Melangkah ke alam persaraan

Hari ini adalah hari ke tujuh saya melangkah ke alam persaraan. Pada 19 Julai hari Selasa yang lepas, setelah 36 tahun, 2 bulan dan 22 hari berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) saya bersara wajib pada usia 60 tahun.

Berbagai perasaan timbul sebelum melangkah ke alam ini. Saya akan cuba gambarkan melalui tulisan dalam blog saya ini. Sudah agak lama juga saya tinggalkan ruangan ini kerana kesibukan tugas terutama semasa di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). 

Kawan-kawan mengesyorkan saya tulis pengalaman sepanjang bertugas. Tidak banyak tempat saya bertugas – Sekolah Ungku Aziz (SUA) 4 tahun, Lembaga Peperiksaan (LP) 27 tahun,  Institut Aminudin Baki (IAB) 2 tahun, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) 1 tahun dan MPM(2 tahun. Namun terlalu banyak kenangan, pelajaran, pengetahuan, kemahiran dan nilai yang saya perolehi daripada tempat-tempat itu.

Ramai juga yang bertanya apa yang akan saya lakukan setelah bersara. YB Menteri DS Mahdhir Khalid dan Ketua Setiausaha Tan Sri Dr Madinah Muhamad sendiri bertanya soalan yang sama. Kesemuanya saya jawab dengan jawapan yang sama. Saya akan terus menyumbang buah fikiran kepada KPM dengan apa cara sekalipun yang terdaya oleh saya. Tidak besar atau banyak, kecil atau sedikit pun jadilah. Saya akan masuk semula ke iniversiti. Entah di dalam atau di luar negara.

Kelima-lima institusi pendidikan tempat saya bertugas dan sekolah serta universiti yang saya belajar terlalu banyak mengajar saya erti pendidikan dan kehidupan. Terlalu banyak wang rakyat yang saya terima untuk menimba ilmu. Oleh itu memang wajar jika saya menyumbang semula apa sahaja yang dapat saya sumbangkan kepada negara.

Buat sementara ini saya ingin berehat seketika sambil merenung semula jejak-jejak langkah yang telah dilalui. Untuk langkah seterusnya saya perlu mengutip dan menyusun semula bahan-bahan ilmiah dan nota-nota yang telaj lama tersimpan.

Saya akan meneruskan tulisan memoir yang telah lama dimulakan tetapi terhenti kerana kesibukan tugas. Dalam memoir saya itu banyak saya catatkan pengalaman hidup yang boleh dikongsi ramai. Walaupun tidaklah sehebat mana bolehlah dijadikan pedoman pembaca.

Harap bersabar menunggu terhasilnya buah tangan daripada saya sebelum saya menghembuskan nafas terakhir yang entah bila berlaku. Allahua’alam.

Shah Alam 25 Julai 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s