini. Saya akan cuba gambarkan melalui tulisan dalam blog saya ini. Sudah agak lama juga saya tinggalkan ruangan ini kerana kesibukan tugas terutama semasa di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).  Continue reading