Catatan Ilmu daripada IAEA 2015 The University of Kansas, Lawrence, Kansas, USA (Siri 1)

Pendahuluan

Pada  11 – 16 Oktober 2015 saya berpeluang menyertai Persidangan Antarabangsa International Association for Educational Assessment (IAEA) di The University of Kansas, Lawrence, Kansas, USA bersama Fauzi Dato’Kassim dan Badrulhisham Abdullah.  Catatan ilmu ini ialah catatan ringkas perkara-perkara penting daripada Bengkel Pra-Persidangan, Ucap Utama Persidangan, Sesi Selari, Sidang Pleno dan Penutup Persidangan atau Rumusan. Catatan ini menjadi pelengkap kepada Laporan Penyertaan dalam persidanagn tersebut. 

Di dalam catatan ini tidak dinyatakan tarikh pembentangan dan tempat pembentangan atau urutan masa antara satu sama lain. Tidak juga semua pembentangan dicatatkan dalam catatan ini kerana tidak semua pembentangan kertas kerja persidangan saya hadiri kerana dibentang dalam sesi selari. Untuk memudahkan pembacaan, catatan ini diterbitkan dalam beberapa siri.

Bengkel Pra Persidangan

Bengkel pra persidangan diadakan sehari sebelum persidangan di salah satu bilik sesi selari. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr Henk Moelands dan Dr Frans Kleintjes daripada Cito Netherlands. Saya mengenali kedua-duanya kerana telah pernah berjumpanya beberapa kali sebelum itu. Dr Henk Moelands pernah saya temui dalam lawatan saya ke Cito dalam tahun 2005, di Lembaga Peperiksaan dalam mesyuarat penentuan standard  semasa saya bekerja di Lembaga Peperiksaan dan dalam program ‘Professional talks’ di Lembaga Peperiksaan dalam tahun 2011 semasa saya bekerja di Institut Aminudin Baki (IAB). Ceramahnya saya catatkan dalam blog saya https://drjamiladimin.wordpress.com/2013/03/03/kebebasan-pendidikan-di-netherlands/?preview=true.  Dr Frans Kleintjes saya temui di persidangan IAEA di Hong Kong dalam tahun 2003.

Bengkel ini dihadiri oleh 26 orang peserta daripada Kazakhstan, Hong Kong, Tobago, Singapura, Cambridge dan Malaysia. Bengkel ini berlangsung selama tiga jam sahaja iaitu daripada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Bengkel dimulakan dengan penenalan tentang Cito iaitu Institute of Educational Measurement. Ia terletak di Le Maire, Arnham di utara Netherlands. Pengasas Cito ialah Prof. A.D de Groot dalam tahun 1968. Ia diswastakan sepenuhnya dalam tahun 1999. Mempunyai 600 orang staf tidak termasuk 2000 petugas secara free landers.

Cito adalah satu-satunya badan pentaksiran di Netherlands yang mengendalikan pengukuran kemairan, aptitude dan prestasi atau pencapaian pembelajaran kanak-kanak sekolah. Selain itu Cito menawarkan latihan dalam bidang pentaksiran dan psikometriks untuk negaranya dan juga antarabangsa. Badan ini walaupun ditadbir secara swasta mempunyai hubungan yang rapat dengan system pendidikan Netherlands dan Kementerian Pendidikan.

Kanak-kanak di Netherlands dihantar ke sekolah rendah (Elementary School) pada umur 4 tahun sehingga berumur 12 tahun. Ibu bapa bebas menghantar anak sama ada ke sekolah kerajaan, swasta atau mana-mana pihak yang ingin mendirikan sekolah. Semua jenis sekolah mendapat bantuan kerajaan dan bebas melaksanakan kurikulum masing-masing berdasarkan kerangka dan standard yang ditetapkan kerajaan.  Pendidikan wajib di Netherlands sehingga kanak-kanak berumur 16 tahun sebelum mengambil O-Level.

Bentuk-bentuk Pentaksiran di Netherlands

Netherlands mengamalkan pentaksiran sumatif dan formatif dalam system pentaksiran kebangsaannya. Kedua-duanya diambil kira dalam menentukan tahap pencapaian pelajar untuk tujuan bergraduasi dan untuk tujuan melihat sejauh mana pelajar membangun (progress) dalam pembelajarannya supaya mereka dapat dibantu untuk memperbaiki pembelajarannya melalui maklum balas (feedback and feedforward).

Bagi pentaksiran sumatif, Cito tidak mengurus dan mengendalikan peperiksaan secara berpusat seperti di Malaysia. Mereka hanya menyediakan soalan dan tugasan dalam bentuk CD atau fail PDF yang dihantar ke sekolah melalui currier atau atas talian untuk dicetak sendiri oleh pihak sekolah. Ujian ditadbir dan diperiksa oleh pihak sekolah.

Bagi pentaksiran formatif, guru melaksanakannya di sekolah masing-masing.  Pentaksiran ini dilaksanakan pada dasarnya untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan membuat keputusan tentang pendidikan pelajar. Pentaksiran di sekolah-sekolah di Netherlands dilaksanakan pada dua peringkat iaitu pentaksiran dalam bilik darjah yang bertujuan mencari jalan terbaik untuk meneruskan pembelajaran murid dan kaedah terbaik pengajaran guru. Ia juga bertujuan untuk mengukur kesesuaian dan kecukupan proses pengajaran dan pembelajaran, mencari jalan penyelesaian kepada masalah pembelajaran murid, melaporkan kemajuan murid kepada ibu bapa dan rakan sebaya.

Pentaksiran formatif pada peringkat sekolah pula bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran murid dan seterusnya memperbaiki pencapaian sekolah. Tiga pendekatan pentaksiran yang diguna untuk membantu pembelajaran di peringakt pentaksiran sekolah ialah pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), diagnostic dan memantau kemajuan (monitoring progress).  Dalam melaksanakan pentaksiran tersebut, Netherlands mengguna secara rapat teori-teori pembelajaran yang ada iaitu Neo-Behaviourism, Social Cultural dan (Social) Constructivism.

Pelaporan diagnostic yang digunakan pula untuk memantau kemajuan pelajar dalam pembelajaran dibuat secara individu. Ia tidak digunakan untuk memantau kemajuan pelajar secara keseluruhan di peringkat sekolah. Pentaksiran ini dijalankan secara formatif menggunakan pelbagai instrument oleh guru dalam bilik darjah semasa dan sepanjang proses pengajaran-pembelajaran berlangsung. Namun dengan cara ini, kualiti sekolah dapat dipertingkatkan secara tidak langsung kerana sebarang masalah yang dihadapi murid dalam pembelajarannya diketaui guru, ibu bapa dan murid it sendiri melalui pentaksiran formatif.

Netherlands telah lama mengguna Item Response Theory (IRT) dalam analysis item dan analisis ujian mereka. Mereka mengguna IRT dengan dua parameter iaitu Difficulty Level (parameter b) dan Discrimination Index (parameter a). Pemantauan kemajuan murid dalam pembelajaran mengikut tahap pembelajaran dan gred persekolahan yang dibuat melalui pentaksiran diagnostic dibuat menggunakan data dan maklumat grafikal yang diperoleh daripada perisian One Parameter Linear Model (OPLM) yang dibangun oleh Cito kira-kira sepuluh tahun yang lepas. Mereka menamakan OPLM atau One Parameter tetapi sebenarnya mengguna dua parameter.

Kesimpulan

Saya pernah mempelajari perisian IRT ciptaan Cito dengan jenama OPLM dan penggunaannya dalam lawatan saya ke Cito dalam tahun 2005 yang disampaikan sendiri oleh Dr Moelands. Pada masa itu saya belajar konsep, kaedah dan penggunaan IRT secara asas. Mereka menunjukkan bagaimana IRT berfungsi untuk menganalisis item dan mengukur kebolehan murid melalui kebarangkalian sesuatu item dapat dijawab betul oleh murid. Andaiannya, seorang murid yang mempunyai kebolehan sederhana (diukur dengan skala 0.00) boleh menjawab betul dengan kebarangkalian 0.5 item yang juga mempunyai aras kesukaran sederhana (diukur dengan skala 0.00 juga).

Pada masa itu Dr Moelands belum lagi memperkenalkan kepada saya konsep pentaksiran diagnostic untuk memantau kemajuan murid menggunakan IRT seperti yang dibengkelkan dalam pre-conference workshop ini. Menarik juga apabila dapat mempelajari bagaimana IRT boleh diguna untuk membuat diagnostic dan seterusnya memantau kemajuan murid dalam pembelajarannya. Namun seperti biasa mereka terutama orang Belanda sebagaimana kita sedia tahu tidak akan menunjukkan kesemua rahsia kepada kita kecuali kita menandatangani kontrak kerjasama penyelidikan menggunakan model yang dibangun oleh mereka. Pastinya kita perlu membayar atau menanggung segala perbelanjaan penyelidikan dan kepakaran mereka.

Mereka berdua dengan bangga menunjukkan hasil penyelidikan mereka dengan negara Kazakhstan yang diwakili oleh enam orang pegawai dalam bengkel itu. Segala data dan maklumat yang digunakan dalam bengkel itu diambil daripada dapatan penyelidikan mereka di Kazakhstan. Mereka mengharapkan negara peserta bengkel dapat menyertai mereka dalam penyelidikan tersebut dan seterusnya mengambil mereka sebagai pakar rujuk dan mengguna data dan dapatan kajian untuk menambah sumber maklumat dan ilmu dalam khazanah mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s