Catatan Lawatan Ke New Zealand

Pada bulan September 2014 saya telah melawat New Zealand bersama seorang pegawai MPM. Saya berpeluang melawat New Zealand Qualification Authority (NZQA) di Wellington dan sebuah sekolah di New Zealand.  Lawatan ke NZQA berlangsung dari pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang bersama En Erfino Johari, Pengarah Education Malaysia New Zealand di Wellington.

Kami bertiga sampai ke Level 13, Whare Committee Room, NZQA tepat jam 11.00 pagi disambut oleh Mr Ben Ngaia, Ms Karen Chalmers dan Ms Veronica Young. Kami disambut dengan acara Mihimihi secara sederhana dengan ucapan seperti bacaan doa dalam Bahasa Maori oleh Mr Ben Ngaia, diikuti ucapan aluan selamat datang oleh Ms Karen Chalmers diikuti ucapan ringkas saya dalam Bahasa Melayu seperti dikehendaki mereka sebelum minum teh. Namun saya juga memberi ucapan ringkas dalam Bahasa Inggeris.

Perbincangan mengenai system pentaksiran di NZ terutama dalam National Certificate of Educational Assessment (NCEA) lebih banyak diadakan semasa minum teh dan semasa lunch yang diadakan di bilik yang sama iaitu bilik perbincangan. Briefing from MEC on visit objective and MEC’s interest tidak memakan masa panjang kerana pihak MPM telah menghantar terlebih dahulu kepada pihak NZQA nota berkenaan.

Ms Karen Chalmers dan Ms Veronica Young telah mewakili NZQA dalam taklimat tentang peranan NZQA, Assessment and moderation, Managing National Assessment dan School Quality Assurance and Liaison serta menjawab pertanyaan dan hasrat MPM untuk bekerjasama. Daripada lapan perkara yang diutarakan oleh MPM untuk bekerjasama, hanya dua perkara yang tidak dapat dipenuhi iaitu perkara 5 tentang online marking yang tidak dibuat oleh NZQA dan perkara 6 tentang online training untuk pegawai MPM kerana mereka tiada kemudahan itu.

Semasa lunch Dr Karen Poutasi iaitu CEO NZQA turut sama dalam perbincangan dan dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran pelawat Malaysia dan mengakui bahawa NZQA dan MPM boleh bekerjasama dalam bidang pendidikan terutama berkaitan peperiksaan yang dikendalikan oleh kedua-dua badan iaitu NCEA Level 2 and Level 3 dan STPM. Dr Karen Poutasi juga menyatakan beberapa perkara kerjasama pendidikan akan ditimbulkan dalam mesyuarat Joint Working Group (JWG) Malaysia-New Zealand yang akan diadakan pada bulan berikutnya.

Saya telah memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai perkara kerjasama yang disebutkannya, namun berjanji untuk membawanya kepada pengetahuan Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) KPM. Tujuan lawatan saya ke NZQA adalah lebih kepada mempelajari bagaimana NCEA dikendalikan dan bagaimana internal assessment (sama seperti kerja kursus dalam konteks STPM) yang membawa 50% markah dilaksanakan.

Tidak banyak sebenarnya yang dapat dipelajari daripada lawatan selama tiga jam termasuk acara mihi mihi, minum pagi, lunch dan bergambar. Perbincangan lebih banyak dibuat secara tak rasmi semasa minum dan lunch dan sementara menunggu Dr Poutasi datang. Antara perkara yang dibincangkan secara tak rasmi itu ialah Benchmarking STPM-NCEA dan Pihak NZ mengharapkan agar NCEA boleh diguna untuk memasuki IPT di Malaysia kerana STPM boleh di guna untuk memasuki IPT di NZ. Saya menjelaskan bahawa sememangnya NCEA boleh diguna oleh rakyat NEW Zealand dan rakyat Negara lain kecuali rakyat Malaysia untuk tujuan tersebut. Rakyat Malaysia yang dibolehkan mengguna NCEA untuk tujuan tersebut hanyalah anak-anak pegawai Malaysia yang bertugas di New Zealand. Itupun hanya untuk beberapa IPT di Malaysia.

Saya jug berpelung melawat sebuah sekolah di NZ. Lawatan selama sejam setengah itu diadakan dari pukul 8.40 – 10.10 pagi disambut dan dilayan oleh Ms. Elizabeth Wilson  Guru Geografi yang mengajar pelajar National Certificate of Educational Assessment (NCEA) Level 3. Taklimat dan perbincangan diadakan di dalam bilik darjahnya yang kosong ketika itu.

Beliau menerangkan tentang pelaksanaan internal assessment untuk mata pelajaran Geografi yang diajarnya. Pembelajaran di sekolah yang asalnya sekolah swasta tetapi telah diambil alih oleh kerajaan (seperti Sekolah Bantuan Kerajaan di Malaysia) ini menggunakan Course and Careers Handbook yang disediakan oleh pihak sekolah setiap tahun berdasarkan buku The New Zealand Curriculum terbitan 2007 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan New Zealand.

Pernyataan hasrat sekolah ini ialah “Through Grace and Good Discipline we aspire to be a living Tradition of Excellence, to live by faith, to act with integrity and to of service to others”. Lima nilai yang dipegang oleh warga sekolah ini ialah Excellence, Respect, Integrity, Christian Beliefs & Values dan Creativity. Beliau menjelaskan bagaimana kurikulum kebangsaan yang lebih berbentuk core curriculum yang telah direkabentuk dengan mantap dan digunakan sejak 2007 merangkumi pembelajaran dan pengajaran semua mata pelajarn dari Tahun 1 hingga 13 dalam 45 muka surat sahaja. Pernyataan berikut menggambarkan apa yang dimaksudkan dengan The New Zealand Curriculum,

“The New Zealand Curriculum is a statement of official policy relating to teaching and learning in English-Medium New Zealand schools. Its principal function is to set the direction for student learning and to provide guidance for schools as they design and review their curriculum”.

Pihak sekolah perlu menyediakan sukatan pelajaran masing-masing mengikut konsep School-based curriculum dengan memperincikan apa yang sepatutnya sebuah kurikulum perlu ada termasuk tujuan, visi, misi, nilai, objektif pembelajaran, kandungan pembelajaran, apa yang patut dicapai setiap murid dan pentaksirannya. Beliau lebih banyak menyentuh tentang pelaksanaan pentaksiran dalaman (internal assessment) yang menjadi sebahagian daripada program NCEA.

Beliau menunjukkan skrip jawapan calon NCEA yang telah diperiksa dua kali iaitu oleh pemeriksa pertama dan disemak oleh pemeriksa kedua. Skrip jawapan calon tersebut merupakan kepunyaan calon terbaik di dalam kelasnya. Dia mendapat markah pebuh iaitu 24/24. Pemeriksaan yang dibuat berdasarkan rujukan kriteria (criterion reference assessment) telah dibuat dengan konsisten sekali kerana pentaksiran guru selaras dengan pemeriksa luar pertama dan kedua.

NCEA terbahagi kepada tiga aras (Level) iaitu Level 1 yang setaraf dengan PMR di Malaysia, Level 2 yang setaraf dengan SPM di Malaysia dan Level 3 yang setaraf dengan STPM di Malaysia. Pelajar di NZ menggunakan NCEA Level 3 untuk masuk university tahun satu program ijazah Sarjana Muda. Sebanyak 50% daripada markah untuk penganugerahan sijil NCEA semua aras disumbangkan oleh guru melalui internal assessment atau pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang berbagai bentuk termasuk ujian bertulis, kerja kursus, projek, amali dan assignment.

Korelasi markah antara internal dan external assessment adalah tinggi. NZ adalah satu-satunya Negara di dunia yang memulangkan skrip jawapan calon dalam peperiksaan NCEA tanpa dipohon oleh calon. Hal ini memudahkan pihak NZQA dan sekolah yang tidak perlu menyimpan skrip tersebut selama enam bulan untuk semakan seperti diamalkan oleh Malaysia dan Negara-negara lain di dunia NZ melantik ibubapa sebagai pengawas peperiksaan dan guru yang telah bersara untuk menjadi Ketua Pengawas peperiksaan NCEA.

Mereka mendakwa NCEA Berjaya meramalkan kejayaan pelajar di IPT dan dalam pekerjaan mengatasi sijil-sijil lain yang dikeluarkan badan-badan peperiksaan dunia termasuk A-Level, International Baccalaurett Diploma (IPD) dan South Australian Matriculation (SAM). Hal ini diakui oleh Prof. Terry Crook mantan Dekan Fakulti Pendidikan University of Otago. Melihat kaedah pentaksiran NCEA saya berpendapat bahawa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sememangnya setaraf dan setanding dengan NCEA Level 3 iaitu kelayakan yang digunakan untuk memasuki program ijazah pertama di mana-mana university di dunia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s